CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Thursday, April 29, 2010

.: Irfan :.

Salam buat semua..

lame jgk tak bercerita tentang diri dlm blog ni..entah la,kadang-kadang,ak rasa kehidupan peribadi aku ni tak patut untuk aku ceritakan menjadi tatapan umum..itu la yang menjadi penghalang utama aku untuk post something dalam blog ni..dan sebab itu juga la,dalam blog aku,aku tak banyak cerita pasal pengalaman aku walaupun diri ini telah diberi nyawa hampir 23 tahun dah..padahal,setiap orang pasti ada pengalaman dia yang tersendiri dan aku juga tidak terkecuali..seronok bila baca blog ustaz hasrizal tentang pengalamn dia di bumi Belfast..berjumpe pemuda ini,pemuda itu dan pelbagai lagi cerita yang aku kira sangat menarik..tapi,aku belum mempunyai kekuatan untuk menulis seperti itu..luahan hati sekadar muqaddimah post kali ini..


Irfan..budaknya sangat comel n sangat pandai..hampir berumur 6 tahun..mengingatkan aku kepada adik aku yang paling bongsu, Danish Wafiy yang sebaya dangan dia..Irfan baru sahaja aku kenali,itu pun kerana aku menggantikan kawan aku mengajar iqra' di rumah nya..ini adalah pengalaman pertama aku..terasa cemas jugak..tapi,aku sentiasa ingatkan diri pada kata2 "tanpa permulaan,kita tidak akan ke mana2"..maka,aku terima permintaan kawan aku untuk menggantikan dia kerana dia terpaksa pulang ke Terengganu untuk berpraktikal disana..Irfan manyambut kedatangan aku dgn penuh sopan santun..aku baru nk kunci moto,tibe2 dia muncul n mengucapkan salam kepada aku..

"Assalamualaikum ustaz"
..

"Waalaikummussalam.."

Dengan kopiah di kepala dan muka yang sentiasa tersenyum menyebabkan aku terasa tidak kekok langsung walaupun ini kali pertama aku sampai ke rumahnya..masuk je pagar rumah,penuh dengan binatang yang aku sangat suka,kucing..hehe..hampir sepuluh ekor jugak la..baru aku tahu,ibunya,kak sally suka bela kucing..tapi,kebanyakannya kucing yang ada di rumahnya adalah kucing yang dibuang orang..aku pun berhajat sebegitu juga nanti,mahu membela kucing,menyelamatkan kucing terbiar n dibuang orang..bayi pun sanggup dibuang sekarang,apatah lagi haiwan seperti kucing ni..eh,aku patut selamatkan bayi atau kucing ni?

Alhamdulillah,mengajar Irfan sangat mudah,dia cepat belajar..dua muka buku iqra' sangat cepat dihabiskan..syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan aku pada pengalaman pertama aku..tapi,aku terpaksa melayan kerenah Irfan bercerita juga sebenarnya..habis satu muka,dia mula buka cerita..hehe..tapi,aku seronok mendengar cerita die..makan di hotel,pegi shopping di jaya jusco,main games dan macam2 lagi..teringat adik-adik ku dirumah..

sebenarnya,sudah lama aku terfikir untuk berbakti kpd masyarakat sekitar uia..sangat rugi sebagai seorang mahasiswa,belajar di uia,n berasal dari sekolah agama sebelum ini tetapi tidak menyumbang apa2 kepada masyarakat sekitar..tapi,keadaan aku sebelum ini tidak membenarkannya..aku bukan seorang yang mampu fokus dalam banyak perkara,jadi,ak terpaksa melupakan hasrat ini sementara..Alhamdulillah,Allah tunaikan juga hajatku ini..

aku punyai banyak lagi perancangan di masa hadapan..semoga aku mampu berbakti lagi kepada masyarakat..amin..

Saturday, April 24, 2010

.: KoNvoI NasioNaL 8 Mei 2010 :.

Salam..Khas berkenaan konvoi:
(rujuk artikel sebelum ini)

Sehubungan dengan itu, kami selaku pihak penganjur ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat mewar-warkan dan membuka pendaftaran konvoi kepada para mahasiswa di (nama universiti/kolej) selama 4 minggu sebelum 01 Mei 2010. Pihak tuan/puan perlu mengumpul nama , KP dan nombor daftar kenderaan yang akan bergerak dari masjid masing-masing . Maklumat hendaklah dihantar kepada pejabat MAPIM sebelum 01 Mei 2010

Perincian program :

1. Tarikh : 08 Mei 2010

2. Acara : Bermula Asar hingga malam

3. Tempat Konvoi bermula: Berhimpun di Masjid universiti/kolej atau masjid masing-masing yang ditentukan oleh pihak penganjur negeri menuju ke Stadium Shah Alam.

4. Masa Sampai : Semua kenderaan konvoi hendaklah sampai pada waktu asar pada 08 Mei 2010 (Bermula tergantung kepada pihak penganjur universiti/kolej tapi sampai sebelum asar 08 Mei 2010).

5. Jumlah penglibatan : Setiap universiti/kolej 05 ke 30 kenderaan.

Segala kerjasama dari pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Harapan kami agar kerjasama yang terjalin ini akan berterusan di masa akan datang. Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Mustapa Mansor di talian 0123333825 , Ketua Kordinator Konvoi Nasional Untuk GAZA atau Cik Ismaruzaini binti Ibrahim di talian 019-3837490, Koordinator IPT/IPTS Konvoi Nasional Untuk Gaza.

"Bebaskan Palestin,Bebaskan masjid Al-Aqsa"

sumber dari website viva palestina,click here..

p/s: di UIA,SRC 2009/2010 dalam proses mendapatkan persetujuan dari Clubs yang berminat untuk menyertai konvoi ini..antaranye QYC,JKQ,Journalism Club,Al-Aqsa Society dll..sekiranya anda dan juga kelab anda berminat,sila hubungi Presiden SRC,Saudara Muhammad Firwan bin Norliza untuk maklumat lanjut..0125829252..

.: A LiFeLiNe FroM Malaysia to GAZA :.



Segala puji bagi Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat.




Sukacita dimaklumkan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan program KONVOI NASIONAL BUAT GAZA” pada 08 Mei 2010 yang melibatkan 500 ke 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia menuju ke Shah Alam. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan padu kepada saudara kita yang berada di GAZA Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa. Kiblat pertama umat Islam dan saudara yang terkepung di GAZA wajib dibebaskan oleh umat Islam seluruh dunia.


Untuk makluman pihak tuan/puan, satu konvoi yang terdiri dari 20 kapal akan bergerak dari Turki ke pantai Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. MAPIM sebagai sebuah wadah gabungan NGO Islam seluruh Malaysia sedang mengusahakan bantuan dihantar dari Malaysia bersama salah sebuah kapal tersebut.



Sehubungan dengan itu, kami selaku pihak penganjur ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat menjalankan kutipan derma daripada mahasiswa di (nama universiti/kolej) selama (nyatakan bila bemula dan berakhir kutipan derma). Sumbangan ini bertujuan untuk mengisi kapal yang bakal berlayar ke bumi Palestin pada 16 Mei 2010. Hal ini demikian kerana, pihak Turki telah menjalankan rundingan bersama pihak Israeil agar kapal yang berlayar dari Turki ke Palestin tidak boleh ditembak oleh rejim Zionis. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menghantar bantuan kemanusiaan bersama-sama dengan 20 kapal dari negara yang lain . Oleh sebab itu, kami memohon kerjasama dari pihak tuan/puan agar dapat bersama-sama dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada sahabat kita di Palestin.


Hasil dari kesepakatan bersama, pihak Mapim telah menubuhkan satu akaun khas untuk Viva Gaza. Akaun ini akan di audit oleh auditor dari luar dan setiap minggu akan dikemaskini. Sumbangan boleh disalurkan ke:


Nama: TABUNG GAZA – MAPIM

No akaun: 08013010075820

Cawangan: Bank Islam Ipoh Perak



Semoga perjuangan kita bersama dipermudahkan oleh Allah dan diberkatiNya. Amin.


"Bebaskan Palestin Bebaskan Masjid Al-Aqsa"


sumber dari blog viva palestina..click here..



Thursday, April 15, 2010

MARS | Majalah Remaja Sempoi!


Saturday, April 3, 2010

.: MenCaRi KeteNanGaN? :.

Salam buat semua..
Sedikit perkongsian,semoga kita sama2 dapat manfaat dari artkel ni..

Ape itu Ketenangan?Kenapa nak mencari ketenangan?
Setiap orang punyai masalah-masalah keluarga,masalah pelajaran,masalah hati,masalah wang dan pelbagai lagi perkara yang kita pandang sebagai masalah kepada kita..inilah fitrah kehidupan manusia..maka,stress,tension,tertekan semuanya menyelubungi diri..

Tetapi,sebagai muslim,kita percaya semua ini adalah ujian dan dugaan daripada Pencipta kita..lebih banyak dugaan yang kita terima,bermaksud lebih tinggi kedudukan kita di sisi Allah..insyaAllah..

Maka,atas sebab ini lah,manusia mencari ketenangan dari segala masalah yang menimpa..semuanya untuk menghilangkan tension dan stress..
menangis semestinya cara yang paling popular..tapi,masih banyak lagi caranya..mungkin dengan cara menyepak2 bola termasuk menyepak orang di padang bola ,ataupun dengan makan sebanyak mungkin sampai diri tak mampu bangun,ataupun dengan panjat pokok tinggi2 dan terjun ala2 membuat terjunan papan anjal sukan sea..masing2 punya cara la tu..


Mencari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti ‘Ham Sah’, suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan.


Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat ‘hammm’. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat ‘saah’. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit.



Namun,sudah pasti tiada cara yang paling berkesan selain solat dan zikrullah..Ia mampu mendamaikan jiwa dan ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.



Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud danberkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakankegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak danseleraku hilang.”


Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.


Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.


Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.


Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama ‘cortisol’ juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk.



(Rujukan ‘Tip-Tip Cemerlang Dari al-Quran’ oleh
Dr Danial Zainal Bidai).


Benarlah firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)


.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget