CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Tuesday, May 11, 2010

.: sekadar coretan :.

Salam buat semua..
tak tahu apa yang mahu dicoretkan kali ini..no idea..tapi,teringin plk nk cerita psl pratikal ak skrg ni..hmm..

tanpa outstation,ak sekadar menghabiskan masa di office Jalinan Engineering ni..
minggu ini,sepatutnya,ak menjejakkan kaki ke Johor Bahru lagi..tempat yang sinonim dengan ak dalam musim praktikal ni..bermulanya praktikal aku 12 April yang lalu,ak akan berada di office selama seminggu kemudian outstation ke JB selama seminggu..keadaan ini berulang tapi,ianya terhenti pada minggu ini..oleh kerana ada barang yang di'order' company masih belum sampai,maka,outstation ke JB pada minggu ini terpaksa di tunda ke minggu depan..
terasa lega jugak di hati,kerana badan ini meminta untuk rehat lagi..huhu..

Jalinan Engineering bukanlah company manufacturing semata2..ak sendiri terkejut apabila sampai kesini pada hari pertama praktikal..ikutkan dalan list name company yang dikeluarkan uia,Jalinan Engineering terletak di bwh manufacturing company..tetapi,hakikatnya bukanlah seperti itu..ianya company yang terdiri daripada dua bahagian: 'communication' dan 'signaling'..commu bukanlah kesukaan aku tetapi,ak bersyukur,dalam signaling,ade juga part manufacturing yang boleh di aplikasikan..


Projek JB sentral hampir masuk ke tahun kedua,dan hanya part2 kecil sahaja yang belum siap..kebanyakan sistem perhubungan yang lain seperti bas,teksi sudah berjalan kecuali keretapi..Jalinan Enigneering mendapat tender utk pasang cctv,skrin ketibaan tren dan sistem2 yang berkaitan..itu part communication..utk part signaling,kena buat 'earthing' dan jgk pasang motor point utk keretapi tukar direction laluan..minggu depan,sekiranya tiada aral melintang,sistem di stesen lama akan dipindahkan ke stesen baru di JB sentral..dan selepas itu,khidmat keretapi tanah melayu di JB sentral bakal dirasmikan..


outstation ke JB sangat2 menyeronokkan sebenarnya..seronok kerana ak seorang yang sukakan kerja2 outdoor dan kerja2 yang memerlukan ak menggunakan tenaga badan lebih banyak daripada otak..bukannya ak tidak boleh bekerja di dalam office,di hadapan laptop,tetapi,minat aku bukan di situ..tetapi,ak tak dapat nafikan,kerja2 di sana memang memenatkan..di tambah dengan perjalanan ke sana yang memakan masa hampir 5 jam..tetapi,cabaran seperti inilah yang aku suka hadapi..ak telah belajar teknik 'earthing'..kerja di tepi landasan keretapi di bawah cahaya matahari yang terik..bermula dengan menggali lubang di sekeliling location box utk menanam ''copper rod' dan 'copper tape',kemudian welding utk joint 'copper tape' dan 'copper rod'..tujuan ditanam 'copper rod' dan 'copper tape' ini adalah utk kebumikan current apabila petir menyambar landasan keretapi..sebab tu la kena buat kerja2 ni sewaktu cuaca cerah..kalau buat waktu mendung,n hujan,alamaknya,cari pasal la..


nasib baik jgk menginap tu kat hotel,boleh la melepaskan penat lelah setiap malam dengan tidur di tempat yang agak selesa..hehe..kurangnye sikit,tak sempat nk berjalan melawat tempat2 menarik kat JB ni..ye la,satu hari duk kerja,peluh atas sampai bawah,fikir nak balik hotel rehat je la..tapi,takpe,sekurang2nya,kenal la jugak sekitar bandar JB ni..sempat jgk sebenarnya jalan ke johor jaya n kempas..tu pun sebab pergi beli 'copper rod' dan barang company..


sempat jugak ambil gambar sebenarnya..utk present kat lecture nanti la ni..

gambar ni bukan utk present =p


tengah membersihkan 'mould'


cek connection n ready utk 'ignition part'


testing microfone..bukan betul pun..hehe..


tanam 'copper rod'..tu baru 2 batang..besenye 5,6 batang..


itulah sedikit sebanyak gambar dan coretan kali ini..lame sgt tak update..ak telah habiskan sebulan satu minggu daripada 3 bulan sesi praktikal aku..masih berbaki tidak sampai dua bulan..semoga aku mendapat lebih banyak pengalaman yang berguna utk digunakan pada masa akan datang..amin..=)

1 comments:

fer said...

tn hj kamarul helmi,ape kate tulis artikel psl judi plk..penting ni..

.: Popular Posts :.