CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Friday, June 4, 2010

.: LeSeN JuDi BoLa SePaK (II) :.

Kempen Bantah Lesen Judi

Gabungan pembangkang dan NGO akan melancarkan kempen besar-besaran mereka bagi mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi sukan di sebuah kompleks membeli belah di tengah-tengah ibu negara esok.

Kumpulan itu yang bergabung bawah Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan diadakan di hadapan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman pada jam 2 petang esok.

Setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata pelancarakan gerakan meraka akan turut dihariri oleh pimpinan NGO, ulama dan parti politik.

"Saya mengajak semua pihak agar sama-sama memberi sokongan melalui kehadiran dalam perlancaran kempen ini," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Pihaknya juga menggariskan sembilan kesan negatif yang mungkin berlaku ekoran tindakan kerajaan memperkenalkan lesen judi di negara itu, iaitu:

- Keruntuhkan mutu sukan negara.
- Mendorong rakyat bergantung kepada nasib.
- Menurunkan produktiviti negara.
- Meruntuhkan institusi keluarga.
- Meningkatkan gejala sosial.
- Meningkatkan kadar jenayah.
- Meningkatkan beban hutang rakyat.
- Meruntuhkan ekonomi negara.
- Menyalahi dasar-dasar semua agama.


sumber : www.malaysiakini.com

0 comments:

.: Popular Posts :.