FUTSAL
Kenapa aku sangat meminati futsal?jarang ak bercakap mengenai futsal kat blog aku ni walaupun boleh dikatakan,hampir setiap hari aku bermain futsal..kadang2,terasa seperti sudah puas bermain..tapi,kadang2 terasa sangat tak sabar utk turun bermain..pelik kan?
Futsal dan juga bola,hampir sama kerana secara luarannya orang nampak kedua2 permainan ini menggunakan bola..tapi,tetap banyak perbezaan nya..kalau tak,takkan nama pun dah berbeza kan? rules, kasut, padang permainan, gol dan segala macam perkara yang memang menunjukkan futsal berbeza daripada bola padang adalah apa yang biasa orang nampak..cuma,apa yang aku nak sentuh di sini adalah perkara yang jarang orang nampak pada permainan ini..apa yang ak nak sampaikan adalah futsal bukanlah permainan semata2..bergantung kepada kita bagaimana kita mencorakkannya..
UKHWAH
Futsal menjadi titik tempat untuk berkumpul..kenapa ak katakan ukhwah kat sini..
kerana,dengan futsal,permulaan untuk berkenalan menjadi sangat mudah..kita tidak memerlukan skill yang tinggi dan bermacam2 hanya untuk memulakan perkenalan..kadang2,kita turun ke courttanpa kita mengenali mereka2 yang sedang bermain..tapi,kita tetap boleh bermain bersama tanpa kite perlu kenal mereka2 ini terlebih dahulu..selalunya,selepas bermain,secara tidak langsung kita sudah berkenalan dengan mereka kerana semasa bermain akan ada body contact, dan lagi,kita akan passing bola, kita akan menerima hantaran bola daripada team mate dan kita akan sama2 raikan jaringan gol..mungkin memuji teknik,gaya permainan dan juga berterima kasih atas hantaran bola yang cantik..inilah yang aku namakan sebagai perkenalan secara tidak langsung..
bukankah wasiat ke sembilan As-syahid Imam Hasan Al-banna mengatakan bahawa "Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang di temui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal kenalan dan berkasih sayang"
Ak sendiri mengalaminya,dan kerana itulah ak mengatakan yang futsal merupakan salah satu cara yang sangat mudah untuk memulakan sesuatu perkenalan..tak percaya jugak?cuba la dulu tgk..huhu..
EMOSI
Kita hendaklah meletakkan diri kita ke dalam setiap pekerjaan yang dilakukan kerana kita perlu melakukan segala perkara dengan bersungguh2..termasuk juga futsal ini..akan tetapi,ramai pemain lebih meletakkan emosi mereka pada futsal..waktu ini lah kita boleh melihat perwatakan sebenar seseorang iaitu sama ada dia mampu menghadapi tekanan ataupun tidak..futsal penuh dengan tekanan kerana bermacam2 perkara..
kita mungkin tertekan apabila tidak mendapat bola daripada rakan sepasukan..
kita mungkin tertekan kerana terlepas bola ketika menggelecek..
kita mungkin tertekan kerana dikasari orang..
kita juga mungkin tertekan kerana pasukan kita ketinggalan gol..
kadang2,di atas padang kita boleh mengamuk, mencarut, melepaskan kemarahan terhadap orang lain hanya kerana perkara2 sebegini..
tapi,itulah yang harus dihadapi dalam permainan ini kerana ia adalah asam garam dan adat permainan..maka,seseorang yang mampu berdepan dengan tekanan2 sebegini sebenarnya mengajar dirinya menjadi manusia dan muslim yang lebih baik insyaAllah..
anda tidak mahu menghadapi tekanan2 sebegini,carilah permainan lain yang tidak memerlukan body contact..kita ade permainan guli dan jugak batu seremban..boleh cuba yang ni jugak..=p
KREATIF
Pemain futsal bukanlah sembarangan orang..kenapa aku berkata begini?
kerana ramai yang mengatakan mereka2 yang terlibat dengan futsal dan juga bola adalah daripada mereka2 yang kurang berjaya dari segi akademik..
mungkin ada sebahagian yang kurang dari segi akademik,tapi,mereka ada kelebihan lain iaitu kreatif..sangat jarang untuk kita ada kelebihan ini..
apa kaitannya kreatif dengan futsal?
futsal ni nak kena melukis dan melakar ke atas court tu?
A'ah,betul la tu,kena melukis atas court tu..jadi,nak main futsal nanti,wat turun la crayon,takpun kaler pencil,takpun water kaler..kalau tak nak yang ni,bleh bawak turun acrylic paint..tak lupe juga,kertas drawing size A3..nak melukis atas ape pulak nanti kan..
Haha,bukan macam tu la..aku mengarut je tu..
kalau biasa kita dengar la,orang selalu jugak sebut,
nak main futsal,main pakai kepala,bukan pakai kepala lutut..kenapa dorang cakap camni?
betul,untuk bermain futsal dengan baik,itulah yang sebetulnya..pakai kepala tu maksudnya pakai otak..dengan dengan kepala lutut ataupun maksudnya kekuatan semata2..
tapi,bukanlah bermaksud seseorang yang cemerlang akademik mampu cemerlang bermain futsal..menggunakan otak di sini bermaksud kreatif..
kreatif dalam erti kata berkeupayaan untuk 'create' game..
kreatif dalam erti kata hebat mencari ruang dalam menjaringkan gol..
kreatif dalam erti kata mampu membaca pergerakan lawan..
kreatif dalam erti kata mampu berfikir dalam keadaan menghadapi tekanan..
sebab itu lah, tidak menjadi satu perkara yang pelik apabila Cristiano Ronaldo di bayar 90,000 euro seminggu semasa di Manchester United kerana ke'kreatifan'nya yang tidak ada pada pemain lain..kalo tak,ak dah masukkan nama die antara perkara ajaib kat dunia ni selepas p-din..=)
PRACTICE
Apa-apa pun,ak tetap nak katekan yang practice makes perfect..kita tetap tidak akan berjaya n bermain dengan baik tanpa berlatih..tak perlu ulas panjang yang ni sebab korang mesti dah tahu dah kan..kena practice supaya tahu asas2 menyepak bola dan cara yang betul utk bermain seperti belajar cara jatuh untuk mengurangkan risiko kecederaan..haa,sebut pasal kecederaan..ade satu teka-teki..
Teka teki - apakah jenis kecederaan yang disukai oleh pemain2 bola dan futsal?
hanya ade satu kecederaan yang disukai dalam sukan ini iaitu masa kecederaan di mana kita mendapat sedikit masa tambahan daripada masa sebenar dan sekiranya kita berjaya menjaringkan gol pada waktu ini,gol tersebut tetap dikira walaupun masa sebenar permainan dah tamat..disukai oleh team yang jaringkan gol la..yang di bolosi tu jadi tak suka jugak la..haha..
ok,yang lain2 tu mungkin kelebihan2 yang korang boleh perhatikan sendiri..
kat bawah ni gambar2 sewaktu futsal convest'10 ritu..sekadar berkongsi kemeriahan pada hari itu..point die,ak main jugak..hehe..
MANAGER MEETING & DRAW SESSION
(8 hb October 2010 :: Kaed Mini Audi 2)
Draw session..manager bagi setiap team perlu ke hadapan untuk mencabut undi..
sebahagian pemain, pengurus pasukan, dan juga committees..
roni a.k.a lutfi (pakai spek) dan jugok mus (baju oren)..same2 main kat court mahallah siddiq petang2..
Syazwan,aku dan Syafiq yuhaizad (PM I-Mef)..
tak tahu la anak sape ni..tak kenal..=p
TOURNAMENT DAY
(10hb October 2010)
amin n aku..sempat lagi tu..
para pemain Golden FC..
sebelum bermulanya perlawanan akhir..
berbaris di tepi court untuk menghormati VIP dan para penonton yang hadir.. (macam lintasan hormat la..eh,betul ke?)
10 orang pemain Bullet FC..
(gedak,adebayor,sobi,tanir,juli,syah,paan,paih,amin n aku)
masuk court setelah habis bersalam..credit to jalok-tiada dalam gambar (ref kesayangan aku..hehe..kenal time Engineering Premier League 2009 lagi)
sebahagian pemain, penonton dan penyokong..terima kasih kerana hadir dan menyokong pemain2 yang beraksi..
waktu kena counter attack memang sakit..tambah2, kena kejar lawan yang laju..chaiyok syah,chaiyok paan n chaiyok amin..kejar jgn tak kejar..
azhadi @ adebayor beraksi (classmate aku dari matric sampai la sekarang..seronok bergandingan ngn die..)
sculpture yang di 'terbang'kan khas dari center..
Syafiq (PM I-MeF) dan Syazwan (EM CONVEST'10)..kat belakang tu ade Faizah dan jugak Syarifah..S/U dan FC I-MeF..tahniah untuk diorang..
bergambar kenangan dengan sebahagian committees..credit to muhaimeen, napi, syafiq, akmal dan jugok other committees atas keberjayaan penganjuran Futsal tournament ni..
2nd runner up..team melayu jugak menang..menang penalti lawan team bosnia..team anip klate..tidak dilupakan,mad as treasurer PTWBF..tahniah..
1st runner up merangkap naib johan..Bullet FC..kitorang kalah 2-3 pada perlawanan akhir tu..=( ape-ape pun tahniah jugak,kita cuba lagi eh..
CONCLUSION
tak nak panjang2 pun,ak just nk pesan,tak nak main futsal lagi ke lepas aku dah citer sume2 ni..huhu..tak de la..ape yang ak nak cakapkan, setiap perkara ade pro's and con's die..
sebab futsal,ramai yang injured,patah kaki,tangan,tercabut lutut dsb..tercabut kepala tak pernah dengar lagi..
sebab futsal jugak,terjadi pergaduhan dan perbalahan samada di kalangan pemain mahupun penyokong..
sebab futsal jugak,ade putus sahabat,putus kawan n macam2 lagi la..
tapi,kalau dihadapi dengan betul,insyaAllah,pro's nya lebih banyak dari con's..
maka,atas kita sendiri la pulak..sebenarnya banyak lagi permainan lain kat atas dunia ni..cari lah yang sesuai ngn kita..point die kat sini,sebagai ex-chairperson sports n culture secretariat,ak nk menggalakkan sume utk bersukan..at least 3 kali seminggu, peruntukkanlah masa sebaik mungkin..hehe..
cumanya,pesanan buat diri sendiri jugak,bahagikan lah masa tu dengan baik kerana kita hidup atas dunia ni bukanlah untuk bermain..tapi,kalau rase bermain ni boleh membantu dalam kita berdakwah,maka tidak menjadi satu masalah..
sebagai contoh,yang aku dapat daripada abg meor sewaktu usrah,kita boleh perhatikan bagaimana cara bekas pemain hoki kebangsaan yang kini menjadi penolong jurulatih, nor saiful zaini..semasa bermain dulu, die sentiasa menutup aurat dan dalam masa yang sama menjaga solatnya..ramai pemain rasa terkesan untuk mengikut contoh teladan yang ditunjukkan beliau..kita mampu ke?
tepuk dada,tanya iman..=)
nak seribu daya,tak nak seribu dalih..
pesanan kat aku jugak sume ni..
TQ..
6 comments:
ada soalan cepumas
apa beza thrill main futsal dangan bolasepak?
hoho.nk main futsal.faizah pun lps masuk uia tetiba je minat futsal.ms kt matrik Nilai(main tuk SMAC).tu first time main.mula2 tak tahu ap2.lps main,seronok kot.biar pun sakit tp bile dh main x ingt sakit doh.hu.actually i-mef aritu faizah join gk tp x main disebabkan kecederaan kaki (ms training,dh lama x main).pastu ms org main,jd tukng sorak jela.hebat la marul main aritu.bleh jd trainer kmi la pasni..huhu.betul,marul ckp psl main ade cedera.main ap,sume cedera.bukan futsal je.cth,faizah pnh main hoki ms sek rendah dulu,mata lebam,kena bola hoki la,kayu hoki la.last year main futsal pun injured gak,sampai x bleh balik cuti raya cina (x bleh jln).tahniah la ats kemenangan ur team.
aida:
sori aida,baru nk bls..huhu..
beza eh..hmm,nk terang pjg dok reti jgk sbb sy ni bukan lah pengulas sukan ke ape..tapi,setakat daripada pengalaman main futsal n bola sepak ni,mmg ade beza thrill die..
bola sepak memerlukan penghantaran bola yang jauh n jugok 'through pass'..ade jgk short pass..tapi,bila dapat passing bola jauh dengan tepat,rase sangat teruja..jugok,bila dapat lorongkan bola dengan tepat..mmg sangat teruja..apatah lagi bila kita hantar bola tu,orang yang terima tu dapat jaringkan goal..mesti die cari kita dulu utk berterima kasih..credit to org yang assist..
kalu futsal plok,dok leh nk main bola jauh2 n 'through pass' ni sbb court die kecik..besenya,thrill futsal ni pada skill n kelajuan..mcm2 skill bleh kluor time main..kalu bleh lepas defender ngn wat skill memang rase sgt teruja la..penonton hok tgk pun teruja..jugok pada permainan die..bese orang sebut futsal ni cara permainan die 'tap tap'..maksudnya bukan main solo dari bawah pastu score..mmg la goal tu dikira,tapi tak dop keterujaan..'tap tap' ni men passing2 n last skali score..sorang sentuh skit sorang,bila dapat wat goal gitu,rase sangat2 teruja..
tu la kot skit sbyk..huhu..
faizah:
mekasih atas wish..kitorang cuba lagi insyaAllah..tapi,bukan dlm convest akan datang da la sbb ade satu sem je lagi b4 grad..huhu..
owh,tak tahu plok faizah main ftsal jgk..sy dok pernah jadi trainer pun..saya sendiri pun dok pernah ade jurulatih..nk train orang lain gane..huhu..sekadar men sokmo n fikir2 sendiri nk develop skill n cara main..fikir tu kena sbb kita kena postmortem balik tiap kali kita main..baru la cepat improve..hehe..
p/s:
terus terang,saya kurang menggalakkan sangat utk orang perempuan masuk tournament futsal..nk main tu bleh je,tak dok masalah,tapi masuk tournament ni kureng skit sbb environment..penontonnya ramai dari kalangan bdk laki..dok brape comel la orang laki tgk walaupun tutup aurat..
tapi,kalo men kat female je n penonton pun perempuan je sume takpe,tak dok masalah insyaAllah..bleh nk join..tgk keadaan jgk la..sbb banyoknye,orang laki leh tgk orang puang main..
marul,tq ats nasihat n peringatan.syukran kathiran.
faizah skrg x aktif dh.
gud luck 4 next sem (final).amik major ap ye?
mekasih..
major manufacturing..
Post a Comment