CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..
Showing posts with label nasyid. Show all posts
Showing posts with label nasyid. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

.: FoRm FiVe kat SHAMS,Kuala Terengganu :.

(update setelah di 'paksa' amad..hehe)

Sumbangsih

Di sinilah tempat kubermula
Menimba ilmu milik Yang Esa
Buat bekalan dunia
Akhirat jua tidak dilupa

Kedengaran sayup berkumandang
Suara anak-anak wawasan
Akan kami buktikan
Kecemerlangan dan kejayaan

Bersatu hati suara
Tercipta sumbangsih irama
Renungan buat semua
Tanda ingatan nan mesra

Salam yang teristimewa
Buat temanku semua
Penuhkan ilmu di dada
Hidupmu bakal sejahtera

Sekalung budimu guru
Menyampaikan wadah ilmu
Akan kukenang selalu
Jadi panduan hidupku

Bersama kita jayakan
Satu wawasan pendidikan
Untuk agama dan bangsa
Berbakti pada negara

Terima kasih kami ucapkan
Pada guru teman seperjuangan
Moga kan diberkati...
Jasa dan bakti kekal abadi

Album : Sumbangsih
Munsyid : Soutul Jihad



Lagu ni sangat2 bermakna pada aku n jgk rakan2 ak kat sekolah dulu..mana taknye,masuk SHAMS,lagu ni la yang kami kena nyanyikan utk persembahan kat asrama..dan jugak,sebelum kami 'grad' dari SHAMS,lagu ni jugak la yang kami nyanyikan lagi sekali..

Waktu mula2 masuk SHAMS,memang dah jadi tradisi,bdk2 form 1 mesti kena buat persembahan..n waktu tu kitorang pilih lagu ni..ak pun tak ingat dah sape yang pilih untuk kitorang nyanyikan lagu ni..tapi,bukan aku la,sbb waktu tu,ak mmg jahil la jgk bab2 lagu nasyid ni..huhu..tak tahu byk sangat lagu-lagu nasyid ni,apatah lagi kumpulan2 nasyid yang jarang2 dengar macam shoutul amal,al-burtuqol, dll yang ada waktu tu..yang ak kenal,kumpulan Raihan je la waktu tu..sbb ayah ak ade beli kaset puji-pujian n selalu je pasang dalam kereta waktu ak sekolah rendah dulu..hehe..

ish,cakap pasal lagu nasyid dan sekolah rendah ni,teringat kat satu pertandingan nasyid yang aku masuk time sekolah rendah dulu..lagu keluarga bahagia nyanyian kumpulan saujana..kitorang nyanyi lagu ni waktu pertandingan nasyid tu..tapi,kitorang berjaya dapat nombor dua je..sedihnye..ak sedih sbb citer die gini..asalnya,kitorang bawak lagu keluarga bahagia waktu saringan..training abih baik doh..siap ade gerakan tukar2 tempat lagi sewaktu tgh nasyid tu..huhu..n hok bangganya,cikgu muzik kate awok ak dapat markah hok paling tinggi..huhu..munasabah la sbb ade aku..tu belum jadi solo lagi..=p cuma,bile masuk pertandingan akhir,cikgu kate,die tak dok video lagu keluarga bahagia,dok leh nk pasang kot screen..jadi,cikgu mtk tukor lagu..kumpulan ak tukor ke lagu sesungguhnya,lagu Raihan..tapi,mungkin sbb bkn ak solo,jadi kaloh,bleh no 2..haha..tak sempat nk training sebenarnya..lirik lagu keluarga bahagialekat kat mulut doh,tgk2 kena tukor lagu pulok..walaupun ak suka jgk lagu sesungguhnya ni n bese dengar,tapi,ahli lain dlm kumpulan ak baru nk hafal waktu tu..tu kureng sket tu jadinya..kaloh pulok ngn budok puang..hok tu lagi dok leh nok terima..ok2,cukup..point nya kat sini, ak dah jadi artis sejak kecil lagi..haha =p

lepas daripada tu,cikgu muzik ak nk amik hati kot..masa nk meraikan guru besar skolah ak hok nk berpindah,kitorang diberi peluang utk nyanyi lagu keluarga bahagia tu kat perhimpunan..huhu..ak men alat muzik je waktu tu..ak pun dok ingat doh ape name alat tu..bentuk silinder,dalam ade mcm pasir gitu n bile 'kocok2' ade bunyi tu..yang tu la..terubat jgk la kesedihan..tapi,rase mcm wat konsert plok waktu tu,sbb ramai hok tgk..=p

berbalik kepada lagu sumbangsih..jauh doh aku melencong..paling ak ingat jgk,lagu sumbangsih ni kami nyanyikan sewaktu jamuan akhir tahun utk raikan bdk2 form 5..patutnya,sek adik2 la wat persembahan sbb kami budak2 form 5 adalah vip pada malam tu..maksudnya,orang yang diraikan..tapi,yang peliknya,awok ak sendiri yang wat persembahan pada malam tu..ak pun sampai ke hari ni mikir lagi,bakpe,sebagai orang yang diraikan,kami hok buat persembahan..oleh kerana tak jumpe jawapannya,maka,I jump to the conclusion that sbb sek ak sedap nyanyi nasyid kot,tak dop orang leh lawan,tu mintak sek ak jgk tu..huhu..kenangan sungguh la sume ni..



ni bile eh?ak pun dok ingat..huhu..



di bawah pohon yang merendang..dok ingat doh kat mane..bukan umoh aku ni..bukan umoh zu jgk..huhu..



haaaa,ni aku ingat..kat A&W kat pantai batu buruk..



ni ingat jugok..kat sebuoh motel kat langkawi..waktu form 5 awok ak leh gi langkawi..suke sungguh..



dalam dorm..semestinya dorm 21 (dorm sek2 pengawas asrama)..ni time tgh SPM'04 eh?..dok ingat la.. (jatuh thiqoh sek2 ni ak letok gambor ni..hehe..ak tak termasuk,baik waktu tu,dok main la saidina2 ni..=p)


sebahagian gambar waktu sekolah dulu..ak dok simpan sangat gambar..dulu2,mane nok ade sangat kamera ni..henset hok tgh glamer waktu tu pun adalah 3310 n 3315..bleh jgk guna utk amik gambor,tapi,hitam putih la..haha..


kenangan bersama rakan2 sewaktu form 5 memang takkan aku lupakan..ramai je yang bile ditanya time bile rase seronok sgt duk kat skolah,mesti ramai yang jawab waktu form 5..nak2,kalau duduk asrama..time form 5 ni la jadi paling besar,maka,tak dok orang nk maroh atau halang nk buat gape pun..haha..tapi,time form 5 ni la terasa sangat2 ukhwahnya tu sebab kitorang tak berapa ramai sangat..jadi,sume pende,mesti buat skali..main bola petang2 tu semestinya doh..kalu bleh,tak nak miss..sampaikan,waktu bulan puasa pun tetap main lagi..tapi,bulan puasa ni,brhenti awal skit la..sbb keluor gi ke bazar depan skoloh..byk kali jgk bukak puasa tgh jalan sbb balik lambat..hmm..macam2 lagi la kenangan..


saje duk flashback kembali sume ni sedikit sebanyak..mengubat kerinduan kepada mereka sbb sangat susoh nk jupe sekarang ni bila masing2 sudah ade haluan dan laluan hidup masing2..


buat sahabat2 se asrama dgn ak dulu (lehin,usop,mayo,merang,kawe,mat yien,mamat,pino,lokman,mizek,hadi,pidin prak,jijoe,pejan,macho,zu,syed,kishen n bbrp lagi yang ak dok tersebut nama di sini (maaf=( ),semoga ikatan ukhwah ni tetap berkekalan sampai bile2..amin..)

Thursday, August 19, 2010

.: BaRaKALLaHu LaKuMa :.


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together

We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


Lirik lagu Barakallahu lakuma nyanyian Maher Zain..mesti korang dah pernah dengar kan..banyak lagi lagu lain yang sedap dan penuh dengan mesej tersurat mahupun tersirat..ak sgt suka tgk video clip lagu "The Chosen One"..ringkas tapi padat..terbaik la Maher Zain..

kenapa tiba2 letak lirik lagu ni?sebabnya,kena la dengan post aku kali ni di mana ak nk post gambar org kahwin..walimah sahabat2 termasuk roomate ak sendiri yang sempat aku hadiri..yang terkini,bulan jun hari tu la..yang roomate aku tu agak lama jgk la..bulan dua ritu lagi..tp,lupa nk post kat blog..huhu..

5 hari trip ke kelantan,terengganu dan johor..bermula tgh malam hari rabu sampai la tgh malam hari ahad..pergh..letih tapi kenangan ni menambahkan lagi satu memori yang takkan dilupakan..hehe..

Gambar Pertama

Walimah pertama yang aku hadiri bulan jun aritu..rasydan dan norma..kat umah rasydan di machang..sampai tu dalam petang jugak la..pukul 3 lebih camtu la..sempat bergambar lagi..

Gambar kedua


ni gambar kak diyana bersama suami..jauh jgk la machang dengan ketereh..ak pernah sampai dah umah k. diyana tapi,sbb jalan jem,lambat jgk nk bleh ke sampai..kat maghrib baru sampai..maaf kak diyana,kitorang sampai lambat..tapi takpe,lambat2 pun makanan ade lagi..huhu..n makanan malam tu takkan ak lupakan..sedap sungguh..


Gambar ketiga


walimah ketiga..mawardi dan balqis..dah lama kawin tapi baru adakan kenduri sebelah pengantin lelaki..ni adalah gambar kat umah mawardi di gong badak,k.terengganu..

Gambar keempat

walimah keempat..fikri dan akmal..senior ak di SHAMS dan jgk di UIA ni..dah grad dah pun..janggal pulak panggil fikri sbb selalu duk panggil die dgn nickname Yong..zaujah die kakak kepada classmate ak dulu kat SHAMS..

Gambar Kelima


Walimah mat pet dan zyla..dekat batu pahat,johor..terkejut sungguh ak tgk mat pet,badan naik sungguh2..tahap petok doh..bleh panggil sponge bob..huhu..

Gambar Keenam




gambar roomate aku bersama isteri tercinta..suhaimi dan najibah..lambat benor aku post gambar ni dlm blog aku..takpe la..yang penting,ak menghadiri majlis dia kat jitra,kedah..siap jadi pengapit lagi..huhu..kurang2 aku dah ade pengalaman jadi pengapit,pasni,sape nak mtk tolong aku jadi pengapit,bagitahu je..takde masalah la..ak charge murah je..hehe..

Gambar ketujuh


Gambar Kelapan

Gambar Kesembilan



walimah yaty dan tamim..pastu,walimah maziyah dan huzaifah serta walimah zaim dan fatimatun..lame dah jgk,tapi takpe la sbb ak menghadiri walimah diorang jadi ak post jgk la kat dlm blog ni..mgkin ade yang tak tahu lagi diorang dah kahwin..tujuan ak nk raikan orang2 yang sebegini la..huhu..

isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran

di rumah dia isteri di jalanan kawan
di waktu kita buntu dia penunjuk jalan


nasihat kita dijadikan pakaian
silap kita dia betulkan
penghibur di waktu kesunyian
terasa rahmat bila bersamanya


dia umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu
semoga kekal utk diwariskan

.: Nazrey Johani :.

p/s : Selamat pengantin baru kepada semua pengantin2 walaupun yang dah lama kahwin....hehe..=)

Thursday, March 25, 2010

.: Duhai Sahabat :.


Sahabat,
dalam kabur ku tercari-cari cahaya
akhirnya kutemui
sinar ceria
di raut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu
diwaktu itu akulah yang bertuah
punya sahabat sepertimu

Sahabat,
kau bimbinglah
menuju cahaya Ilahi

Sahabat,
aku lemah
mengharungi ranjau dunia

Sahabat,
aku ingin sepertimu dalam ketenangan
menghadapi hidup ini

Sahabat,
ku bersyukur kerna mengenali dirimu
kuberharap kita kan terus bersama
menghadapi segala suka duka
moga kejayaan milik kita
agar hidup menuju mulia


Artis : Al-Burtuqol
Lagu : Sahabat

p/s : aku tujukan lagu ni khas buat semua insan yang bergelar sahabat sejati..yang menjadi tempat rujukan,tempat mengadu,tempat menangis,tempat bergurau senda,tempat meminta pertolongan dan tempat2 yang seangkatan dengannya..yang paling penting sahabat sejati adalah mereka yang sentiasa membantu kita mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.. =)

Sunday, April 12, 2009

Muhasabah Cinta..

Kenapa dengan cinta?banyak buat salah ke sampai nak kena muhasabah tu?hehe...ni adalah tajuk lagu dalam album muhasabah cinta oleh Edcoustic..aku terperasan ramai je yang mengalunkan lagu ni di bibir masing2 semenjak dua menjak ni..ada apa dengan lagu ni?silap aribulan gelombang tsumawi pon boleh kalah..jadi, aku pon amik inisiatif untuk download lagu ni skali dengan cari lirik dia..

Memang sedap dan menyentuh kalbu..maksud dia mendalam jugak..Tak percaya ke?kalau tak percaya,jangan paksa diri untuk percaya..tidak baik untuk kesihatan...huhu..tapi, kepada sesiapa yang belum pernah dengar lagu ni, aku ada lampirkan sekali lirik lagu kat bawah...boleh la nak menghayatinya sementara..kalau tak cukup dengan lirik lagu boleh download lagu ni jugak...kat bawah jugak la...ada link die...

syukran,semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang kita lakukan..

.: Muhasabah Cinta :.

Wahai... Pemilik nyawaku,

Betapa lemah diriku ini,

Berat ujian dariMu,

Kupasrahkan semua padaMu...

Tuhan... Baru ku sadar,

Indah nikmat sehati itu,

Tak pandai aku bersyukur,

Kini kuharapkan cintaMu..


Chorus:

Kata-kata cinta terucap indah,

Mengalir berzikir di kidung doaku,

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku,

Butir-butir cinta air mataku,

Teringat semua yang Kau beri untukku,

Ampuni khilaf dan salah selama ini,

Ya ilahi....

Muhasabah cintaku...

Tuhan...

Kuatkan aku,

Lindungiku dari putus asa,

Jika ku harus mati,

Pertemukan aku denganMu...

Back to Chorus.

Tajuk lagu : Muhasabah cinta

Album : Muhasabah cinta

Munsyid : EdCoustic

Download:

http://www.4shared.com/file/74386442/b194c538/Muhasabah_Cinta.html?cau2=403tNull

.: Melentur buluh biarlah dari Rebungnya :.

.: Popular Posts :.