CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Sunday, June 21, 2009

Kemelut politik!!!!

Email yang baru ku terima dari seorang shabat.. mungkin dapat menjawab segala persoalan yang timbul sejak akhir2 ni..


Assalamualaikum wbt, alhamdulillah semalam kami sempat bermuzakarah dalam satu pertemuan bersama Tn Guru Presiden yg di kasihi bersempena lawatan kerja beliau bersama rombongan ke Italy dan ke UK selama lebih seminggu. sudah pasti isu Kerajaan perpaduan menjadi soalan cepu emas yg di nanti2 oleh kami di sini utk mendapat penjelasan dr pimpinan tertinggi PAS.


alhamdulillah penjelasan yg begitu terperinci diberikan. Unity gvmt ini bukan satu idea baru kerana ia pernah dilaksanakan oleh indonesia, UK, Ireland dan south africa , yang mana Tok guru sendiri banyak kali dtg berbincang dalam memperincikan perkara ini dengan teman2 di semua negara ini sebelum melontarkan idea ini.
asal kepada idea kerajaan perpaduan ini dilontarkan seminggu selepas PRU 2008 di mana ketika pertemuan berlaku diantara pimpinan PAS dan Tun Abdullah Badawi. ini bertitik tolak apabila UMNO makin lama makin mengenepikan kepentingan ISLAM dan org melayu di Parlimen. kerana mengikut undang2 , setiap tahun bilangan Parlimen perlu ditambah dan UMNO menambah parlimen di Sabah dan Sarawak yg mana MP nya dari kalngan non-muslim. ini memberi impak kepada pengaruh ISLAM dalam Dewan Rakyat. kedua, persoalan stategi politik, ini lah yang dikemukan oleh Tg Hj Hadi kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia dalam erti kata keseimbangan politik, push and pull dalam politik.


Tok Guru menampakkan perlu kita seimbangkan keadaan as ini tidak serang habis habisan terhadaap UMNO yang akhirnya rakyat akan bosan dengan PAS. maksud dan implementation kerajaan perpaduan ini harus difahami terlebih dahulu. sebagai contoh, meskipun dalam tahun 1974 ketika PAS menyertai kerajaan campuran Perikatan, melihatkan ada kesan positif yg besar dalam negara seperti Dato Asri meminta Tun Raza supaya tidak ada arak dalam parlimen, azan di TV etc, walaupun kerjasama politik ini dilihat negatif pada pandangan ahli peringkat kita. perlaksanaan kerajaan perpaduan ini memberi ruang pada PAS, DAP dan PKR duduk sekali dalam kerajaan tetapi kekal dengan identiti parti masing2. menurut Tok guru, Pak lah dahulu pernah bersetuju dengan idea ini tetapi zaman Najib ini, dia masih belum bersedia.
ini kerana beberapa syarat dikenakan sebelum perbincangn mengenai kerajaan perpaduan di utarakan iaitu isu kehakiman perlu diperbetulkan dan SPR mesti di pulihkan dengan melibatkan PAS, PKR dan DAP.


walaubagaimanapun, kefahaman kepada pembentukan unity govt seluruh ahli perlu menurut Tok guru. apabila kerjaan perpaduan ini dilaksanakan, UMNO akan lemah, kerana tekanan kuat dr PAS DAP, dan DAP berlaku. segala kes rasuah, penyelewengan akan didedahkan. demokrasi akan dipulihkan keran SPR akan diperbetulkan. Tok Guru berasa yakin PAS tidak mampu pergi jauh selagi SPR ini milik UMNO-BN.


akhir kata, komen Tok Guru Nik Aziz dianggap sebagai ayah yang marahkan anak. marah kerana sayang dan tidak lebih dari itu. moga kita sama2 dapat memerhatikan pandangan jauh Presiden kita dalam konteks yang lebih luas serta masa depan ISLAM.


--
Muhammad Afiq Mhd Khazar
MSc Construction Project Management
School of Mechanical Aerospace and Civil Eng

University of Manchester

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sekurang2 nye ada juga usaha utk memahami perkara ini berbanding hanya menerima bulat2 apa yang diperkatakan media....

really good... :)

.: Popular Posts :.