CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Tuesday, November 6, 2012

.: Jemputan Majlis Perkahwinan :.


Assalamu'alaikum W.B.T.

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21) 

Bismillahirrahmanirrahim, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, saya sangat berbesar hati untuk menjemput abg/kakak/adik/sahabat dan kawan2 semua ke majlis perkahwinan saya, Mohamad Kamarul Helmi Bin Mohamad Nawawi dengan Nik Nadia Izyan binti Jamil pada :

12 November 2012, Isnin bersamaan 27 Zulhijah 1433H
dan
24 November 2012, Sabtu bersamaan 10 Muharam 1434H.








 

Semoga dengan kehadiran dan doa daripada kalian akan menambah seri dan berkat majlis yang akan berlangsung nanti.. =)

p/s: kalau tak dapat datang , jangan lupa doakan kelancaran majlis dan juga doakan segala urusan dipermudahkan deh.. dan yang lagi penting, doakan 'masjid' yang bakal di bina kami nanti menjadi baitul muslim yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T serta berkekalan bahagianya sampai ke Syurga Allah.. Ameen..


Friday, September 21, 2012

.: Kisah Perkahwinan Puteri Nabi, Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali :.



Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja. Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya. Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.

Pada suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz bersama- sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib?”

Abu Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi Sayidina Ali r.a. Sewaktu Sayidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As Siddiq r.a dengan tergopoh-gapah, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat Rasulullah SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayidina Ali r.a berlinang-linang. Menanggapi kata-kata itu, Sayidina Ali r.a berkata, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayidina Ali r.a yang menyentuh perasaan itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayidina Ali r.a, Abu Bakar berkata, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian Sayidina Ali r.a untuk melamar puteri Rasulullah SAW. Beberapa waktu kemudian, Sayidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. Ia bertanya lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku, orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad SAW.
Tercantum dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di depan baginda. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan kauperolehi dariku!”

Mendengar kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata, “Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Talib dan ibu saudara engkau, Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”
Ummu Salamah membuka kisahnya: “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, “Engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah Azza wa Jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.

Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasulullah, itu kuterima dengan baik,” jawab Ali bin Abi Talib dalam pernikahan itu. Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua merupakan sepupu baginda yakni Sayidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan keberkahan atas perkahwinan itu.

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “


Thursday, July 19, 2012

Kisah Yang Mesti Dibaca Oleh Semua

{Kisah Yang Mesti Dibaca Oleh semua}



"Tersentuh. Perlu selalu bercerita dengan anak-anak. Kisah-kisah yang membina keimanan."

Sy pernah bertemu dgn seorang pendakwah yg menceritakan kpd sy sebuah kisah yang buat air mata sy mengalir deras...bahkan skrg pun sy dah sebak bila tringat kisah ni...

Tentang seorang anak prmpuannya yg berumur 7 tahun...

Dia seorang yg miskin..tapi sgt menjaga agama,di rumahnya tiada tv tp yg ada cuma pembacaan hadis dan kisah2 sahabat nabi saw..dia seorang pendakwah tnpa gaji yg berdkwah ikhlas dgn wang sendiri..

Tiap hari dia hantar ank perempuannya ke sekolah dan berikan wang saku...anaknya trima dgn snyuman dan ciuman pd bapanya...

Pada satu hari,bapanya ingin keluar berdkwah ke satu tempat yg agak jauh,tapi duitnya tak cukup utk dia tinggalkan nafkah pd ank istri sepeninggalannya dan juga belanjanya sendiri ketika berdkwah....dia mulai runsing dan berbincang dgn istrinya,tanpa dia sedar,anak kcil nya tu terdengar perbualan mereka...

Lalu dia dtg dgn sejumlah wang yg agak byk dlm sebuah bekas dan serahkan pd bapaknya smbil berkata,

'abi,ni nana bg hadiah kt abi,abi buatlah belanja kluar dkwah....'

Dia terkejut lalu bertanya:

'dari mana nana dpt byk duit sbyk ni?'

Anknya menjawab..

'ni duit belanja yg abi bagi setiap hari.... ^_^ (dgn snyuman ceria)...'

Maka dia bertambah terkejut dan bertanya..

'habis tu,nana makan apa kat sekolah??????'

Anknya menjawab...

'nana tahu,abi x byk duit,nana juga faham,agama tu penting,sbb tu nana simpan smua duit yg abi bagi dlm satu bekas,nana kumpul smua sbb nk bg kat abi supaya abi gunakan duit tu di jalan allah...abi jgn lah risau,nana tringin sgt nak jadi mcm fatimah,khadijah,sumayyah yg mcm abi dan ummi critakan pd nana tiap2 malam tu...tapi nana kan kecik lg,nana x mampu bjuang mcm diorang..ini je yg nana mampu korbankan utk agama...tiap hari kan,nana kat sekolah,bila nana lapar je,nana akn minum air paip...abi jgn lah risau...^_^ '

Maka umi dan abinya pun menangis laju..teresak2....
Syukur yg teramat kerana dikurniakan anak yg msih kcil tp faham agamanya tinggi spti wanita2 yg ditarbiah rasulullah...

Skrg hisab diri kita?

Apakah kita seperti wanita yg ditarbiah rasulullah?
Atau kita sprti wanita yg ditarbiah yahudi,nasrani,barat?

✿ Mari berubah jadi baik..
~lala..
biar pedas sampai kebas,
mati itu pasti jadi hidup biar bererti
Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie.
Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.



p/s: copy paste je ni.. sharing is caring.. =)
Ramadhan kembali me'lawat' kita selama 30 hari.. Selamat berpuasa kepada semua.. dan yang lagi utama Selamat memenuhi Ramadhan kali ini dgn sebaiknya =)

Sunday, February 19, 2012

.: Sesi Dialog (Liberal Gurlz vs Ustaz) :.



Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”



Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”



Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”




Perempuan bertambah cantik apabila mereka bertudung..apatah lagi jika bertudung seperti muslimah..


selingan: pakai tudung tak wajib, menutup aurat itu yang wajib.. =) 
paham molek..


- ustaz azhar idrus-


p/s : lama sangat tak update blog..hehe.. tibe2 terjumpa artikel ni hari ni, rugi rasanya kalau tak dikongsikan..pencerahan yang baik melalui penyampaian yang santai..=)

Sunday, July 31, 2011

.: Seminar Motivasi Super Study (2) di UIAM, Gombak :.



Assalamualaikum W.B.T..


kali ketiga bercerita pasal SuperStudy..hehe..masih bersemangat untuk bercerita..seronok sangat sebenarnya bersama-sama adik-adik yang masih berjuang di sekolah ni..harapannya,kehadiran diorang ke seminar ni bakal memberi semangat kepada mereka untuk buat yang terbaik nanti..dah nampak & dah jelas impian, ditambah dengan dah tahu teknik yang betul,maka datanglah apa pun ujian dan peperiksaan,pasti bukan menjadi satu halangan lagi..pergh..=)

Aku sangat gembira dengan seminar yang diadakan di UIA ni..satunya,penyertaan adalah terbuka..satu cabaran bila penyertaan adalah terbuka adalah,setiap peserta yang datang tak kenal antara satu sama lain..berbeza dengan seminar SuperStudy di Nibong Tebal, Sri Iskandar, dan Melaka di mana para peserta sudah mengenali antara satu sama lain..diorang datang daripada satu sekolah,tak pun dua sekolah..maksudnya,mesti diorang dah kenal ramai yang ada dalam dewan bersama-sama mereka pagi tu..bila dah kenal ni,diorang sangat selesa berada di dalam dewan untuk sama2 belajar dengan Cikgu Fadzli..keadaan ni juga memudahkan Cikgu Fadzli kerana mendapat respon yang baik daripada peserta bila setiap aktiviti,modul dan soklan ditanyakan..

tapi,keadaan ini tidak berlaku di UIA..pada awal2nya la..sebabnya,masing2 kurang selesa pada awalnya kerana merasakan diri mereka keseorangan di dalam dewan tanpa rakan-rakan yang mereka kenali..mencabar buat Cikgu Fadzli untuk menjadikan mereka selesa di dalam dewan..mencabar jugak buat aku..memang la Cikgu Fadzli yang kelolakan SuperStudy ni,tapi aku sebagai seorang AJK seminar dan photographer takkan nak duk diam & tgk je kan..aku pun berusaha jugak la untuk membuatkan mereka selesa..macamane caranya?aku pun tak reti nak citer,terjadi secara natural kot..huhu..mungkin sbb aku ni ada adik beradik yang ramai..ni salah satu hikmahnya..mekasih umi n aboh...hehe..



"Seminar Motivasi SuperStudy"

Tarikh: 24hb Julai 2011 / Ahad
Tempat: UIAM, Kampus Gombak 
Peserta: Terbuka
Anjuran: RK Training dan One Heart Creative Solution
Dikelolakan oleh: Saudara Fadzli Yusof (RK Training)



Jom,seperti biasa,kita tengok wajah-wajah mereka yang menghadiri seminar motivasi kali ini..=)


Waktu awal pagi agak susah untuk melihat senyuman di setiap wajah peserta yang hadir..semua malu-malu lagi..huhu..




Antara salah satu modul: baling getah..moral of the modul - kena tetapkan target dan impian kita yang kita nak capai..lepas tu berusaha sehabis baik untuk dapatkan dan capai target kita itu..=)



Ada peserta yang sudah mula menampakkan senyuman..hehe.. 




Cikgu Fadzli: "Nak jadi apa?"
Peserta: "Luar biasa" (sambil buat gaya lambai tangan ke atas)



SuperStudy memang best..peserta menjadi semakin seronok =) 




"Hebat tak otak kita?"


"Otak saya hebat", "Activate"






Kali ni sempat bawa para peserta pusing-pusing UIA..waktu pertama kali buat kat UIA, tak sempat sebab jauh..dulu buat kat Kulliyyah of Engineering..solat pun kat Surau KAED, jadi memang tak sempat nak pegi pusing2..pusing-pusing Engin ade la..


kali ni buat kat Kulliyyah of Economics & Management (KENM)..oleh kerana kali ni bersolat di Masjid UIA, maka peluang untuk pusing-pusing tu ada la sekejap waktu tengahari tu..tapi,tak de la pusing satu UIA,tak sempat nak mempraktikkan berjalan di dalam taman ilmu dan budi..hehe..sekadar pusing-pusing area masjid dan jugak sekitar admin..


Amek gambar kat Admin building..gelap sedikit n banyak noise..(frust sbb speedlite ada tapi tertinggal kat dalam dewan..tak sempat nak patah balik amik..pakai flash biasa je.. =( )

 Yang ni puas hati..mekasih kepada semua model-model kita pada kali ini yang berjumlah 23 orang semuanya..hehe.. 


Lepas dah pusing-pusing & amik gambar, kena cepat-cepat pulang ke Econs sebab slot petang dah nak start pada jam 2 petang..waktu amik gambar ni pun dah pukul 2 petang sebenarnya..maaf Cikgu Fadzli,terlebih pusing plak.. 




Cikgu Fadzli: "Apakah tarikh Amerika menggugurkan bom di Hiroshima?"
Peserta: "GBRS..sebabnya,dengan menggunakan teknik nombor super,6 Ogos 1945 sama dengan GBRS" =)




Group yang berjaya buat ayat terbaik untuk pangkal perkataan GBRS..
GBRS = "Gugur Bom Rosak Semuanya"  


Tapi ada jugak yang buat ayat yang takde kaitan dengan bom..contohnya, "Guru Besar Rotan Shima"..alasan diorang, Shima tu dekat dengan Hiroshima la..jadi,takde perkataan bom pun,boleh ingat jugak tu adalah tarikh Amerika gugurkan bom di Hiroshima..hehe..macam2..




 Cikgu Fadzli: "Jangan lupa buat latih tubi, buat apa?"
Peserta: "Latih-latih tubi.."




Antara peserta yang bergambar dengan Cikgu Fadzli..
dari kiri: Alya,Izzati,Ilyas,Aina,Cikgu Fadzli dan Iyad..(ramai yang nama Alya dan Aina yang join SuperStudy =) )




Alhamdulillah,selesai tiga seminar..masih berbaki satu..satu je lagi..yang satu lagi tak banyak sangat untuk diceritakan kot..mungkin kita tengok gambar je la..huhu..abih cerita SuperStudy ada cerita lain pulak..hmm..banyak sangat tuk diceritakan..



.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget