CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Thursday, April 14, 2011

.: BeRanGin BeTuL MaKaNaN ni :.



"Doktor,saya dah dua hari duk sini,saya rasa macam sakit perut la..macam berangin la perut saya ni doktor.."


"Eh,awak ni eksiden bukan pregnant awak tahu tak.."


"Habis,berangin la.."


"Haa,jadi kalau perut berangin,jangan makan pende2 yang berangin..
contohnya macam ubi kayu,berangin tu..
haa,pucuk ubi,berangin jugak..
minum pulak,jangan minum Teh 0,berangin tu..
paling penting,awak jgn makan satu pende ni,paling berangin.."


"Ape tu doktor?"


"KIPAS!!!"


"Doktor,saya terima doktor,Brilliant doktor.."



Gambar Hiasan


Muqaddimah tajuk kali ni..yang ni adalah dialog SEPAH dalam Maharaja Lawak minggu pertama..saja amik sebagai muqaddimah..bukan nak citer pasal makanan berangin apatah lagi pasal aku tengah hangin ke ape..tapi nak cite pasal yang dekat2 ngn berangin jugak la iaitu makanan panas dan makanan sejuk..


Kita mungkin selalu dengar, orang-orang tua la terutamanya,mengklasifikasikan makanan kepada makanan panas dan makanan sejuk..Apakah yang dimaksudkan mereka?



Syeikh Hakim Moinuddin Chishti dalam Kitab Perubatan Ilmu Kesufian (al-Tibb al-Rauhi as-Sufi) memberikan huraian yang agak panjang lebar dalam hal ni.


"Apabila kita kata makanan itu panas, bukanlah bermaksud makanan itu benar-benar panas (misalnya seperti api) dan tidak juga berkaitan nilai kalorinya.

Kita maksudkan dengan makanan panas itu ialah makanan yang menimbulkan kesan dalam badan kita yang menggalakkan metabolisma (iaitu proses dimana makanan dibina menjadi jirim hidup atau jirim hidup dihuraikan menjadi bahan-bahan mudah).

Makanan yang sejuk intipatinya memberi kesan merendahkan metabolisma" - ms 52



Jenis-jenis makanan yang panas:


Daging dan ikan: anak biri-biri, ayam, hati, telur, kambing jantan dan ikan

Bahan-bahan tenusu: susu biri-biri, keju, krim, minyak sapi

Sayur-sayuran dan kacang: 'beet' (sejenis tumbuhan yang manis akarnya), lobak, bawang, biji sawi (hijau), tumbuhan kekacang (merah) dan (putih), kacang buah pinggang (kidney beans), lada merah, lada hijau, biji lobak merah, labu.

Buah-buahan: biji 'peach', buah plum, oren, limau, buah 'mulberry', kismis merah, kismis hijau, zaitun, anggur masak, labu, semua buah-buahan kering.

Biji-bijian: badam, 'pistachio', biji keras buah apricot, 'walnut', biji buah 'pine'

Padi-padian: beras (biji nipis), beras bismati

Minyak: minyak bijan, minyak jagung, minyak jarak, minyak biji sawi

Minuman: teh, kopi.

Herba: kulit kayu manis, buah pegaga, bunga cengkih, halia, biji saderi, kunyit, garam masala (campuran)

Lain-lain: manisan, gula-gula (rock candy), semua bahan makanan yang manis, garam, semua ubat moden


Jenis-jenis makanan yang sejuk:

Daging: arnab, kambing betina, lembu

Bahan-bahan tenusu: susu lembu, susu ibu, susu kambing, mentega, keju kering, marjerin.

Sayur-sayuran dan kacang: salad, daun saderi, pucuk (umumnya), bayam, kubis, kacang soya, tomato, lobak, kacang

Buah-buahan: tembikai, pear, kelapa, pisang, delima.

Biji-bijian: tiada.

Padi-padian: beras warna coklat, beras (biji tebal)

Minyak: kelapa, biji bunga matahari

Minuman: teh hijau

Herba: ketumbar (kering), jintan, inai.

Lain-lain: gula yang dibersihkan, cuka, benda-benda pahit dan masam



-'Kitab Ilmu Perubatan Kesufian'-ms 55



p/s:

pemakanan memainkan peranan yang sangat penting..kesan jangka pendek tak nampak sangat tapi kesan jangka panjangnya tak siapa yang tahu..kajian mendapati,orang Malaysia banyak mendapat penyakit disebabkan pemakanan yang tidak betul..

jom sama2 kita amalkan cara pemakanan mengikut sunnah Nabi S.A.W..itulah yang paling terbaik [wah,salah tatabahasa ni,dah ada paling tak boleh tambah 'ter' patutnya]..nak bagitahunya,memang terbaik sungguh..

tapi,yang sebenarnya,cakap senang,nk buat tu susah sebab bila dah jumpe makanan terus lupe apa yang patut di makan dan apa yang tidak patut =p


sumber : here



0 comments:

.: Popular Posts :.