CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Sunday, July 31, 2011

.: Seminar Motivasi Super Study (2) di UIAM, Gombak :.



Assalamualaikum W.B.T..


kali ketiga bercerita pasal SuperStudy..hehe..masih bersemangat untuk bercerita..seronok sangat sebenarnya bersama-sama adik-adik yang masih berjuang di sekolah ni..harapannya,kehadiran diorang ke seminar ni bakal memberi semangat kepada mereka untuk buat yang terbaik nanti..dah nampak & dah jelas impian, ditambah dengan dah tahu teknik yang betul,maka datanglah apa pun ujian dan peperiksaan,pasti bukan menjadi satu halangan lagi..pergh..=)

Aku sangat gembira dengan seminar yang diadakan di UIA ni..satunya,penyertaan adalah terbuka..satu cabaran bila penyertaan adalah terbuka adalah,setiap peserta yang datang tak kenal antara satu sama lain..berbeza dengan seminar SuperStudy di Nibong Tebal, Sri Iskandar, dan Melaka di mana para peserta sudah mengenali antara satu sama lain..diorang datang daripada satu sekolah,tak pun dua sekolah..maksudnya,mesti diorang dah kenal ramai yang ada dalam dewan bersama-sama mereka pagi tu..bila dah kenal ni,diorang sangat selesa berada di dalam dewan untuk sama2 belajar dengan Cikgu Fadzli..keadaan ni juga memudahkan Cikgu Fadzli kerana mendapat respon yang baik daripada peserta bila setiap aktiviti,modul dan soklan ditanyakan..

tapi,keadaan ini tidak berlaku di UIA..pada awal2nya la..sebabnya,masing2 kurang selesa pada awalnya kerana merasakan diri mereka keseorangan di dalam dewan tanpa rakan-rakan yang mereka kenali..mencabar buat Cikgu Fadzli untuk menjadikan mereka selesa di dalam dewan..mencabar jugak buat aku..memang la Cikgu Fadzli yang kelolakan SuperStudy ni,tapi aku sebagai seorang AJK seminar dan photographer takkan nak duk diam & tgk je kan..aku pun berusaha jugak la untuk membuatkan mereka selesa..macamane caranya?aku pun tak reti nak citer,terjadi secara natural kot..huhu..mungkin sbb aku ni ada adik beradik yang ramai..ni salah satu hikmahnya..mekasih umi n aboh...hehe..



"Seminar Motivasi SuperStudy"

Tarikh: 24hb Julai 2011 / Ahad
Tempat: UIAM, Kampus Gombak 
Peserta: Terbuka
Anjuran: RK Training dan One Heart Creative Solution
Dikelolakan oleh: Saudara Fadzli Yusof (RK Training)



Jom,seperti biasa,kita tengok wajah-wajah mereka yang menghadiri seminar motivasi kali ini..=)


Waktu awal pagi agak susah untuk melihat senyuman di setiap wajah peserta yang hadir..semua malu-malu lagi..huhu..




Antara salah satu modul: baling getah..moral of the modul - kena tetapkan target dan impian kita yang kita nak capai..lepas tu berusaha sehabis baik untuk dapatkan dan capai target kita itu..=)



Ada peserta yang sudah mula menampakkan senyuman..hehe.. 




Cikgu Fadzli: "Nak jadi apa?"
Peserta: "Luar biasa" (sambil buat gaya lambai tangan ke atas)



SuperStudy memang best..peserta menjadi semakin seronok =) 




"Hebat tak otak kita?"


"Otak saya hebat", "Activate"






Kali ni sempat bawa para peserta pusing-pusing UIA..waktu pertama kali buat kat UIA, tak sempat sebab jauh..dulu buat kat Kulliyyah of Engineering..solat pun kat Surau KAED, jadi memang tak sempat nak pegi pusing2..pusing-pusing Engin ade la..


kali ni buat kat Kulliyyah of Economics & Management (KENM)..oleh kerana kali ni bersolat di Masjid UIA, maka peluang untuk pusing-pusing tu ada la sekejap waktu tengahari tu..tapi,tak de la pusing satu UIA,tak sempat nak mempraktikkan berjalan di dalam taman ilmu dan budi..hehe..sekadar pusing-pusing area masjid dan jugak sekitar admin..


Amek gambar kat Admin building..gelap sedikit n banyak noise..(frust sbb speedlite ada tapi tertinggal kat dalam dewan..tak sempat nak patah balik amik..pakai flash biasa je.. =( )

 Yang ni puas hati..mekasih kepada semua model-model kita pada kali ini yang berjumlah 23 orang semuanya..hehe.. 


Lepas dah pusing-pusing & amik gambar, kena cepat-cepat pulang ke Econs sebab slot petang dah nak start pada jam 2 petang..waktu amik gambar ni pun dah pukul 2 petang sebenarnya..maaf Cikgu Fadzli,terlebih pusing plak.. 




Cikgu Fadzli: "Apakah tarikh Amerika menggugurkan bom di Hiroshima?"
Peserta: "GBRS..sebabnya,dengan menggunakan teknik nombor super,6 Ogos 1945 sama dengan GBRS" =)




Group yang berjaya buat ayat terbaik untuk pangkal perkataan GBRS..
GBRS = "Gugur Bom Rosak Semuanya"  


Tapi ada jugak yang buat ayat yang takde kaitan dengan bom..contohnya, "Guru Besar Rotan Shima"..alasan diorang, Shima tu dekat dengan Hiroshima la..jadi,takde perkataan bom pun,boleh ingat jugak tu adalah tarikh Amerika gugurkan bom di Hiroshima..hehe..macam2..




 Cikgu Fadzli: "Jangan lupa buat latih tubi, buat apa?"
Peserta: "Latih-latih tubi.."




Antara peserta yang bergambar dengan Cikgu Fadzli..
dari kiri: Alya,Izzati,Ilyas,Aina,Cikgu Fadzli dan Iyad..(ramai yang nama Alya dan Aina yang join SuperStudy =) )




Alhamdulillah,selesai tiga seminar..masih berbaki satu..satu je lagi..yang satu lagi tak banyak sangat untuk diceritakan kot..mungkin kita tengok gambar je la..huhu..abih cerita SuperStudy ada cerita lain pulak..hmm..banyak sangat tuk diceritakan..



Saturday, July 30, 2011

.: Seminar Motivasi SuperStudy di PETRONAS, Melaka :.


Assalamualaikum W.B.T..


"Seminar Motivasi SuperStudy"

Tarikh: 23hb Julai 2011
Tempat: Loji Penapisan PETRONAS, Melaka 
Peserta: pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah
yang merupakan anak-anak kepada staff PETRONAS
Anjuran: MRCB & PETRONAS
Dikelolakan oleh: Saudara Fadzli Yusof (RK Training)


Alhamdulillah, bertambah lagi pengalaman bersama peserta-peserta Superstudy..kali ini bertempat di dalam loji penapisan minyak, Melaka..Abg Fadzli Yusof telah dijemput untuk meningkatkan semangat belajar di dalam diri semua peserta dan dalam masa yang sama mengajar beberapa teknik belajar supaya belajar itu menjadi seronok dan sangat seronok..



Terima kasih kepada adik Alya kerana mempromosikan Seminar SuperStudy yang dihadirinya pada 11 Jun 2011 di UIA,Gombak kepada keluarga dan juga rakan-rakannya..secara tidak langsung, membawa kepada keberjayaan Seminar SuperStudy pada kali ini..Alya ada skill marketing yang hebat..hehe..


Alhamdulillah,sampai tepat pada masanya di PETRONAS Melaka tanpa 'makan langsat'..ada GPS,tak bimbang sangat la..huh..lagipun,diorang dah emelkan peta ke sana..

Tak banyak sangat gambar tetapi sudah cukup rasanya untuk menggambarkan suasana seminar SuperStudy di sana selama satu hari daripada pukul 8.30 pagi hingga pukul 5 petang..belum pun hilang penat pulang daripada Gambang, kena bangun seawal pukul 5 pagi untuk bertolak ke Melaka..mesti tiba di sana sebelum pukul 8 pagi..keletihan terubat dengan melihat kesungguhan peserta-peserta yang hadir..diorang pun mengorbankan waktu hujung minggu diorang untuk hadir ke seminar ini..takpe,sama2 berkorban..hehe..


Banyak membebel plak..huhu..jom,tgk gambar..



Panaskan tangan dengan menggosok kedua2 tapak tangan selaju mungkin..hehe..


 Sebagai permulaan..sesi mem'Buzzz' rakan-rakan di tepi dan jugak di dalam dewan..hehe..


Khusyuknya adik-adik kita ni..


Trademark Cikgu Fadzli: "Thumbs up" =)


"Anda mahu silap mata lagi?" hehe..


Cikgu Fadzli: "Macamana cara nak basuh baju dengan mesin basuh?
"Err,errr.." =p


Itulah sebahagian gambar..baru selesai dua,ada dua lagi..satu di UIA Gombak pulak dan satu lagi di Politeknik Ungku Omar..

.: Seminar Motivasi SuperStudy di UIAM, Gombak :.


Assalamualaikum W.B.T..

Seperti yang dijanjikan,kali ini kita akan 'flashback' kembali beberapa peristiwa yang berlaku dalam bulan Jun dan bulan Julai..kita bermula dengan seminar motivasi SuperStudy dahulu..sepanjang dua bulan ini,sebanyak 5 kali seminar SuperStudy telah dikelolakan oleh Abg Fadzli Yusof di mana tiga daripadanya adalah memenuhi jemputan daripada penganjur manakala dua daripadanya pula adalah dianjurkan secara bersama di antara RK Training dan One Heart Creative Solution di mana penyertaannya adalah terbuka kepada semua..

Syukur ak berkesempatan untuk mengikuti empat daripadanya..terlepas jugak satu seminar di Johor Bahru..rugi betul la..huhu..ok,kita bermula dengan Seminar di UIAM, Gombak dahulu..


"Seminar Motivasi SuperStudy"

Tarikh: 11hb Jun 2011
Tempat: UIAM, Kampus Gombak 
Peserta: Terbuka
Anjuran: RK Training dan One Heart Creative Solution
Dikelolakan oleh: Saudara Fadzli Yusof (RK Training)




Jom kita bercerita mengikut gambar-gambar yang sempat dirakam..


Gambar sebahagian daripada peserta yang hadir..ada yang bakal menghadapi UPSR, ada yang bakal menghadapi PMR dan ada juga yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini..



Alya dan jugak zulaikha..duo ini mendapat nickname 'IKEA' daripada Abg Fadzli..hehe..



Syafiq..




 
Aina..




Azmee..


Gambar sepanjang seminar selama dua hari..pelbagai aktiviti dan modul telah dilakukan secara bersama..

"Cikgu Fadzli memang best"


kata-kata motivasi: "otak saya hebat", "activate"


 "Anda perlu mempunyai impian yang hebat",
"impian hebat,imaginasi hebat, tindakan hebat"


 Sesi perbincangan di dalam kumpulan..


Aina membentangkan impiannya pada umur 40 tahun nanti..


Cikgu Fadzli memberikan idea untuk mengembangkan lagi impian setelah setiap pelajar membentangkan impian mereka di hadapan..


Sesi ikrar pelajar super..


Rehat sebentar sebelum bersambung slot yang seterusnya..


Sedang berlatih menggunakan teknik belajar super..


 Penyerahan sijil penyertaan kepada setiap pelajar yang menyertai seminar ini..




Gambar kenangan dengan setiap orang membuat gaya otak saya hebat =)


AJK SuperStudy bergambar kenangan..hehe..




Alhamdulillah, berjaya jugak seminar yang membuka penyertaan kepada umum ini dianjurkan..kesinambungan daripada seminar umum ini telah dianjurkan pada bulan Julai dan penyertaannya semakin bertambah..semoga lebih ramai yang akan menyertainya pada masa2 yang akan datang..

Tuesday, July 19, 2011

.: Kejohanan Paintball Piala Ketua Pemuda Gombak 2011 (edisi ketiga) :.

Assalamualaikum W.B.T..


"Kejohanan Paintball Piala Ketua Pemuda Gombak 2011"
Tempat : Gelanggang Paintball Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Taman Melawati
Tarikh : 17hb Julai 2011 (Ahad)
Perasmian oleh : Ust Syarhan Humaizi (Ketua Pemuda Pas Gombak)


Gambar Sewaktu Majlis Perasmian Pembukaan

YB Saari Sungib menyampaikan ucapan aluan menyokong program sebegini yang melibatkan aktiviti remaja dan belia 


Ketua Pemuda Gombak, Ust Syarhan Humaizi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan pada kali ini yang telah dianjurkan buat tahun yang ketiga 


YB Saari Sungib menembak belon sebagai simbolik perasmian Kejohanan kali ini


Gambar Sepanjang Kejohanan


Sebahagian peserta dan penonton yang hadir bagi menjayakan kejohanan kali ini 


 Dua 'key player' UKJGS (Sdr Ashraf dan Sdr Yusof Nor) sedang melakar strategi








 

Team UKJGS menyiapkan diri dengan memakai kelengkapan perang 


 diketuai ketua UKJGS sendiri: Ust Mat Nor (bertopeng dan bertopi oren)



'second team' UKJGS


saat yang mendebarkan, menunggu arahan perang dimulakan





sebahagian aksi di dalam medan perang


terkena 'head shot' setelah larian 'kamikaze': cat masuk mulut pulak dah..


Sebahagian committee kejohanan paintball kali ini 




Gambar Sewaktu Majlis Penutup dan Pembahagian Hadiah Kepada Pemenang

Ucapan penutup oleh Ketua Pemuda Gombak, Ust Syarhan Humaizi


Hamper, sijil dan wang tunai yang telah disediakan penganjur sedang menanti pemenang 









Tempat Keempat (Saguhati)







Tempat Ketiga







Tempat Kedua








Tempat pertama (Johan Kejohanan Paintball Piala Ketua Pemuda Gombak 2011)




MC sewaktu majlis penutup


Ucapan terima kasih daripada Ust Fadzli Bakar sebagai wakil Pemuda Pas di atas penyertaan semua belia dan remaja di dalam kejohanan kali ini..semoga penyertaan yang memberangsangkan seperti ini dapat dilihat pada program-program yang akan datang..


Tahniah juga kepada team UKJGS di atas kesungguhan dan keazaman anda semua walaupun kita tidak berjaya mengulangi pencapaian tahun lepas..nak buat macam mana, hanya johan kumpulan sahaja yang layak ke peringkat separuh akhir terus..kita yang berada di tempat kedua kurang bernasib baik kerana jumlah menang dan kalah sama dengan johan kumpulan tetapi hanya mata yang membezakan kedudukan..tak mengapa,cuba lagi tahun hadapan =)


p/s: lama sangat dah tak berkesempatan untuk update blog..sedikit sibuk kebelakangan ini..terlalu banyak sebenarnya gambar2 yang merakamkan kenangan-kenangan berharga sepanjang bulan Jun dan Julai ni..insyaAllah,kita akan flashback balik semua tu dari masa ke masa selepas ini..ada walimah-walimah sahabat semasa cuti sekolah bulan jun hari itu..ada hari bakat PASTI peringkat gombak,superstudy dan pelbagai lagi..=)


.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget