CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Friday, January 30, 2009

10 pesanan Bumi kepada Manusia!!

Wahai manusia, engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat kembalimu adalah di dalam perutku..

Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan disiksa di dalam perutku..

Engkau ketawa diatas belakangku, engkau akan menangis di dalam perutku..

Engkau bergembira di atas belakangku, engkau akan bersedih di dalam perutku..

Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku, engkau akan menyesal di dalam perutku..

Engkau memakan yang haram diatas belakangku, engkau akan di makan ulat-ulat di dalam perutku..

Engkau sombong di atas belakangku, engkau akan menjadi hina di dalam perutku..

Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atas belakangku, engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita..

Engkau berjalan dalam cahaya yang terang diatas belakangku, engakau akan jatuh ke tempat yang gelap di dalam perutku..

Engkau berjalan di khalayak ramai diatas belakangku, engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku..

(Anas bin Malik)

0 comments:

.: Popular Posts :.