Jam sekarang menunjukkan angka 5.45 pagi...
sempat pulak aku memetik keyboard ni...huhu...
entah la,terasa nk menekan2 di pagi hari ni,walaupon pagi ni ada exam Manufacturing Process II...
amik angin kejap sebelum sambung baca balik..
macam ni la bila tiba musim exam...memang tak teratur jadi kitaran hidup...
Syukur, aku masih lagi seorang manusia yang waras di samping jadual exam aku yang agak padat...arap2 nye,aku masih sihat sampai la ke ari terakhir paper final exam ni...ade 5 paper dan senggang antara tiap paper,satu ari je...2 da lepas,3 more to go,alhamdulillah...
Stkat ni da abeh baca..cumanya aku perlu go through lagi skali supaya dapat ingat betul2...Subjek yang melibatkan penghafalan ni memang memerlukan kerja keras skit...tp,itulah tugas kita sebagai student...perlu ready seready-readynye sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh yakin berbekalkan ilmu yang penuh di dada...tapi,da keluar daripada dewan tu, leh taw la ilmu penuh ke tak...hehe...sbb tu la orang cakap,waktu exam ni macam berada di medan peperangan la,silap step je,result hancur...ok la, orang da azan subuh...
Last but not least,all the best for ur final exam buat semua sahabat dan sahabiah di Taman Ilmu dan Budi ni...wallahua'lam...
.: Mutiara Kata :.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..
Thursday, April 9, 2009
Musim exam...
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 4/09/2009 05:46:00 AM
Labels: life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.: Popular Posts :.
-
Assalamu'alaikum W. B.T. "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kam...
-
Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak le...
-
Salam buat semua.. Alhamdulillah,sempat jugak ber'posting' ptg ni..ni pon disebabkan kelas Design of Machine Component cancel..huhu....
-
Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Mad...
-
Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pen...
-
Email yang baru ku terima dari seorang shabat.. mungkin dapat menjawab segala persoalan yang timbul sejak akhir2 ni.. Assalamualaikum wbt, ...
2 comments:
salam..first time jumpa blog awk..hehe..gud luck la exam yer..
marul yg hebat n pandai menulis..kagum2.....
Post a Comment