Tazkirah dan pesanan buat semua termasuk diri aku..
4 GOLONGAN LELAKI YG AKAN DITARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA!
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,
apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3. Saudara lelaki
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM....
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...
maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar..
ingatlah Firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...
kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
.: Mutiara Kata :.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..
Monday, September 7, 2009
.: Tazkirah Ramadhan :.
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 9/07/2009 12:27:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.: Popular Posts :.
-
Assalamu'alaikum W. B.T. "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kam...
-
IRFAN.... adik aku? komfem2 bukan,tgk kaler kulit da tahu da kan..huhu.. anak aku? hmm,mungkin..haha..mustahil la tu.. anak sedare aku? hmm,...
-
“Aku kecewa la ngn member2 aku ro” , teman sebilik aku meluahkan perasaan nye mlm tu.. “Hujan pon tidak,ribut pon tidak,tibe2 cakap mcm ni...
-
Salam buat rakan2 dan sahabat2... Aku masih lagi xdapat mengurus blog aku ni dgn baik... setelah sekian lame baru arini ak bukak blog aku..p...
-
Wahai manusia, engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat kembalimu adalah di dalam perutku.. Engkau melakukan maksiat di atas belakangk...
-
Sahabat, dalam kabur ku tercari-cari cahaya akhirnya kutemui sinar ceria di raut wajahmu Andainya alam ini mampu berkata-kata pastilah puji...


0 comments:
Post a Comment