CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Thursday, May 21, 2009

Selamat Hari Guru tahun 2009



Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu

bermandi keringat

meniti gigi hari

mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai

menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia

bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malamnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka
nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.


Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama
pembela sejahtera
abadi
dalam harum nama.


Ismala
1988

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua
sebuah sekolab
terdidik dalam negeri
tanpa berjela ijazah

penunggu setia sekolah desa
bukan cuma ganjaran upah

tidak juga mengharap
kemilau gelar dan anugerah

sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah

dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah

dengan kelkhlasan hati dan pasrah

dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah

yang diperkirakan kepuasan diri
membangun ummah

berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.


Dia seorang guru
pengganti ayah ibu

dia seorang guru pembentuk generasi baru

dia seorang guru pembina insan sepadu

dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu

diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair gugur
lalu membeku
sepi pun datang
menutup pandang

tinggallah waktu

mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku

betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku
dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini

tiba-tiba menjadi milikku.


Kehadiranmu adalah suatu fitrah

lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian
kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.


Dan pagi ini kudakap wajahmu
dalam kenangan
seorang anak
yang pernah engkau lukai

kini pencintamu paling setia

sehingga ke akhir hayat.


Zam Ismail
Seremban 1985


Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa

segala jasa yang engkau taburkan

menjadi kenangan tak akan kami lupakan.


Engkau laksana pelita di malam gelita

memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu
tabah hatimu cekal
kasihmu
semangatmu berkobar

yang tak pernah mengenal erti putus asa

yang tak pernah meminta puji dan puja.


Jasamu tak akan luput
dalam ingatan kami
sepanjang hayat
mekar di sudut hati

tiap sepatah katamu mengisi erti

tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi
penegak kebenaran
pengatur hidup
petunjuk kebahagiaan.


Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan

terkumpul dari seribu hati menjadi satu

menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan
yang menjanjikan pembalasan
kepadamu
guru-guru yang berjiwa mulia

pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.


Jujur dan ikhlas engkau berbakti

di kota dan desa atau di huj'ung negeri

cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu
bagaikan pelita di tengah malam

membakar diri menerangi yang kelam

jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang 1988


.: p/s: aku tujukan sajak di atas ini buat semua insan yang bergelar guru dan khasnya buat aboh dan umi yang telah bergelar guru hampir 20tahun.. aku mungkin x memahami sepenuhnya pengorbanan kalian tetapi, apa yang aku tahu, tanpa kalian tidak akan wujud insan bergelar perdana menteri mahupun ulama yang disegani...dugaan zaman kini semestinya makin hebat dengan keadaan pelajar2 yang semakin berani melawan kata2 guru dan semakin tidak mendengar kata...moga kesabaran dan usaha kalian menjadi satu kebajikan yang dikira oleh Allah S.W.T sebagai satu pahala yang sangat besar..InsyaAllah..Amin...:.

Sedut - menyedut....

Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga
orang yang mengambil bahagian telah mendapat
markah yang sama. Untuk menentukan pemenang,
pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-
sedut dengan hidung. Sesiapa yang paling banyak
menyedut benda masuk ke hidungnya akan di
istiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti
cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas
meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga
peserta yang datangkan dari seluruh penjuru
duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta
pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba
tiba saja meja di depan peserta pertama
Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh
luar biasa. Pengadil berkata "Peserta pertama
berhasil menghisap sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia
untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba
saja, 3 buah meja di depan peserta kedua
hilang.... semua penonton bertambah hairan dan
takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil
menyedut 3 buah meja...!!",

Sekarang giliran peserta ke tiga....dari
Malaysia. Semua penonton meng booo kerana mereka
percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali
beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya.
Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk
memulakan sedutan hidungnya... tiba
tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu
mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat
pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para
penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya
menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada
dalam hidungnya ..........!""

Tuesday, May 12, 2009

Mahkamah Tinggi isytihar Nizar Menteri Besar Perak yang sah!!!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri
.


Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.

.: dipetik dari berita harian online:.

Monday, May 4, 2009

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Farhan tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Salina merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.


"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah?

Hah!" pekik Salina dengan suara tersekat-sekat.

Mata Farhan liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Salina. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Salina langsung tidak selari dengan penampilannya.


Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Salina mula sebak.


"Tak. Maksud saya…"


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Salina dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Salina semakin tinggi, setinggi egonya.


Farhan diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ` Salina ' di sebalik Salina yang dia kenal selama ini. Salina bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Farhan seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Farhan muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.


"Ada hikmah," bisik hati kecil Farhan, sekecil pandangannya terhadap Salina.



Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Farhan sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Farhan berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Farhan dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.


Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Salina terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Farhan. Bagi Salina, Farhan seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Farhan melamarnya menjadi isteri kedua. Farhan masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Salina nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Salina, namun sikap Salina yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Farhan tersebut.

Bagi Salina, Farhan tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Farhan berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Farhan semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Farhan – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Farhan.



Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Farhan dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Farhan sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Farhan menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Salina atau tidak? Farhan bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Farhan berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Farhan mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Salina.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Farhan tanpa segan silu.


"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Farhan menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.


Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Farhan.


"Kenapa saya?" tanya Farhan ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.


"Baiklah," jawab Farhan tersenyum.



Akhirnya, Farhan dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Farhan terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Farhan semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Farhan membaw

a Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Farhan. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ye sayang?" jawab Farhan sambil mem

andu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Farhan menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Farhan dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Farhan yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Farhan aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Farhan membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Farhan berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.


"Itu isteri pertama abang," Farhan menuding jari ke arah khemah tersebut


"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Farhan.


"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.


"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Farhan tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.



"PERJUANGAN, " jawab Farhan.

***************


Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…


Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!


Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…


Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!


Jika dirimu bakal seorang suami..

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.


Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit

cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!


Takbir ! Allahuakbar!


:: dipetik dari website www.iluvislam.com ::


.:Nasi sudah menjadi bubur :.


Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja!!

Assalamualaikum...

Agak lama tak posting kat blog ni..first2,kita bermula dengan posting pasal hari pekerja dulu bersempena 1 Mei 2009 arini..

Walaupon diriku ini masih lagi seorang studen
t yg punyai perjalanan yang masih pjg..huhu..tapi, bile tiba hari pekerja ni,teringat dekat sahabat2 yang dah pon bekerja...apatah lagi dengan ibu dan bapa,mak dan ayah kita yang xjemu2 pergi kerja setiap hari semata2 xmahu anak diorang merasai kesusahan yang pernah dirasai diorang waktu muda2 dulu...

jadi di kesempatan ini aku nk ucap skali lagi selamat Hari Pekerja tahun 2009 kepada mak ayah,sedara2 dan sahabat handai yang dah pon berada di alam pekerjaan..

Semoga anda kekal bersemangat melakukan pekerjaan yang di amanahkan kepada anda...hehe..



.: harapkan pagar, pagar makan padi :.

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget