CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..
Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Friday, September 21, 2012

.: Kisah Perkahwinan Puteri Nabi, Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali :.



Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja. Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.

Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama- sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib?”

Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi Sayidina Ali r.a. Sewaktu Sayidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gapah, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat Rasulullah SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayidina Ali r.a berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayidina Ali r.a berkata, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayidina Ali r.a yang menyentuh perasaan itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayidina Ali r.a, Abu Bakar berkata, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian Sayidina Ali r.a untuk melamar puteri Rasulullah SAW. Beberapa waktu kemudian, Sayidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. Ia bertanya lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW.
Tercantum dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kauperolehi dariku!”

Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata, “Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Talib dan ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”
Ummu Salamah membuka kisahnya: “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, “Engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah Azza wa Jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.

Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasulullah, itu kuterima dengan baik,” jawab Ali bin Abi Talib dalam pernikahan itu. Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan keberkahan atas perkahwinan itu.

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “


Wednesday, May 4, 2011

.: Al-Fatihah buat Osama bin Laden (part two) :.



Assalamualaikum W.B.T..


kali kedua aku post berkenaan isu Osama bin Laden..kali ini,aku sekadar ingin melontarkan pelbagai persoalan yang aku sendiri tidak mampu untuk menjawabnya..apakah anda juga memikirkan perkara yang sama?mari kita sama-sama lihat persoalan yang timbul disebabkan tersebarnya berita kematian pengasas Bridget Al-Qaeda, Osama bin Laden..


"Adakah Osama betul-betul meninggal dunia?"
"Nampak daripada gambar macam pakai teknik photoshop je.."


terlalu ramai yang bertanyakan soalan ini..aku sendiri juga tidak pasti akan kesahihan berita ini..tetapi, melihat kepada keadaan sekarang, dunia seperti tidak terlalu riuh ataupun gempar dengan berita kematian Osama.. kalau nak dibandingkan, demonstrasi di Mesir dan beberapa negara timur tengah baru-baru ini dilihat lebih menarik perhatian umat Islam dan juga perhatian penduduk dunia..


sehari dua ini, aku ada bersembang juga berkenaan hal ini dengan rakan-rakan aku..baru aku tahu, macam-macam lagi persoalan yang timbul rupanya..


1-ada yang mengatakan kematian Osama tidak patut ditangisi ataupun di ingati kerana Osama ini juga seorang pengganas..tidak patut seorang Muslim merancang ataupun menjadi dalang kepada peristiwa 9/11 yang mana kebanyakan mangsa yang terkorban adalah orang awam..kemusnahan WTC sememangnya menjatuhkan ekonomi Amerika tetapi cara itu tidak mencerminkan keindahan dan kebaikan agama Islam..


2-selain itu,ada yang menyatakan bahawa Osama ini merupakan tali barut Amerika..Osama merupakan ataupun pernah menjadi ejen CIA..dari mana datangnya info ini,aku sendiri pun tidak pasti..sumber ini menyatakan Amerika mencari seseorang yang dipercayai keislamannya oleh umat Islam yang lain untuk dijadikan pesalah ataupun 'kambing hitam' supaya mereka boleh melakukan serangan ke atas negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan.


3-ada yang menyatakan yang mati itu bukanlah Osama..mana mungkin Osama sekadar bersembunyi
di rumah yang boleh di katakan terbuka walaupun dikelilingi tembok setinggi 4-5 meter tanpa pengawal mahupun mana-mana tentera yang mengawasi sekeliling rumah tersebut..tambahan lagi, rumah yang dilaporkan berharga satu juta itu mempunyai saiz 8 kali ganda lebih besar daripada rumah di sekitarnya..seperti sengaja mahu menzahirkan diri sendiri..sedangkan Saddam Hussein pun bersembunyi di bawah tanah apatah lagi Osama yang sememangnya hebat menyembunyikan diri sejak dari dulu lagi..


4-tetapi,ada juga yang menyangkal persoalan ini dengan menyatakan mungkin ini salah satu strategi Osama untuk mengelirukan pihak Amerika apabila tinggal di rumah tersebut tanpa pengawal..Amerika akan melihat dia sebagai seorang penyamar kerana kehidupannya seperti orang biasa..jadi,yang meninggal itu sememangnya Osama..


5-ada yang menyatakan yang meninggal itu adalah betul2 Osama bin Laden kerana pihak Al-Qaeda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyangkal berita tersebut..sepatutnya,berita sebegini disangkal kesahihannya secepat mungkin jika betul yang meninggal itu bukan Osama kerana ia boleh melemahkan semsngat ahli Bridget Al-Qaeda yang lain kerana Bridget ini mempunyai rangkaian ke seluruh dunia..


6-tetapi,ada yang merasakan mungkin Al-Qaeda sengaja tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk mengelirukan semua pihak..mungkin berita tentang kesahihan samada betul ataupun tidak telah disebarkan di kalangan mereka secara rahsia tanpa sampai ke pengetahuan orang luar..


Kesimpulannya, terlalu banyak konspirasi yang mungkin wujud dalam keadaan sekarang ini..yang mana satu betul pun kita tidak tahu..kita yang baru setahun jagung ini tidak mampu untuk mengkaji kesahihan berita ini..aku sendiri juga tidak mampu menjawabnya..sekadar melontarkan kembali persoalan ini kepada anda semua..


Apa-apa pun,aku sangat bersetuju dengan perutusan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat..kata-kata beliau dapat menenangkan keadaan umat Islam di Malaysia yang mungkin masih ragu dengan berita kematian Osama ini..alhamdulillah,aku bersyukur aku dapat membaca perutusan Tuan Guru dulu selepas aku mendapat berita kematian Osama di akhbar..semoga kita dapat menilai kembali kedudukan kita sekarang ini..adakah kita lebih selamat?ataupun kita semakin tidak selamat?..sama-sama kita fikirkan..


sekian,terima kasih..=)

.: Al-Fatihah buat Osama Bin Laden :.


-3hb Mei 2011-

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

 sumber : here

p/s: 3 Mei juga merupakan tarikh perginya seorang pemimpin yang terbaik dan memiliki askar yang terbaik..Beliau berjaya menakluk Kota Konstantinopel pada umur 21 tahun..beliau juga adalah pemimpin yang di maksudkan Nabi S.A.W. dalam hadith baginda : 
  
"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."  

Beliau adalah Sultan Muhammad Al-Fateh bin Sultan Murad di mana Sultan Muhammad Al-Fateh meninggal pada 3hb Mei 1481..

Saturday, April 9, 2011

.: HaKiKaT TuDunG :.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ..


Saya sekadar ingin berkongsi sebuah kisah yang saya dapat dari seorang sahabat yang sangat2 menarik dan baik sebagai renungan buat kita semua, insya’Allah..sem0ga kita dapat mengambil iktibar daripadanya, amalkan, dan sampaikanlah kepada semua kenalan dan keluarga kita.. kita doakan semoga amal ini dihisab di akhirat kelak, insya’Allah..

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat,  lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika  hidupnya  namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti   haiwan,   ada  yang  berbentuk seperti  syaitan, semuanya menangis..menangis  kerana  hari  itu  Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.   Hari  itulah dipanggil hari  Hisab..Duhai Annisa,  bila kita  tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan  menjawab  bila  kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar,  Yang Maha Kuat,  Yang Maha Agung.  .  . .Allah SWT.  

Sampai  di  sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti  dan  saya  lihat  banyak  titisan airmata  yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...

Saya  selak  halaman  berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta,  tuli  dan  bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki  selain  muhrimnya,  wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah   dan   segala  sesuatu  yang mengundang  dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga  Allah  SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

Gambar hiasan

Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab-ayat 59:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Surah An-Nur ayat 31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).


Gambar hiasan
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.


Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini..



Gambar hiasan

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan sahaja mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW...



" Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )



Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?



Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?



sampaikanlah ilmu ini kepada saudara2 kita yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya ...bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wallahu'alam bissawab..


p/s: sumber dari blog seorang kawan..sumber asal tak dapat dipastikan..huhu..dah pernah baca dah sebelum ini..agak lama dah..kali ni,terjumpa lagi beserta tambahan hadith dan ayat quran dari penulis ni..jadi,ak copy paste la sebab die pun suruh sebarkan..hehe..tak tahu kesahihan cerita ini smada betul2 terjadi ataupun rekaan penulis asal..tapi,pada aku,pasal tu tak penting sangat rasanya..yang penting kat sini,'content' cerita ini..mekasih kepada semua..





Tuesday, March 8, 2011

.: Al-QuDs WeeK :.









Friday, February 25, 2011

.: Keputusan PRK UIAM 2010/2011 :.

Muqaddimah:

Salah satu teka-teki Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya:
"Apakah perkara yang paling berat di atas dunia ini?"
Murid pertama menjawab baja..Ada yang menjawab besi dan ada yang menjawab gajah..
Imam Ghazali berkata "Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah memegang AMANAH (Surah Al-Ahzab,33:72)..Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini..tetapi,manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah"



Keputusan penuh:



AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS:
Hafizul Faris bin Che Razlan (641)
Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)
Muhammad Fitry b Hussin (619)
Muhammad Taufiq b Johari (186)

KULLIYYAH OF ENGINEERING:
Mohamad Amir Arif b Ramli
Syahril Uzair b Syahmil Hameed
(won uncontested)

KULLIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:
Masyitah bt Md Hassan (540)
Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)
Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)
Nur Sakinah Sulaiman (680)
Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)

KULLIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:
Siti Aminah Mohd Naim
Wan Zulkarnain Wan Ismail
(won uncontested)

INSTITUTE OF EDUCATION:
Mimi Nor Syahudda bt Setapani (182)
Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)
Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)
Nurrul Hafizul Che Hussin (146)
Ahmad Abdussalam Husni (103)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:
Mahirah Abdul Rashid (1624)
Mahmud Rajaie Othman (499)
Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)
Mohd Hazirin Zainordin (262)
Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:
Adib Fakhrullah b Azmi
Muhammad Hafizul b Taib
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Mohammad Mohiuddin
Abas Abdullah Ahmed
Habib Abu Omer
Noman Bashir
(won uncontested)


CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)

KULLIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:
Anis Nadia Hussin Shokri (163)
Farihah bt Abdullah (115)
Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)

KULLIYYAH OF DENTISTRY:
Kamal Amar bin Dahlan
Nurun Hanim bt Othman
(won uncontested)

KULLIYYAH OF MEDICINE:
Hanis bt Abdul Rani
Sharif b Ahmad
(won uncontested)

KULLIYYAH OF NURSING:
Fauzan b Mohamed (148)
Intan Fazirah bt Mustapha (84)
Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)

KULLIYYAH OF PHARMACY:
Ahmad Mustaqim b Ariffin
Noor Baiti Solehah bt Nu Awi
(won uncontested)

KULLIYYAH OF SCIENCE:
Muhammad Shafiq bin Abu Hassan
Siti Aminah Muhammad Imran
(won uncontested)

INTERNATIONAL STUDENT:
Miss Hasna Ahmad
(won uncontested)

Penutup:

Sengaja aku letakkan teka-teki Imam Ghazali dulu pada permulaan post kali ni supaya kita sentiasa sedar dan beringat dengan tanggungjawab yang kita perolehi ini bukanlah satu perkara untuk dibangga-banggakan ataupun untuk dicanang-canangkan..akan tetapi,kuasa kadangkala diperlukan supaya kita dapat melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar dengan lebih berkesan..mari kita hayati hadith Nabi S.A.W..


Daripada Abu Said Al-Khudri berkata : Telah bersabda Rasulullah Saw “ Barangsiapa yang melihat (termasuk juga mengetahui dengan yakin) kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran tersebut dengan tangannya (yakni kekuatan menurut kemampuan), jika tidak mampu, maka dengan lidahnya (yakni ucapan juga penulisan), jika tidak mampu dengan hatinya. Dan dengan hatinya adalah selemah-lemah iman.”
 ~Hadith riwayat Imam Muslim~ 


Juga firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud,
"Allah tidak akan membebani sesuatu kaum (jiwa) kecuali dengan kemampuannya"
(Surah Al-Baqarah,2:286)


Walaupun anda semua dipilih melalui cara demokrasi iaitu undian oleh student UIA,tetapi ini hanyalah asbab kepada pemilihan anda kerana AMANAH ini tidak lain adalah daripada Allah S.W.T..Dan Allah telah nyatakan di dalam ayat di atas yang Dia tidak akan membebani kita dengan amanah yang kita tidak mampu..maka,buatlah sehabis baik kerana yang akan ditanya nanti adalah sebanyak mana USAHA dan PENGORBANAN anda bukannya sebanyak mana KEJAYAAN anda dan HASILNYA..dan kepadaNya jua lah kita perlu memohon pertolongan andai diri terasa lemah..


p/s: Tahniah dan takziah buat semua rakan2..selamat menjalankan AMANAH dengan cemerlang,gemilang dan terbilang mengikut acuan ISLAM..sama-sama kita kekalkan biah solehah di bumi UIAM ini..pesanan buat aku jugak even dah nk grad..huhu..



"Islam is the way of Life"

insyaAllah,selamat dunia akhirat..

.: Popular Posts :.