CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..
Showing posts with label ummah. Show all posts
Showing posts with label ummah. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

.: Al-Fatihah buat Osama bin Laden (part two) :.



Assalamualaikum W.B.T..


kali kedua aku post berkenaan isu Osama bin Laden..kali ini,aku sekadar ingin melontarkan pelbagai persoalan yang aku sendiri tidak mampu untuk menjawabnya..apakah anda juga memikirkan perkara yang sama?mari kita sama-sama lihat persoalan yang timbul disebabkan tersebarnya berita kematian pengasas Bridget Al-Qaeda, Osama bin Laden..


"Adakah Osama betul-betul meninggal dunia?"
"Nampak daripada gambar macam pakai teknik photoshop je.."


terlalu ramai yang bertanyakan soalan ini..aku sendiri juga tidak pasti akan kesahihan berita ini..tetapi, melihat kepada keadaan sekarang, dunia seperti tidak terlalu riuh ataupun gempar dengan berita kematian Osama.. kalau nak dibandingkan, demonstrasi di Mesir dan beberapa negara timur tengah baru-baru ini dilihat lebih menarik perhatian umat Islam dan juga perhatian penduduk dunia..


sehari dua ini, aku ada bersembang juga berkenaan hal ini dengan rakan-rakan aku..baru aku tahu, macam-macam lagi persoalan yang timbul rupanya..


1-ada yang mengatakan kematian Osama tidak patut ditangisi ataupun di ingati kerana Osama ini juga seorang pengganas..tidak patut seorang Muslim merancang ataupun menjadi dalang kepada peristiwa 9/11 yang mana kebanyakan mangsa yang terkorban adalah orang awam..kemusnahan WTC sememangnya menjatuhkan ekonomi Amerika tetapi cara itu tidak mencerminkan keindahan dan kebaikan agama Islam..


2-selain itu,ada yang menyatakan bahawa Osama ini merupakan tali barut Amerika..Osama merupakan ataupun pernah menjadi ejen CIA..dari mana datangnya info ini,aku sendiri pun tidak pasti..sumber ini menyatakan Amerika mencari seseorang yang dipercayai keislamannya oleh umat Islam yang lain untuk dijadikan pesalah ataupun 'kambing hitam' supaya mereka boleh melakukan serangan ke atas negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan.


3-ada yang menyatakan yang mati itu bukanlah Osama..mana mungkin Osama sekadar bersembunyi
di rumah yang boleh di katakan terbuka walaupun dikelilingi tembok setinggi 4-5 meter tanpa pengawal mahupun mana-mana tentera yang mengawasi sekeliling rumah tersebut..tambahan lagi, rumah yang dilaporkan berharga satu juta itu mempunyai saiz 8 kali ganda lebih besar daripada rumah di sekitarnya..seperti sengaja mahu menzahirkan diri sendiri..sedangkan Saddam Hussein pun bersembunyi di bawah tanah apatah lagi Osama yang sememangnya hebat menyembunyikan diri sejak dari dulu lagi..


4-tetapi,ada juga yang menyangkal persoalan ini dengan menyatakan mungkin ini salah satu strategi Osama untuk mengelirukan pihak Amerika apabila tinggal di rumah tersebut tanpa pengawal..Amerika akan melihat dia sebagai seorang penyamar kerana kehidupannya seperti orang biasa..jadi,yang meninggal itu sememangnya Osama..


5-ada yang menyatakan yang meninggal itu adalah betul2 Osama bin Laden kerana pihak Al-Qaeda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyangkal berita tersebut..sepatutnya,berita sebegini disangkal kesahihannya secepat mungkin jika betul yang meninggal itu bukan Osama kerana ia boleh melemahkan semsngat ahli Bridget Al-Qaeda yang lain kerana Bridget ini mempunyai rangkaian ke seluruh dunia..


6-tetapi,ada yang merasakan mungkin Al-Qaeda sengaja tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk mengelirukan semua pihak..mungkin berita tentang kesahihan samada betul ataupun tidak telah disebarkan di kalangan mereka secara rahsia tanpa sampai ke pengetahuan orang luar..


Kesimpulannya, terlalu banyak konspirasi yang mungkin wujud dalam keadaan sekarang ini..yang mana satu betul pun kita tidak tahu..kita yang baru setahun jagung ini tidak mampu untuk mengkaji kesahihan berita ini..aku sendiri juga tidak mampu menjawabnya..sekadar melontarkan kembali persoalan ini kepada anda semua..


Apa-apa pun,aku sangat bersetuju dengan perutusan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat..kata-kata beliau dapat menenangkan keadaan umat Islam di Malaysia yang mungkin masih ragu dengan berita kematian Osama ini..alhamdulillah,aku bersyukur aku dapat membaca perutusan Tuan Guru dulu selepas aku mendapat berita kematian Osama di akhbar..semoga kita dapat menilai kembali kedudukan kita sekarang ini..adakah kita lebih selamat?ataupun kita semakin tidak selamat?..sama-sama kita fikirkan..


sekian,terima kasih..=)

Tuesday, March 8, 2011

.: Al-QuDs WeeK :.









Saturday, November 13, 2010

.: KeNaPa SaYa PiLiH isLaM? :.

(dipetik daripada blog orang lain)



Lauren Booth : kenapa saya pilih Islam


Berita tentang Lauren Booth yang memeluk Islam telah menimbulkan pelbagai komen negatif. Berikut adalah penjelasan beliau tentang perkara tersebut – dan kenapa masanya sudah tiba untuk berhenti memperkecilkan wanita Islam.

Lauren Booth . . .’Betapa rakan-rakanku yang bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan’.

Dah masuk lima tahun sejak pertama kali melawat Palestin. Dan bila saya sampai di sana untuk bekerja bersama-sama badan-badan kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya bawa bersama sifat sombong dan tinggi diri yang biasa tersemat dalam jiwa setiap wanita kulit putih kelas menengah terhadap golongan wanita Islam yang miskin, wanita yang saya anggap lebih sedikit sahaja dari jubah-hitam yang hodoh, dan bersikap pendiam. Sebagai seorang wanita barat dengan segala kebebasan, saya bercadang untuk berurusan secara professional dengan lelaki sahaja. Lagi pun, bukankah itu yang dikatakan dunia Islam?


Heboh di kalangan teman-teman kolumnis kerana tidak bersetuju dengan tindakan saya memeluk Islam, membuktikan yang pandangan stereotaip terhadap berjuta wanita yang mengamalkan Islam masih wujud.

Dalam perjalanan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan seterusnya ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lubnan, saya memang berurusan dengan lelaki-lelaki yang berkuasa. Malah satu atau dua orang dari mereka mempunyai jambang menakutkan seperti yang kita lihat dalam buletin berita yang berada di tempat yang kita musnahkan dengan bom jarak jauh. Yang mengejutkan (bagi saya), saya juga mula berurusan dengan ramai wanita dari berbagai peringkat umur, yang memakai tudung dengan berbagai cara, dan mempunyai kuasa dalam jawatan mereka. Percaya atau tidak, wanita Islam boleh belajar, bekerja berjam-jam lamanya macam kita, malah menjadi bos kepada suaminya di pejabat.

Dah cukupkah memperkecilkan mereka? Saya harap begitulah, kerana tindakan saya memeluk Islam telah dijadikan alasan oleh pengulas-pengulas untuk melemparkan segala macam tuduhan ke atas wanita Islam di seluruh dunia. Sehinggakan dalam perjalanan saya untuk mesyuarat tentang tajuk Islamofobia dalam media minggu ini, saya terfikir untuk membeli besi cangkuk dan berposing seperti Abu Hamza al Masri (gambar). Lagi pun, melihat kepada reaksi ramai kolumnis wanita, saya pada pandangan mereka seperti tidak diperlukan lagi dalam memperjuangkan hak-hak wanita.


Jadi mari kita semua tarik nafas dalam-dalam dan saya akan beri sedikit imbasan tentang dunia Islam dalam abad ke-21. Sudah tentu, kita juga perlu mengambil kira tentang wanita yang tidak dilayan dengan baik di kebanyakan tempat dan budaya, kedua-duanya di dalam dan di luar populasi Muslim. Wanita sebenarnya dipergunakan secara salah oleh kaum lelaki, bukannya Tuhan. Banyak amalan dan undang-undang dalam negara-negara “Islam” telah menyimpang dari (atau tidak berkaitan dengan) ajaran Islam yang asal. Sebaliknya amalan-amalan tersebut hanya berdasarkan kepada adat budaya dan tradisi yang telah ditanam dalam masyarakat. Di Arab Saudi, contohnya, undang-undang tidak membenarkan wanita memandu. Peraturan seperti ini adalah ciptaan sistem monarki Saudi, iaitu sekutu rapat kerajaan kita dalam perdagangan senjata dan minyak. Malangnya, perjuangan hak-hak wanita terpaksa diselaraskan dengan keperluan kerajaan kita sendiri.

Perjalanan saya kepada Islam bermula apabila disedarkan dengan jurang yang wujud antara apa yang diceritakan kepada saya tentang kehidupan Muslim – dan realiti sebenarnya.

Saya mula kagum dengan ketenangan yang ada pada kebanyakan mereka. Tidak semua. Tapi ramai sekali. Dan semasa lawatan saya ke sebuah masjid di Iran September lepas, apabila jamaah mengambil wudhuk, berlutut dan membaca bacaan dalam sembahyang mengingatkan saya tentang apa yang dipandang oleh barat adalah sesuatu yang berbeza sama sekali; satu golongan yang menolak keganasan dan memilih kedamaian dan kasih-sayang melalui meditasi secara diam (sembahyang). Satu agama yang kelihatan sama seperti yang dianuti oleh bintang filem seperti Richard Gere, yang lebih mudah diterima masyarakat jika anda membuat pengakuan menganutnya – Buddhisme. Sebenarnya, setiap posisi rukuk, duduk dan sujud dalam sembahyang cara Islam diisi dengan bacaan-bacaan yang bermaksud kesejahteraan dan keredaan. Setiap satunya bermula dengan, “Bismillahir rahmaneer Raheem” – “Dengan nama Tuhan, yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang” – dan berakhir dengan ucapan “Assalamu Alaykhum wa rahmatullah” – Sejahtera atas kamu dan kasih-sayang Tuhan.

Secara tidak disedari, saya telah mula menyebut “Ya Allah” menggantikan lafaz biasa “Ya Tuhan” dalam sembahyang sejak tahun lepas. Kedua-duanya, sudah tentu, membawa maksud yang sama, tetapi bagi seseorang yang baru memeluk Islam, bahasa yang begitu asing digunakan dalam sembahyang dan dalam kitab al-Quran mungkin menjadi halangan besar. Saya dapat melepasi halangan tersebut tanpa saya sedari. Kemudian barulah datang satu tarikan perasaan: iaitu perasaan kasih sesama Islam dan rasa keterbukaan yang cukup tinggi. Itulah apa yang saya rasai.

Betapa rakan-rakanku yang bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan.

Kenapa kita tidak hebohkan secara terbuka, berpelukan sesama kita, sambil berkata “saya sayangkan awak” kepada seorang rakan baru, tanpa ada perasaan ragu-ragu dan sikap untuk memperlecehkannya? Berlainan dalam masyarakat Islam, saya akan melihat emosi dikongsikan dalam rumah-rumah bersama-sama bekas yang penuh dengan gula-gula dan berfikir, jika undang-undang Allah berdasarkan kepada ketakutan semata-mata, kenapa teman-teman Muslim yang saya sayangi dan hormati itu tidak mengenepikan amalan mereka dan mulai minum alkohol, untuk menikmati “kegembiraan” sama seperti kita yang di barat lakukan? Dan memang kita lakukan begitu, bukan?


Akhirnya, saya dapat rasakan apa yang dirasai oleh Muslim apabila berada dalam sembahyang yang sebenar: terpahat keharmonian manis, kegembiraan kerana bersyukur atas apa yang saya miliki (anak-anak saya - gambar atas) dan selamat dalam ketentuanNya sehingga saya tidak memerlukan apa-apa lagi. Saya bersembahyang di kompleks pemakaman Mesumeh (gambar) di Iran selepas membersihkan muka, lengan, kepala dan kaki dengan air. Dan segalanya berubah selepas itu.


Sheikh yang mengislamkan saya di sebuah masjid di London beberapa minggu yang lalu memberitahu saya: “Jangan terburu-buru, Lauren. Lakukan apa yang kamu rasa mudah. Allah sedang menunggu kamu. Jangan dihiraukan mereka yang berkata: awak mesti buat begini, pakai begitu, mempunyai rambut seperti ini. Ikutlah naluri kamu, ikut al-Quran – dan biarkan Allah memimpin kamu..”

Dan sekarang saya hidup dalam dunia realiti yang mempunyai persamaan dengan watak Jim Carey dalam Truman Show. Saya menyedari satu penipuan besar iaitu tentang kepalsuan dalam kehidupan moden kita; bahawa materialisme, konsumerisme, seks dan dadah akan membawa kebahagian yang berpanjangan. Saya juga berada di belakang skrin dan melihat wujudnya kasih-sayang, kedamaian dan harapan. Buat masa sekarang, saya teruskan kehidupan harian, memasak untuk makan malam, membuat program TV tentang Palestin dan Ya, mengerjakan solat selama lebih-kurang setengah jam sehari.

Sekarang, waktu pagi saya bermula dengan sembahyang subuh pada pukul 6 am, sembahyang lagi pukul 1.30pm, kemudian yang terakhir pukul 10.30pm. Pembacaan Quran saya juga konsisten dan ada peningkatan hari demi hari (lebih kurang 200 mukasurat). Saya sering mendapatkan nasihat dari Ayatollah, imam dan sheikh, dan setiap mereka memberitahu bahawa perjalanan seseorang menuju kepada Islam adalah haknya. Ada yang menghafal teks sebelum memeluk Islam; bagi saya pula, pembacaan kitab suci akan dilakukan secara perlahan mengikut kemampuan saya.

Pada masa lepas, usaha saya untuk berhenti mengambil alkohol selalu berakhir dengan kegagalan; sejak memeluk Islam saya tidak pernah terfikir pun untuk minum semula. Saya tidak ragu-ragu lagi bahawa inilah sebenarnya kehidupan: banyak lagi tentang Islam yang perlu saya pelajari, nikmati dan sanjungi; Saya tewas dengan kehebatannya. Beberapa hari lepas, beberapa wanita saudara baru memberitahu saya bahawa yang ini hanya baru permulaan, dan perasaan seperti itu masih mereka rasai walaupun setelah 10 atau 20 tahun memeluk Islam.

Akhir sekali, saya berharap untuk menterjemahkan antara budaya Muslim dan budaya media yang mungkin boleh menghilangkan rasa terkejut anda semua terhadap perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini.

Apabila berita BBC menayangkan gambar orang Islam berteriak “Allahu Akhbar!” di Timur Tengah, kita orang barat pula dilatih untuk mendengar seperti ini: “Kami benci kamu semua warga Britain, dan kami dalam perjalanan untuk meletupkan diri kami di supermarket Lidl semasa kamu sedang membeli belah di sana.”

Sebenarnya, apa yang kami orang Islam katakan adalah “Tuhan Maha Besar!”, dan kami sedang menenangkan perasaan sedih selepas kampung-kampung kami diserang tentera bukan-Islam. Biasanya, perkataan ini mengisytiharkan keinginan kami untuk hidup aman bersama orang Islam dan bukan-Islam. Kalaulah itu sukar dicapai dalam suasana dunia hari ini, maka membiarkan kami hidup aman damai dalam masyarakat kami pun sudah memadai.

Friday, June 4, 2010

.: BoiKot ProDuk IsRaeL :.





Saturday, April 24, 2010

.: KoNvoI NasioNaL 8 Mei 2010 :.

Salam..Khas berkenaan konvoi:
(rujuk artikel sebelum ini)

Sehubungan dengan itu, kami selaku pihak penganjur ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat mewar-warkan dan membuka pendaftaran konvoi kepada para mahasiswa di (nama universiti/kolej) selama 4 minggu sebelum 01 Mei 2010. Pihak tuan/puan perlu mengumpul nama , KP dan nombor daftar kenderaan yang akan bergerak dari masjid masing-masing . Maklumat hendaklah dihantar kepada pejabat MAPIM sebelum 01 Mei 2010

Perincian program :

1. Tarikh : 08 Mei 2010

2. Acara : Bermula Asar hingga malam

3. Tempat Konvoi bermula: Berhimpun di Masjid universiti/kolej atau masjid masing-masing yang ditentukan oleh pihak penganjur negeri menuju ke Stadium Shah Alam.

4. Masa Sampai : Semua kenderaan konvoi hendaklah sampai pada waktu asar pada 08 Mei 2010 (Bermula tergantung kepada pihak penganjur universiti/kolej tapi sampai sebelum asar 08 Mei 2010).

5. Jumlah penglibatan : Setiap universiti/kolej 05 ke 30 kenderaan.

Segala kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Harapan kami agar kerjasama yang terjalin ini akan berterusan di masa akan datang. Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Mustapa Mansor di talian 0123333825 , Ketua Kordinator Konvoi Nasional Untuk GAZA atau Cik Ismaruzaini binti Ibrahim di talian 019-3837490, Koordinator IPT/IPTS Konvoi Nasional Untuk Gaza.

"Bebaskan Palestin,Bebaskan masjid Al-Aqsa"

sumber dari website viva palestina,click here..

p/s: di UIA,SRC 2009/2010 dalam proses mendapatkan persetujuan dari Clubs yang berminat untuk menyertai konvoi ini..antaranye QYC,JKQ,Journalism Club,Al-Aqsa Society dll..sekiranya anda dan juga kelab anda berminat,sila hubungi Presiden SRC,Saudara Muhammad Firwan bin Norliza untuk maklumat lanjut..0125829252..

.: A LiFeLiNe FroM Malaysia to GAZA :.



Segala puji bagi Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat.




Sukacita dimaklumkan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan program ”KONVOI NASIONAL BUAT GAZA” pada 08 Mei 2010 yang melibatkan 500 ke 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia menuju ke Shah Alam. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan padu kepada saudara kita yang berada di GAZA Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa. Kiblat pertama umat Islam dan saudara yang terkepung di GAZA wajib dibebaskan oleh umat Islam seluruh dunia.


Untuk makluman pihak tuan/puan, satu konvoi yang terdiri dari 20 kapal akan bergerak dari Turki ke pantai Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. MAPIM sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia sedang mengusahakan bantuan dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut.



Sehubungan dengan itu, kami selaku pihak penganjur ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat menjalankan kutipan derma daripada mahasiswa di (nama universiti/kolej) selama (nyatakan bila bemula dan berakhir kutipan derma). Sumbangan ini bertujuan untuk mengisi kapal yang bakal berlayar ke bumi Palestin pada 16 Mei 2010. Hal ini demikian kerana, pihak Turki telah menjalankan rundingan bersama pihak Israeil agar kapal yang berlayar dari Turki ke Palestin tidak boleh ditembak oleh rejim Zionis. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menghantar bantuan kemanusiaan bersama-sama dengan 20 kapal dari negara yang lain . Oleh sebab itu, kami memohon kerjasama dari pihak tuan/puan agar dapat bersama-sama dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada sahabat kita di Palestin.


Hasil dari kesepakatan bersama, pihak Mapim telah menubuhkan satu akaun khas untuk Viva Gaza. Akaun ini akan di audit oleh auditor dari luar dan setiap minggu akan dikemaskini. Sumbangan boleh disalurkan ke:


Nama: TABUNG GAZA – MAPIM

No akaun: 08013010075820

Cawangan: Bank Islam Ipoh Perak



Semoga perjuangan kita bersama dipermudahkan oleh Allah dan diberkatiNya. Amin.


"Bebaskan Palestin Bebaskan Masjid Al-Aqsa"


sumber dari blog viva palestina..click here..



Friday, January 2, 2009

GAZA under ATTACK!!!!!


Umum sudah mengetahui pasal ni...tetapi,apakah yang kita sudah lakukan untuk membantu saudara seagama dgn kita di sana..adakah cukup dengan kita melihat dan mndengar rintihan mereka sedangkan kita tidak brbuat apa2?adakah cukup dengan kita merasa sedih dgn apa yang menimpa mereka?adakah cukup dengan kita berdoa sahaja?

semestinya tidak wahai sahabat2 semua...ttpi,adakah kita tidak mampu membantu langsung wahai sahabat2?aku pon tidak mampu melakukan semuanya untuk membantu mereka dari kekejaman yahudi tetapi sekurang-kurangnya,kita perlu sumbangkan segala macam bantuan yang kita mampu mengikut kemampuan kita...ada yang brkemampuan dari segi wang ringgit,ade yang berkemampuan dari segi tenaga,ada yang berkemampuan dari segi kuasa dan berbagai lagi kemampuan...

Aku ingin berkongsi pengalamn aku menyertai demo membantah kekejaman Israel ini di hadapan kedutaan AS...aku ckup2 berbangga dgn kehadiran pd hari itu...w/pon hari itu adalah hari org bekerja,namun mereka masih mencari ruang di sebalik kesibukan bekerja untuk turun berdemo...jikalau anda mahukan bukti,anda lihatlah foto di bawah ini...tataplah ia sementara semoga ia dapat menjadi pemangkin kepada kita setelah melihat saudara2 kita yang lain sanggup berpanas di bawah sinaran matahari semata2 utk menghentikan penderitaan saudara kita di Palestin..panas matahari tidak memudaratkan apa2,tetapi kekejaman Israel smpai meragut beratus2 nyawa dan mencederakan beribu2 saudara kita...fikirkan lah....





Tuesday, December 30, 2008

Attention to all Muslim....

2,3 hari lepas aku telah menerima satu email dari seorang sahabat...title email tersebut adalah-Anda akan disoal sekiranye takut mengforward email ini,CELAKALAH ke atas kaum KAFIR...

Kali ini,mereka cuba menaikkan kemarahan umat islam melalui cara lain pula...anda lihat saja gambar di bawah ini dan tepuk dada tanya iman anda...kalau iman anda xdapat jawab,tanya lagi,tanya lagi dan tanya lagi shgga anda mendapat jawapannya..






Bermula saat ini,sume umat islam wajib memboikot barangan lego...tetapi,kepada sesiapa yang mempunyai kuasa untuk menghalang lego product ini,halanglah ia daripada dijual di Malaysia ini...buktikan bahawa kita bukanlah umat yang senang untuk diperlekehkan...kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. akan mempertahankan kesucian agama kita ini hgga ke titisan darah yang terakhir...Adakah kita sggup melihat rasul junjungan kita dihina sebegini rupa sedangkan semasa hayat baginda,berbagai tohmahan dan ejekan serta hinaan yang telah baginda terima...cukuplah semasa hayat baginda sahaja,baginda menerima semua dugaan itu...


Aku xbrcadang utk memanjangkan lagi kalam aku ni..ckup la sekadar ni yang aku tulis...panjang2 pon bukan org nk baca...hehe...mksud aku sbnrnya,sume orang boleh fikirkan sendiri...yang penting anda harus zahirkan ketidakpuashatian anda dgn cara anda sendiri...jgn jadi seperti org yang buta dan tuli...tiada gunanye anda menjadi org Islam sekiranya anda tidak merasa apa2 w/pon Rasulullah dihina dan diperlekehkan sebegini rupa..


.: Popular Posts :.