CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Sunday, March 28, 2010

.: Perangkap tikus :.


Sepasang suami isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja di pasar. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memerhatikan gelagat suami isteri tersebut sambil menggumam
"hmmm...makanan apa yang dibawa mereka dari pasar ?".

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,
" Ada perangkap tikus di rumah....di rumah. Sekarang ada perangkap tikus...."



Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
" Ada perangkat tikus !"

Sang Ayam berkata,
" Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba,
"Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawapan sama.
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata
" Eleh engkau ni...perangkap tikus yang sekecil itu tak kan membahayakan aku la."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.

Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan dari di patuk ular tersebut. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.


SUATU HARI NANTI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
PIKIRKANLAH SEKALI LAGI !


sumber : iluvislam.com

Thursday, March 25, 2010

.: Duhai Sahabat :.


Sahabat,
dalam kabur ku tercari-cari cahaya
akhirnya kutemui
sinar ceria
di raut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu
diwaktu itu akulah yang bertuah
punya sahabat sepertimu

Sahabat,
kau bimbinglah
menuju cahaya Ilahi

Sahabat,
aku lemah
mengharungi ranjau dunia

Sahabat,
aku ingin sepertimu dalam ketenangan
menghadapi hidup ini

Sahabat,
ku bersyukur kerna mengenali dirimu
kuberharap kita kan terus bersama
menghadapi segala suka duka
moga kejayaan milik kita
agar hidup menuju mulia


Artis : Al-Burtuqol
Lagu : Sahabat

p/s : aku tujukan lagu ni khas buat semua insan yang bergelar sahabat sejati..yang menjadi tempat rujukan,tempat mengadu,tempat menangis,tempat bergurau senda,tempat meminta pertolongan dan tempat2 yang seangkatan dengannya..yang paling penting sahabat sejati adalah mereka yang sentiasa membantu kita mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.. =)

.: Selamat BerjuanG SeMua:.

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget