CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

.: 'SILAP' yang tak dapat diperbetulkan :.



Assalamualaikum W.B.T..


Tajuk kali ini seperti menunjukkan aku telah melakukan satu kesalahan yang sangat besar je..


Takde..saje je tu..bukan ak telah melakukan satu kesalahan tapi perkara semalam memberi sedikit 'effect' kat diri aku..


Aku tersilap sikit semalam..hado..macamane nak citer eh..semalam,saja la duk susun-susun balik file dalam hardisk bagi tersusun dan kemas..bercampur2 sangat file dan folder dlm hard disk..bukan bilik je nak kena kemas..hardisk pun kena kemas..kemas kat sini maksudnya tersusun dan senang untuk kita cari dan bukak balik file tu..kalo pendrive takpe lagi tak tersusun,kapasitinya kecil..tapi,hard disk ni,kapasitinya besar..tak jumpa kalu duk merata2..


Dalam duk susun2 tu,terjumpa la pulak folder convest'10..dalamnya penuh dengan gambar-gambar dari awal sampai la berakhirnya convest'10..siap dgn gambar waktu post mortem lagi..kat sini la 'SILAP' aku..aku telah secara tak sengaja melihat kembali gambar-gambar ni..huhu..[kurang asam punya silap =p]


Maka,bila dah tengok tu memang membuatkan ak teringat kembali semua kenangan waktu itu..asyik duk flashback setiap detik bersama korang sume..betul-betul merindui saat itu..kalau lah waktu tu boleh diputarkan kembali..tapi,kalau tu takkan ada..waktu memang tak kan dapat diundurkan kembali..yang sudah berlalu pasti menjadi kenangan samaada manis ataupun pahit..hanya kita yang mengetahuinya..




.: Bersama Ahmad :.




First,yang di ingati adalah Amad..pasal Amad eh?hmm..nak citer ape ye pasal amad? tak tahu nak citer ape la..huhu..ak kenal amad dari matrik lagi..rasanya,dalam empat orang yang aku nak citer ni,amad la yang aku kenal paling awal dan paling lama sekali..tapi,awal2 dulu kenal macam tu je la..kenal sekadar kenal..tapi x rapat..convest '10 ni la yang membuatkan ak jadi rapat dengan amad..macamana boleh jadi rapat,aku pun tak pasti..huhu..a matter of time mungkin..

takpe,paling penting,amad memang gila2..betul ke mad?orang la cakap,bukan aku..aku pun tak tahu la kat mane gila dia,tapi senang citer rase senang ngn dia..nak kate aku ni gila2,tak jugak..aku seorang yang baik..hehe..mungkin aku ni satu kepala jgk ngn amad,tu senang masuk tu..tak pun,saling melengkapi,tu bleh masuk jgk tu..huhu..

contohnya,amad suka bercakap..tgk time choc fair dah la..takde orang lain yang duk berleter melainkan dia..hehe..memang tugas dia pun..die PC..takkan nak suh EM pulak berleter..tak jadi..EM kena bahagian motivasi camtu,naikkan semangat committee..tak leh marah2..AEM pulak bagi motivasi kat EM..huhu..lagi,amad memang jenis yang akan bls mesej dgn sangat cepat..aku agak berlainan sikit..ak kurang suka bercakap..lagi,bls mesej kadang2 lambat..hehe..sebab tu aku kate saling melengkapi..=p



.: Bersama Mang :.

Mang asyik duk tengok Maher Zain sampai tak tengok kamera langsung..huhu..

Secara personal,memang nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat dia..banyak Mang tolong aku waktu ak di beri amanah sebagai exco SRC dulu..bermula dari nak bertanding sampai lah AGM SRC 08/09..macam personal assistant aku jugak la..tengok2,die pulak naik jadi exco selepas tenure aku..huhu..jangan salahkan aku Mang pasal ni..memang mu berkelayakan untuk naik..

First time kenal time masa pre-marriage course'08..jadi rapat mesti la lepas2 pada tu..tak ingat jugak macam mana boleh rapat..a matter of time jgk la kot..hehe..mungkin sebab mang ni org terengganu jgk..bukan racist..tapi,bila dah sama negeri ni,miscommunication tu tak ade la..senang nak bersembang..ngn orang negeri lain,masalah bahasa sedikit membantutkan sesi komunikasi..hehe..alhamdulillah,dalam Convest'10,ni kali kedua bekerja ngn Mang..tahun lepas waktu Gempak Carnival'09 pun dah kerja sekali..sebenarnya,dah banyak kali dah bekerja ngn mang..tapi,bukan kerja semata2 yang merapatkan aku ngn dia..


.: Bersama Mang dan Where :.




Where..sorang lagi makhluk Allah yang di lahirkan mempunyai sifat gila2..tak tahu la ikut perangai sape ni..even dah kahwin dah pun,masih lagi gila2..eh,nampak kecik la pulak where dalam gambar ni..memang ak saje kecikkan saiz where..asyik where je besar,orang lain pun nak besar jugak..haha..

ak paling rapat dengan where waktu sama2 bekerja dalam SRC lagi..dalam convest ni bertambah la lagi..aku senang untuk berada di kalangan orang yang gila2 ni..tapi,bila masuk bab kerja serius la..bukan serius tak leh bergurau tapi serius dalam bekerja..tapi,bila dia dah kahwin ni,rasa berjauhan la jugak..nak buat macamana,aku memang kena belajar terima la hakikat ni..orang dah ada pertambahan komitmen yang perlu diutamakan lagi.. =p


.: Bersama Syazwan :.



Tak tahu nak citer apa bila sebut pasal Syazwan..bukan tak de citer,tapi,tak tahu nak citer sebab banyak sangat..huhu..jadinya,malas la nak citer..panjang sangat pulak nanti..hehe..

Antara berempat yang kat atas ni,dia yang paling last aku kenal..boleh dikatakan usia perkenalan tu sangat sekejap..pergh..walaupun sebenarnya,dia la yang patut aku letak first sekali bile bercerita pasal Convest sebab die EM..no 2 kena citer,aku..sebab ak AEM 1..hehe..Mang no 3 sebab mang AEM 3..lepas tu baru lah Amad dan Where..haha..saja je ni..tak kisah pun semua ni..sama je tarafnya walaupun berbeza jawatan..dan lagi,kenangan dah semua ni..=p

Akan tetapi,syazwan la yang paling rapat bile aku dah nak grad dari uia ni..sebab tu aku letak gambar dia paling last untuk aku ceritakan..banyak habiskan masa ngn dia sejak akhir2 ni..

Ak mungkin jenis yang open untuk dengar masalah2 orang ni..bukan lah ak ni pakar motivasi tak pun kaunselor ke ape..tapi,pada aku,kalo dgn citer kat aku leh kurangkan skit sebanyak beban seseorang,aku ok je..sedia je untuk tadahkan telinga,takde masalah..maka,ak rase sebab tu la ada beberapa orang yang sudi berkongsi ngn aku masalah dia..walaupun mungkin tak ramai,tapi,kurang2 ada la jugak kan..

dan ak nampak syazwan jugak senang untuk berkongsi masalah dgn aku..ak nampak la..tak taw la kalo bukan..huhu..kenapa?aku pun tak tahu..kena tanya dia lah yang tu..jadinya,aku yang macam abang dia ni kena la tolong..bagi nasihat tak pun apa2 yang patut la..eh,abang?abang la sangat..haha..abang dalam erti kata lebih pengalaman la maksudnya..aku lebih dulu makan garam,gula,minum susu ape sume dari dia..ok,cukup..


:: Gambar-gambar di Chocolate Fair :: Kaed Gallery ::

 .: Ahmad bin Alwi :.


tibe2 teringat pasal nama dia..kawan2, nama Alwi tu adalah nama bapa dia..maka,janganlah anda panggil dia dengan nama Alwi..bukan nak main nama bapak kat sini, tapi ada fakta kes di mana ada yang pergi panggil dia dgn nama alwi..ak saja je la nak ingatkan..panggil ibnu alwi aku bleh terima lagi..betul lagi..tapi,panggil alwi saja,sah2 orang tu tak tahu nama sebenar amad ni..




 .: Mang :.


sedang praktikal di cyberjaya..selamat maju jaya..lepas praktikal, tinggal satu sem je lagi sebelum grad..ok la tu,tak lama dah tu..



 .: Syazwan :. 

selamat beristirehat kat rumah..jangan fikir banyak2 sangat..letih badan tu.. =p


.: mang dan syazwan kat Maf in Act 2010 :.



Gambar sewaktu postmortem..meeting formal Convest yang terakhir.. =p



.: Syazwan, Marol dan Amad :.



Cukup la tuh..ok dan lega la sikit bila boleh lepaskan kat blog ni..walaupun terasa seperti agak peribadi,tapi takpe la..bukan selalu aku post berkenaan diri aku dan orang2 di sekeliling aku kat dalam blog ni..walaupun nama blog Journey of Life tapi aku tak dapat nak jadikan blog ini seperti diari aku..rase banyak hal yang aku lebih suka untuk simpan dalam kepala aku je..senang,leh flashback macam tu je takyah nak kena online2..haha.. 


Konklusinya, penting jugak,maaf kat mereka2 yang tak disebutkan namanya di sini..bukan tak ingat..ada jugak gambar korang sume dalam hard disk aku..bukan aku tengok gambar mereka berempat yang kat atas ni je..ade je sume..


acap kamal, iftitah, aina, amin, kina, nurah, hanin, imad, taufik, nuzul, faliza, head & asst head deparment central yang lain,committee central,exco subprogram dan jugak semua committee convest'10..lebih2 lagi committee OC dan jugak I-MeF..sebabnya aku yang di amanahkan untuk monitor subprogram ni..


maaf atas kekurangan diri dalam membantu korang semua..kenangan bekerja dan berukhwah bersama korang ada jugak dalam 'hard disk' kepala ni.. tapi,tak dapat nak di catatkan kat sini..takpe,tak yah online untuk flashback..huhu..kalau ada peluang,insyaAllah,aku catatkan kenangan tu semua..




p/s:


Apabila seseorang ada depan mata, kita tak sedar kehadirannya..bila dah tak ada barulah merasai kehilangan..


aku bukanlah kehilangan mereka ini,tapi sekadar merasa sedikit berjauhan..sangat susah untuk berjumpa walaupun dapat berhubung lagi..berhubung melalui enset takpun ym dll ni lain dengan  bersembang depan2..


analoginya pada aku sama la macam tido malam & tido siang..ada beza kita tido siang 5 jam dengan tido malam 5 jam..tido siang yang 5 jam tu takkan dapat nak menyamai tido malam yang 5 jam jugak..tak terasa sangat hilang letihnya..sebabnya, Allah memang ciptakan malam untuk manusia berehat,maka,tido hanyalah sesuai pada waktu malam..


betul ke analogi ni? =p




Sekian dahulu..=)


Friday, February 25, 2011

.: Keputusan PRK UIAM 2010/2011 :.

Muqaddimah:

Salah satu teka-teki Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya:
"Apakah perkara yang paling berat di atas dunia ini?"
Murid pertama menjawab baja..Ada yang menjawab besi dan ada yang menjawab gajah..
Imam Ghazali berkata "Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah memegang AMANAH (Surah Al-Ahzab,33:72)..Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini..tetapi,manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah"



Keputusan penuh:



AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS:
Hafizul Faris bin Che Razlan (641)
Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)
Muhammad Fitry b Hussin (619)
Muhammad Taufiq b Johari (186)

KULLIYYAH OF ENGINEERING:
Mohamad Amir Arif b Ramli
Syahril Uzair b Syahmil Hameed
(won uncontested)

KULLIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:
Masyitah bt Md Hassan (540)
Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)
Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)
Nur Sakinah Sulaiman (680)
Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)

KULLIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:
Siti Aminah Mohd Naim
Wan Zulkarnain Wan Ismail
(won uncontested)

INSTITUTE OF EDUCATION:
Mimi Nor Syahudda bt Setapani (182)
Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)
Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)
Nurrul Hafizul Che Hussin (146)
Ahmad Abdussalam Husni (103)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:
Mahirah Abdul Rashid (1624)
Mahmud Rajaie Othman (499)
Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)
Mohd Hazirin Zainordin (262)
Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:
Adib Fakhrullah b Azmi
Muhammad Hafizul b Taib
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Mohammad Mohiuddin
Abas Abdullah Ahmed
Habib Abu Omer
Noman Bashir
(won uncontested)


CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)

KULLIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:
Anis Nadia Hussin Shokri (163)
Farihah bt Abdullah (115)
Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)

KULLIYYAH OF DENTISTRY:
Kamal Amar bin Dahlan
Nurun Hanim bt Othman
(won uncontested)

KULLIYYAH OF MEDICINE:
Hanis bt Abdul Rani
Sharif b Ahmad
(won uncontested)

KULLIYYAH OF NURSING:
Fauzan b Mohamed (148)
Intan Fazirah bt Mustapha (84)
Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)

KULLIYYAH OF PHARMACY:
Ahmad Mustaqim b Ariffin
Noor Baiti Solehah bt Nu Awi
(won uncontested)

KULLIYYAH OF SCIENCE:
Muhammad Shafiq bin Abu Hassan
Siti Aminah Muhammad Imran
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Miss Hasna Ahmad
(won uncontested)

Penutup:

Sengaja aku letakkan teka-teki Imam Ghazali dulu pada permulaan post kali ni supaya kita sentiasa sedar dan beringat dengan tanggungjawab yang kita perolehi ini bukanlah satu perkara untuk dibangga-banggakan ataupun untuk dicanang-canangkan..akan tetapi,kuasa kadangkala diperlukan supaya kita dapat melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar dengan lebih berkesan..mari kita hayati hadith Nabi S.A.W..


Daripada Abu Said Al-Khudri berkata : Telah bersabda Rasulullah Saw “ Barangsiapa yang melihat (termasuk juga mengetahui dengan yakin) kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran tersebut dengan tangannya (yakni kekuatan menurut kemampuan), jika tidak mampu, maka dengan lidahnya (yakni ucapan juga penulisan), jika tidak mampu dengan hatinya. Dan dengan hatinya adalah selemah-lemah iman.”
 ~Hadith riwayat Imam Muslim~ 


Juga firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud,
"Allah tidak akan membebani sesuatu kaum (jiwa) kecuali dengan kemampuannya"
(Surah Al-Baqarah,2:286)


Walaupun anda semua dipilih melalui cara demokrasi iaitu undian oleh student UIA,tetapi ini hanyalah asbab kepada pemilihan anda kerana AMANAH ini tidak lain adalah daripada Allah S.W.T..Dan Allah telah nyatakan di dalam ayat di atas yang Dia tidak akan membebani kita dengan amanah yang kita tidak mampu..maka,buatlah sehabis baik kerana yang akan ditanya nanti adalah sebanyak mana USAHA dan PENGORBANAN anda bukannya sebanyak mana KEJAYAAN anda dan HASILNYA..dan kepadaNya jua lah kita perlu memohon pertolongan andai diri terasa lemah..


p/s: Tahniah dan takziah buat semua rakan2..selamat menjalankan AMANAH dengan cemerlang,gemilang dan terbilang mengikut acuan ISLAM..sama-sama kita kekalkan biah solehah di bumi UIAM ini..pesanan buat aku jugak even dah nk grad..huhu..



"Islam is the way of Life"

insyaAllah,selamat dunia akhirat..

Sunday, February 13, 2011

.: PaLesTiNa TeRciNTa :.


Shoutul Harokah - Palestina Tercinta


Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami

Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu






Shoutul Harokah - Cita Pemuda


Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu.. hati.. bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap.. maju.. dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu.. hati.. bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap.. maju.. dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela

Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita

Satu.. hati.. bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap.. maju.. dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka

Satu.. hati.. bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap.. maju.. dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka







p/s: tersentuh betul bila dengar lagu dari ShouHar ni..walaupun kebanyakan lagu-lagu dari kumpulan nasyid indonesia ini mempunyai rentak yang agak rancak tetapi sangat sesuai untuk memberi semangat buat pemuda-pemuda ISLAM..

Ayuh! Kau Pemuda,
Gagah bertenaga,
Kreatif berwibawa,
Bangkitlah membela... 


.: Popular Posts :.