CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Thursday, March 25, 2010

.: Duhai Sahabat :.


Sahabat,
dalam kabur ku tercari-cari cahaya
akhirnya kutemui
sinar ceria
di raut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu
diwaktu itu akulah yang bertuah
punya sahabat sepertimu

Sahabat,
kau bimbinglah
menuju cahaya Ilahi

Sahabat,
aku lemah
mengharungi ranjau dunia

Sahabat,
aku ingin sepertimu dalam ketenangan
menghadapi hidup ini

Sahabat,
ku bersyukur kerna mengenali dirimu
kuberharap kita kan terus bersama
menghadapi segala suka duka
moga kejayaan milik kita
agar hidup menuju mulia


Artis : Al-Burtuqol
Lagu : Sahabat

p/s : aku tujukan lagu ni khas buat semua insan yang bergelar sahabat sejati..yang menjadi tempat rujukan,tempat mengadu,tempat menangis,tempat bergurau senda,tempat meminta pertolongan dan tempat2 yang seangkatan dengannya..yang paling penting sahabat sejati adalah mereka yang sentiasa membantu kita mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.. =)

2 comments:

incek.loyer said...

salam abg~

xpnah dgor pon grup nih?

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

wassalam..
ni lagu lame jat..
org lame jgk ah hok nyanyi..
mmg xdgr doh la leni..

.: Popular Posts :.