CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Monday, March 28, 2011

.: AKHIRNYA :.

Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak sempat nak update blog,akhirnya,aku berjaya jugak meng'update' nya kembali.."AKHIRNYA". itulah tajuk kali ni..bukan akhirnya sudah tiba masa untuk aku grad, tak nak cakap lagi pasal ni, jadi sedih nanti..huhu..tapi akhirnya ni bermaksud aku akhirnya berjaya menyiapkan design untuk sebuah kerusi roda yang di pertingkatkan kegunaannya..

letih dah rasanya nak menyebut tentang kerusi roda ni tapi takpe la, last dah ni..dalam seminggu dua ni, kepala aku asyik memikirkan pasal kerusi roda, wheel chair, kerusi roda, wheel chair, kerusi roda, wheel chair je..sampai tak berapa boleh nak tido sebab teringatkan kerusi roda ni..hmm,teruk2..

aku pernah ceritakan pasal wheel chair ni dalam post sebelum ni under tajuk .: InTerVieW:. ..ini tugasan untuk projek subjek PDD..inilah hasilnya setelah segala maklumat dikumpul..



Bermula dengan sketching dulu..




Ini controller..sebab kerusi roda ni jenis yang 'electrical', maka, controller diperlukan..[antara yang terawal aku design sebab design die mengujakan..huhu..]





bahagian bawah atau 'base'..ade hydraulic system untuk laraskan ketinggian tempat duduk..[teorinya,tempat duduk ni boleh di 'adjust'2..maksudnya, kerusi boleh ditinggikan untuk amik barang yang agak tinggi kedudukannya]



tayar depan dan tayar belakang..[rim macam sport rim motor..haha..]




Tempat bersandar..ada cushion belakang badan beserta 'arm rest' dengan controller yang dah di 'attach' kan..



Tempat duduk..ada cushion untuk duduk dengan leg rest beserta pedal kaki..[pedal ni bukan macam pedal basikal yang boleh kayuh, pedal untuk letak kaki je..] 




\
Full assembly of wheel chair..[inilah hasilnya setelah kesemua bahagian di cantumkan]



Pergh, letih jugak nak menyiapkan design wheel chair ni..syukur kepada Allah dapat jugak siapkan..tak lupe juge kat Alibre v12.0..tak sia2 duk mencari installer selama beberapa hari..huhu..sepatutnya, kitorang kena buat 'prototype' dengan design yang dah di buat oleh group mate aku sebelum ni..design die pakai Catia..tapi oleh kerana 'prototype wheelchair' sangat payah untuk di buat [walaupun tak mustahil], lecturer kitorang berikan kelonggaran kepada kitorang di mana kitorang tak perlu buat prototype tu..akan tetapi,sebagai ganti, kitorang kena detail kan lagi design nya..huhu..


Maka,ak menawarkan diri untuk buat design pulak kali ni..sebabnya, ak memang suka dan dah lama tak buat..rase berkarat dah skill Alibre yang aku belajar masa first year dulu..cumanya, kerja sebegini memang makan masa n meletihkan..tambah2 kena mengadap laptop dalam jangka masa yang lama..


Alhamdulillah,yang penting sudah siap semuanya..




p/s: buat Encik Ahmad bin Alwi,inilah sebabnya kenapa En Kamarul lama tak update blog..maaf ye buat Encik Ahmad tertunggu2 dan tertanya2..haha..


Okeh,Get ready for final exam pulok..

Monday, March 14, 2011

.: All England Open 2011 :.

Assalamualaikum W.B.T..
sekadar mencoret untuk berkongsi kegembiraan..
hehe..

semalam aku sempat menyaksikan perlawanan akhir All England..
suku akhir dan separuh akhir tak sempat nak tengok langsung,jadi,semalam, aku peruntuk jugak masa..tambah2,ada kawan,rakan dan taulan yang ajak pergi tengok,apa lagi..

bagi yang tidak tahu ataupun ayat baik sikit,tidak berapa pasti apa itu All England, jom kita bercerita sikit pasal ni..

All England sangat sinonim dengan permainan badminton..
umpama sinonimnya World Cup dengan permainan bola sepak..
ataupun sinonimnya NBA dengan permainan basketball..
ataupun sinonimnya Grand Slam dengan permainan tennis..
ada jugak orang cakap umpama sinonimnya Federer dengan Tennis..
ataupun umpama sinonimnya Kamarul dengan futsal..
eh,ade jugak..huhu..
ikut la,boleh je sume tu..

Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England yang juga dikenali sebagai All England ini ialah salah satu kejohanan badminton paling lama dan berprestij di dunia.
Bermula pada tahun 1899 sebagai Kejohanan Terbuka Inggeris, kejohanan ini telah 
dimainkan di tujuh lokasi berbeza. Kini kejohanan tersebut dimainkan di Arena Kebangsaan Birmingham. Sejak tahun 1984, acara ini ditaja oleh Yonex.

All England dianjurkan sekali sahaja dalam setahun..ini senarai Juara Perseorangan Lelaki untuk sepuluh tahun kebelakangan ini:

2010 - Lee Chong Wei (Malaysia)
2009 - Lin Dan (China)
2008 - Chen Jin (China)
2007 - Lin Dan (China)
2006 - Lin Dan (China)
2005 - Chen Hong (China)
2004 - Lin Dan (China)
2003 - Muhammad Hafiz Hashim (Malaysia)
2002 - Chen Hong (China)
2001 - Pulella Gopichand (India)
2000 - Xia Xuanze (China)


ini adalah poster All England Open Badminton Championship 2011..


Pada awalnya,agak 'frust' jugak bile tengok perlawanan beregu lelaki di mana wakil Malaysia Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kalah kepada beregu nombor satu dunia iaitu Boe dan Mogensen..

mungkin,para peminat sukan badminton merasakan Koo dan Tan lebih layak ataupun 'deserve' untuk menang kerana mereka mengharungi laluan yang sangat mencabar dan sukar sebelum ke final..
mereka bertemu markis kido / hendra setiawan di suku akhir dan cai yun / fu haifeng di separuh akhir sebelumnya..kedua2nya merupakan bekas beregu nombor satu dunia dan menjadi musuh ketat kepada Koo dan Tan..

walaupun mereka bermula dengan baik tetapi mereka tumbang 21-15, 18-21, 18-21 kepada pasangan dari Denmark itu..

pada set ketiga mereka telah mendahului 16-11 tetapi, kesilapan demi kesilapan menyaksikan mereka terpaksa menggigit jari lagi..maka,mereka terlepas peluang untuk melakar nama sebagai juara buat kali yang kedua kerana mereka telah memenanginya pada tahun 2007..


Pada pukul 12.30 pagi semalam, Chong Wei mula beraksi menentang musuh ketatnya iaitu jaguh dari China, Lin Dan..perlawanan terakhir mereka sebelum ini iaitu pada final Terbuka Korea Januari lalu menyaksikan Chong Wei tewas rubber set kepada Lin Dan..Namun,Chong Wei menunjukkan peningkatan yang sangat baik dalam kejohanan tersebut walaupun dia tewas..rekod pertemuan mereka adalah 22 kali di mana Lin Dan menang 15 daripadanya..
Jadi,All England ini menjadi medan dan pentas terbaik untuk Chong Wei membuktikan bahawa gelaran pemain nombor satu dunia itu sememangnya layak untuk dirinya..

Perlawanan bermula dengan setiap pemain berbalas mata..jurang perbezaan mata sangat dekat di mana kedua2 pemain tidak membenarkan lawan menjarakkan mata..
dipendekkan cerita,tepat jam 1.20 pagi waktu Malaysia,kemenangan akhirnya berpihak kepada Chong Wei..Beliau menang straight set iaitu 21-17, 21-17..perlawanan yang sangat menarik..


ini adalah gambar Datuk Lee Chong Wei.. (gambar paling smart yang aku jumpe..huhu..sori Datuk,gurau je)

Musuh ketat Chong Wei..siapa lagi kalau bukan Lin Dan..


Aku jadi sangat teruja dengan kemenangan kali ini kerana Datuk Lee akhirnya berjaya menewaskan musuh tradisinya pada kejohanan All England..kejuaraan kali ini pada aku boleh digelar sebagai kejuaraan mutlak kerana beberapa sebab:
1] Ini adalah kejuaraan All England
2] Lawan yang di tewaskan di final adalah Lin Dan yang merupakan musuh ketatnya dalam arena badminton ini
3] Chong Wei tidak pernah kalah walaupun satu set sepanjang kejohanan ini (semua perlawanan dimenangi dengan straight set)


p/s:
Apa-apa pun,tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan juga pasangan beregu negara Koo dan Tan kerana berjaya melonjakkan nama negara..
macam pengulas sukan dah rasanya..huhu..=)

Tuesday, March 8, 2011

.: Al-QuDs WeeK :.









Monday, March 7, 2011

.: AnaLiSis PRK UIAM 10/11 (Part Two) :.

Assalamualaikum W.B.T..
jom kita sambung kembali analisa kita..
untuk Part One,kita dah bincang sehingga lima perkara..kali ni,kita tambah lagi enam..
enam je,tak banyak sangat pun..huhu..

6] Banner dan Poster Election
Tahun lepas:
Publisiti berkenaan SRC General Election kelihatan agak hambar..tidak banyak banner yang digantung dan poster yang ditampal oleh Election Secretariat..mungkin sampai tahap boleh dibilang dengan jari je banner dan poster yang ada pada waktu tu..

Tahun ini:
Satu lagi 'improvement' yang baik daripada pihak Admin UIA kerana Poster dan Banner SRC General Election boleh dilihat di mana2..ada juga tambahan poster oren daripada pihak Pro-m..kesemua ini merupakan usaha yang sangat baik untuk meningkatkan kesedaran politik di kalangan student UIA..politik ni bukanlah wajib di ketahui oleh student yang ambil 'political science' je tapi ianya perlu di ambil tahu oleh semua orang..Pilihan Raya Umum pun dah dekat..walaupun kita masih lagi seorang pelajar,tapi,kalau dah berumur 21 tahun ke atas, kita tetap bertanggungjawab untuk menunaikan hak kita sebagai pengundi kerana kita adalah rakyat Malaysia..

7] Kempen
Tahun lepas:
Period berkempen adalah enam hari bermula hari Jumaat sampai hari Rabu..sebenarnya,selepas pukul 5 petang hari Khamis tu,calon sudah dibenarkan berkempen..akan tetapi,calon2 dikehendaki membawa 'merchandise' mereka dan meminta kebenaran daripada S-Dev terlebih dahulu sebelum mula membahagikan 'merchandise' tersebut sewaktu berkempen..ini adalah rules yang baru untuk tahun itu..

Tahun ini:
Period berkempen adalah lima hari bermula dari pukul 2.30 petang hari Khamis sehingga 12 tgh malam hari Isnin..perbezaannya adalah, calon2 yang bertanding dibenarkan berkempen sedikit lambat berbanding tahun lepas..seperti juga tahun lepas,setiap calon perlu mendapat kelulusan daripada S-Dev untuk setiap 'merchandise' yang mereka akan gunakan sewaktu berkempen..sekiranya tertangkap menggunakan barang-barang kempen yang tidak mendapat kelulusan,penyertaan mereka akan dibatalkan..

8] Peratus mereka yang turun mengundi
Tahun lepas:
Sangat menyedihkan..itulah ayat yang mungkin paling sesuai untuk menggambarkan peratusan student UIA yang turun mengundi kerana hampir 59% daripada student uia keluar menjalankan tanggungjawab mereka..antara sebabnya, MUNGKIN tarikh pilihanraya kampus yang kurang sesuai kerana ramai pelajar 'bertapa' pada minggu tersebut untuk menghadapi mid-term exam..MUNGKIN juga ada yang sudah pulang sedikit awal ke kampung halaman sempena cuti mid sem..MUNGKIN juga mahasiswa semakin tidak cakna dengan apa yang berlaku di dalam universiti..pelbagai perkara lagi yang mungkin menjadi sebab kepada kurangnya pelajar UIA keluar mengundi..

Tahun ini:
Lebih kurang 65% pelajar UIA keluar mengundi..berlaku peningkatan dalam peratusan bilangan yang keluar mengundi jika dibandingkan dengan tahun lepas..akan tetapi,masih lagi jauh dari paras atau 'level' yang sepatutnya jika hendak dibandingkan dengan bilangan keseluruhan pelajar UIA..tambahan lagi,sudah banyak poster yang ditampal dan banner yang digantung..walaupun berlaku peningkatan secara keseluruhannya akan tetapi,berlaku juga penurunan peratusan di sebahagian kulliyyah seperti Kulliyyah of Economics and Management Sciences..

9] Kulliyyah n International seat-won uncontested
Tahun lepas:
di Gombak,dua kulliyyah telah menang tanpa bertanding sebelum tarikh mengundi iaitu AIKOL dan KAED..di Kuantan,hanya satu kulliyyah tidak bertanding iaitu Kulliyyah of Dentistry..calon untuk kerusi international Gombak pula tidak cukup seorang sehingga 'Nomination period' terpaksa dipanjangkan sedikit untuk memberi peluang kepada mana2 calon yang masih belum hadir ke 'Nomination' untuk hadir..Alhamdulillah,Anas Ismaiel yang merupakan Exco SRC tahun sebelumnya hadir mengisi kekosongan tersebut..bermaksud,tidak berlaku sesi pengundian bagi 3 kulliyyah ini dan juga bagi international constituency..

Tahun ini:
di Gombak,tiga kulliyyah telah menang tanpa bertanding iaitu KAED,ICT dan ENGIN..di kuantan,hanya 2 kulliyyah berlaku pertandingan..begitu juga dengan 'international constituency'..bermaksud,untuk tahun ini,berlaku pertambahan lagi calon yang menang tanpa bertanding di mana 19 kerusi telah dimenangi tanpa pertandingan termasuk di Kuantan..Pertandingan hanya berlaku di AIKOL,KENMS,IRKHS,INSTED (Gombak) dan NURSING,ALLIED HEALTH SCIENCE (Kuantan)..

10] Pertambahan kerusi 
Tahun lepas:
kesemuanya 29 kerusi iaitu 16 kerusi di Gombak termasuk 4 kerusi untuk 'international constituency' manakala selebihnya adalah di Kuantan dengan 13 kerusi termasuk satu kerusi untuk international constituency..

Tahun ini:
Berlaku pertambahan bilangan kerusi di GOMBAK dimana kerusi untuk institute of Education telah diperkenalkan..ini bermaksud, kerusi yang dipertandingkan meningkat kepada 31 kerusi..satu kejayaan buat SRC lepas dan juga student EDU yang inginkan wakil daripada kulliyyah mereka..

11] Election Commissioner (EC)
Tahun lepas:
Election Commissioner dilantik daripada Principal Mahallah di mana Pricipal Mahallah Zubir telah dipilih..beliau ialah Dr Ismail..pada tahun sebelumnya,EC adalah Dean AIKOL iaitu Dr Iqbal..

Tahun ini:
Election Commissioner adalah daripada kalangan principal Mahallah juga di mana, Principal Mahallah Ali telah dilantik..beliau adalah Ustaz Fauzi Muda..


Penutup:

Begitulah sedikit sebanyak analisis PRK UIAM 2010/2011..aku rasa yang aku tulis ni,lebih kepada laporan dan perbandingan la..bukan analisis sangat pun..huhu..tapi takpe,at least kita lebih nampak perjalanan PRK ni..aku sekadar berkongsi pengalaman ni dengan semua sebab ak berkesempatan untuk meninjau perjalanan PRK kali ni..

Setelah melihat kepada perbandingan ini,ak rasakan pelbagai persoalan boleh timbul..
adakah UIA sudah mula ketandusan student yang boleh menjadi pemimpin?
pemimpin yang ada sekarang ini pula adakah cukup berwibawa dan berkarisma?
adakah keadaan di IPTA sekarang ini menunjukkan bahawa negara kita juga semakin ketandusan pemimpin?

Apa pun yang terjadi,kita tetap kena memberikan sokongan kepada wakil kulliyyah kita yang telah menang..mereka bakal menggalas amanah yang sangat berat selama satu tahun..maka,sokongan dan bantuan sangat lah diharapkan daripada kita semua..

p/s:
takde gambar kali ni,tak sempat nk dapatkan lagi gambar sewaktu nomination day dan sewaktu kempen..dah ada nanti,kita sama2 tengok.. 

"Sharing is Caring"


Wednesday, March 2, 2011

.: AnaLiSis PRK UIAM 10/11 (Part One) :.



Assalamualaikum W.B.T.
Kali ni nak bercerita tentang pilihan raya kampus lagi..
Jom kita buat sedikit analisis berkenaan PRK UIAM 2010/2011..oleh kerana analisis ini agak panjang,maka,aku terpaksa bahagikan kepada dua bahagian..aku sendiri pun pening nak tulis kalau sekali tulis tu dah panjang berjela-jela..huhu..ok,jom kita kaji sama2..


1] Notis pertama
Tahun lepas:
Notis keluar beberapa hari sebelum AGM SRC 08/09..masa yang diberikan untuk student yang ingin bertanding mengambil 'nomination form' adalah dua hari bermula keesokan harinya setelah keluarnya notis pertama..notis tidak di tampal di semua tempat terutamanya di mahallah..maka,bukanlah sesuatu yang menghairankan ada di antara student yang ingin bertanding terlepas mengambil borang pencalonan kerana tidak sedar akan notis ini..boleh jadi juga student tersebut kurang cakna kerana apabila hampirnya AGM SRC,it bermaksud,notis untuk bertanding akan keluar pada bila2 masa sahaja..maka,jadi tanggungjawab mereka untuk cakna akan perkara ini sekiranya mahu bertanding..


Tahun ini:
Ditampal pada hari Rabu (26/1/2011),iaitu 2 hari selepas AGM SRC 09/10..senggang masa antara keluarnya notis pertama dengan tarikh untuk mengambil 'nomination form' agak jauh dimana tarikh untuk ambil 'nomination form' adalah 8hb dan 9hb februari 2011..notis pula di tampal hampir di semua tempat-di semua kulliyyah dan di semua mahallah..satu 'improvement' yang baik daripada Admin UIA..jadi,pada aku,sekiranya ada student yang masih tidak tahu berkenaan notis pertama ini, ini menunjukkan kesilapan itu adalah di pihak mereka, bukan lagi di pihak Admin UIA..







ini adalah contoh notis pertama General Election SRC 2010/2011..
separuh je,nk tengok penuh,cari sendiri (huhu,gurau je)


2] Public Speaking
Tahun lepas:
English Proficiency Session (EPS) yang perlu dihadiri oleh semua calon2 yang ingin bertanding mempunyai dua sesi iaitu sesi 'public speaking' dan 'session with dean'
ataupun lebih dikenali dengan 'interview session'..kedua2 nya dijalankan di office of Deputy Rector (Student Affairs),Level 4,Admin Building..'public speaking' biasanya dikendalikan oleh wakil daripada Celpad ataupun S-Dev sendiri akan tetapi untuk 'interview', 'interviewer'nya adalah daripada kalangan Dean ataupun Principal Mahallah..






Gambar hiasan semata2..



Tahun ini:
EPS hanyalah sesi 'public speaking'..dikendalikan oleh wakil daripada S-Dev dan Celpad sendiri..akan tetapi,'venue'nya adalah kat tempat 'expressive corner' iaitu berdekatan jambatan bersebelahan Azman Hashim building..maksudnya,untuk kali ni,'public speaking' dibuat di hadapan beribu-ribu student uia..teorinya macam tu la,tapi sewaktu sesi 'public speaking' tu, tak ramai pun student yang berhenti untuk menyaksikan bakal2 calon SRC berucap..apa sebabnya?
aku sendiri pun tak tahu sebab tak buat pulak analisis pasal ni..huhu..tapi,daripada 'observation' aku, kebanyakan student UIA lebih fikirkan kelas,assignment,dan segala perkara yang bersangkut paut dengan mereka sahaja..tak ada masa lah untuk sibuk-sibuk dengan pende2 macam ni..[macam kasar skit ayat,tapi ada yang berfikiran macam ni]..akan tetapi,ada juga student yang ambil cakna..walaupun mungkin kali pertama mereka lalu,mereka tidak berkesempatan untuk berhenti kerana ada kelas,tetapi,mereka akan datang kembali selepas kelas untuk melihat sesi 'public speaking' ini walaupun sementara..ok dah macam ni..at least ambil tahu dan jenguk2 la jugak kejap..


3] Eligibility to contest letter vs list name
Tahun lepas:
Semua bakal calon yang telah menghadiri sesi EPS akan mengetahui result mereka samada lepas ataupun tidak pada petang ataupun malam harinya selepas berakhirnya kedua-dua sesi tersebut..result ini adalah dikeluarkan dalam bentuk list name yang ditampal di cermin pintu S-Dev office..


Tahun ini:
Tiada lagi 'list name' mereka yang melepasi EPS dikeluarkan,akan tetapi S-Dev menggantikannya dengan mengeluarkan surat 'eligibility to contest' bagi calon-calon yang berjaya melepasi EPS tersebut..surat ini pula wajib di bawa ketika 'nomination' nanti..cara ini mungkin boleh dipertikaikan sesetengah pihak kerana MUNGKIN ada calon yang tidak menghadiri EPS tetap mendapat surat kelayakan untuk bertanding..


4] Nomination Day
Tahun lepas:
'Nomination' dijalankan di Senate Hall, Level 5, Admin Building..sesi nomination bermula agak lambat,mungkin kerana masalah teknikal ataupun persiapan tempat yang belum selesai..segala perkara yang berlaku di dalam dewan 'nomination' adalah rahsia kerana tidak dapat dilihat dan disaksikan perjalanannya oleh student UIA mahupun orang luar kerana dewannya yang tertutup..


Tahun ini:
'Nomination' dijalankan di Kaed Gallery, KAED..sesi 'nomination' bermula awal mengikut jadual..Kaed Gallery lebih terbuka menyebabkan segala perkara dan perjalanan 'nomination day' dapat dilihat dan disaksikan oleh student UIA..ianya menjadi satu perkara yang bagus buat student Kaed yang kurang mengambil cakna berkenaan pilihan raya kampus ini apabila 'Nomination Day' di jalankan di sana kerana secara tidak langsung,mereka pasti 'terambil tahu' akan perkara ini..


5] Poster calon
Tahun lepas:
Poster yang dikeluarkan S-Dev adalah sebanyak 50 keping untuk setiap calon dan poster yang diberikan mempunyai gambar semua calon yang bertanding di kulliyyah tersebut..atas sebab ini,ramai calon yang sekadar mengambil poster daripada S-Dev tetapi tidak menggantung poster tersebut kerana dilihat seperti mem'promote' calon lawan dalam masa yang sama secara tidak langsung..


Tahun ini:
Poster yang mempunyai gambar semua calon yang bertanding di kulliyyah itu digantung oleh pihak IP dan committee of election..manakala, setiap calon mendapat poster yang mempunyai gambar mereka sendiri sahaja..dan juga, setiap calon dibenarkan membuat fotokopi poster tersebut untuk digantung di kulliyyah masing2..satu lagi 'improvement' yang baik daripada pihak Admin UIA..maka,pada tahun ini,kita dapat melihat perang poster berlaku di kulliyyah yang bertanding..sangat menarik,satu suasana baru yang dikira dapat menarik lebih ramai student untuk turun mengundi..paling kurang,mereka tahu adanya musim calon2 berkempen..


sebelum kita berhenti,kita sama2 hayati suasana sewaktu 'public speaking' session..aku bersyukur jugak hari tu kelas aku pagi je,yang petang punya cancel..maka,dapat la jugak aku tengok bakal2 calon ni berpidato..jadi,buat yang tak berkesempatan,jom kita tengok gambar2 ni..


















p/s:
okeh,sekadar itu dulu untuk 'Part One'..kita sambung lagi dalam 'Part Two'..sebagai penutup bicara, ak ingin kongsikan sebuah [sebuah ke?], seuntai kata2 yang aku petik dari blog seorang rakan..mekasih atas kata-kata ni..tak tahu la kena ataupun tidak dengan post kali ini..tapi,aku suka..anggapkan kena la..huhu..

"tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan,
tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa benih-benih kesabaran,
serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran bertapak di jiwa insan"

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget