CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Sunday, February 6, 2011

.: Al-Aqsa :.

Assalamu'alaikum..

kali ini, jom kita bercerita mengenai Masjidil Aqsa..






anda kenal dengan masjid berkubah kuning ini?

kalau taip masjidil Aqsa kat google ataupun mana2 carian kat internet,pasti gambar masjid berkubah kuning ini yang terpampang..tak perlu cari kat internet pun, aku rase kita sudah banyak disogokkan dengan gambar2 masjid ini..dalam kalendar,dalam poster,dalam surat khabar dan pelbagai lagi sumber info pasti memaparkan gambar masjid ini sebagai masjidil Aqsa..sejak dari kita kecil lagi rasanya..

dulu, ak sendiri pernah tersalah sangka bahawa masjid yang berkubah kuning ini adalah masjidil aqsa..mana tidaknye,kita sentiasa disogokkan dengan gambar2 masjid berkubah kuning ini sebagai masjidil aqsa..tapi,sedar ataupun tidak,ini adalah agenda2 Zionist ataupun Yahudi semata2 untuk mengaburi mata umat islam supaya umat islam tidak lagi mengenali Masjidil Aqsa yang sebenarnya..

kenapa mereka sanggup menyebarkan gambar2 ini dengan harga yang sangat murah, dan ada juga yang diberikan percuma?pelbagai lagi usaha mereka dalam menyebarkan gambar2 ini..akan tetapi,usaha mereka ini tidak lah seberapa jika hendak dibandingkan dengan hasil yang akan mereka perolehi nanti..

1) mereka bercadang membina Solomon Temple di atas runtuhan tapak masjidil aqsa yang sebenar..maka,mereka berniat untuk meruntuhkan masjidil Aqsa sesegera yang mungkin..akan tetapi,mereka tahu ini akan menimbulkan kemarahan seluruh umat islam kerana masjidil Aqsa adalah masjid suci ketiga dalam islam di mana di sinilah berlakunya isra' mikraj..jadi,mereka cuba mengalih perhatian seluruh umat islam ke arah masjid berkubah kuning ini atau pun lebih dikenali dengan nama Dome of Rock..




Inilah jarak dan perbezaan di antara Masjidil Aqsa dan juga Dome of Rock..Dome of Rock adalah tempat batu yang tergantung berada di mana dalam peristiwa isra mikraj, buraq telah di ikat oleh Jibril pada batu ini..batu ini terapung seolah2 ingin mengikut Nabi naik ke langit..oleh itu, Masjid ini juga dinamakn dengan nama Masjid Quba Al-Sakhra di mana Al-Sakhra bermaksud batu yang tergantung..


2) mereka dalam proses untuk meruntuhkan masjidil Aqsa dengan melakukan kerja mengorek di bawah tapak masjidil Aqsa..alasan yang diberikan adalah untuk mencari Haykal, iaitu kuil tinggalan nenek moyang mereka..sedangkan,kawasan ini sudah menjadi tempat umat islam sejak dahulu kala lagi..kesan daripada kerja2 mengorek ini menyebabkan berlakunya beberapa keretakan pada masjidil Aqsa yang sebenar dan menyebabkan masjidil Aqsa hanya menunggu masa untuk runtuh..hasil kajian mendapati, sedikit angin taufan ataupun gegaran sudah mampu meruntuhkan masjidil Aqsa ini..


Gambar-gambar masjidil Aqsa yang sebenar..


Masjid ini di sebut Rasulullah sebagai Masjid Biru di dalam Hadith baginda kerana Masjid ini mempunyai kubah berwarna biru..Masjid ini merupakan Masjid Suci Ketiga dalam islam selepas Masjidil Haram di Makkah dan juga Masjid Nabawi di Madinah..



Di masjid ini lah Nabi Muhammad mengimami 25 rasul dan 124,000 nabi bersolat jemaah semasa peristiwa isra' mikraj..Masjid ini merupakan masjid kedua tertua selepas masjidil haram yang di bina Nabi Ibrahim a.s.. masjid ini telah dibina oleh Nabi Sulaiman a.s..


alhamdulillah, sebahagian umat islam mulai sedar akan agenda jahat ini,dan ada yang mula membetulkan kembali persepsi umat islam..semakin banyak artikel dan gambar2 masjidil aqsa yang sebenar mula diedarkan..akan tetapi,usaha ini tidak akan mencapai kejayaan tanpa sokongan daripada semua umat islam..

di UIA, kita mungkin sudah mengetahui mengenai perkara ini, tapi kita perlu menyedarkan berjuta2 lagi umat islam di luar sana..tahniah di atas penganjuran program2 seperti Remembrance of Al-Quds dan juga Palestine Week..untuk program2 yang akan datang, pihak penganjur perlu kembangkan lagi target group supaya mereka2 di luar sana juga sedar akan perkara ini..

p/s: jom kita sama2 sebarkan info pasal ni kat orang luar sana terutamanya..=)


2 comments:

Amy Natasha Adam said...

salam.teruskan menulis tuk perkongsian bersama..=)

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

wassalam..
mekasih amy..
hati nak,tapi kadang2,masa dan keadaan tak mengizinkan..huhu..

.: Popular Posts :.