CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Friday, November 19, 2010

.: IrFaN :.


IRFAN....







adik aku?
komfem2 bukan,tgk kaler kulit da tahu da kan..huhu..


anak aku?
hmm,mungkin..haha..mustahil la tu..


anak sedare aku?
hmm,boleh jadi..


ok,dah..cukup la berteka teki..ak pernah citer dah pasal irfan sebelum ni..anak didik ak la ni..ak ngajar die mengaji..asalnya,sekadar menggantikan kawan ak,tapi,dah jadi pengajar tetap da sekarang..bertuah irfan dapat aku..haha..

ngajarnye amik masa 15 minit je..tu minimum limitnye..kalu ak ngajar kurang daripada tu,ak mcm dah makan gaji tak halal la kan..tapi,tiap kali ak pergi ngajar die,ak bleh habiskan masa kat sejam duk umah die..huhu..

ngajar tu mmg la kejap je..tapi,macam2 la bile dah jumpe ngn die..awal2,komfem2 die bukak cerita dulu..mesti ade je cerita die kat sekolah,takpun citer kartun yang die tgk ape sume..ak layan je la..kalu ade citer yang die sebut ak ckp ak tak pernah tgk,komfem2 die akan citer kat aku..yang ak nk gelak,die citer satu2 sinopsis citer..layan2..siap quote dialog citer tu lagi..kuat betul daya ingatan die..die tgk bape kali ak pun tak tahu..tapi,mgkin jgk die tgk sekali terus ingat..

lps da abih citer,tak leh nk start ngaji lagi,mesti nk main dulu pulak..n komfem2 die ajak ak main skali..ak pun layan je la..men2 lontar n sambut bola ngn die..nasib baik tak men futsal je ngn aku..hehe..mcm2 lagi la..ak pun nk melayan lebih bimbang jgk,apa plk mak ayah die cakap nanti bile dgr kitorang duk gelak2..ni datang mengajar ngajar ngaji ke datang main..tapi,mak die paham da sbnrnya..hmm,ade je la permainan die ni..hado,nk tergelak plak bile teringat..

lepas tu barulah boleh start ngaji..lps da minum air n tenang2 jap,start baca doa dulu n then ngaji..tak lame pun ngaji,mmg die pandai..budak2,hati suci n terang..kejap je diorang ingat..cukup2 la besenye 15 minit tu..nk banding ngn kita ni,puas ulang dua tiga kali baca,belum tentu lekat dalam kepala..kalu lekat pun,entah tahan berapa lame..ak la tu..lepas tu baru la ak bleh balik..n besenya,ade je buah tangan yang aku dapat..mmg jarang balik ngn tangan kosong..bubur kacang tak pun kuih tak pun biskut pasti menemani aku balik ke uia..pernah jugak nasik goreng menemani ak..hehe..


p/s:
sekarang ni tgh cuti inter sem..maka,ak pun bercuti mengajar jgk hampir selama sebulan..rindu plak kat irfan..sekadar mencoret sedikit pengalaman bersama die utk ubati kerinduan..eceh..=p


Saturday, November 13, 2010

.: KeNaPa SaYa PiLiH isLaM? :.

(dipetik daripada blog orang lain)



Lauren Booth : kenapa saya pilih Islam


Berita tentang Lauren Booth yang memeluk Islam telah menimbulkan pelbagai komen negatif. Berikut adalah penjelasan beliau tentang perkara tersebut – dan kenapa masanya sudah tiba untuk berhenti memperkecilkan wanita Islam.

Lauren Booth . . .’Betapa rakan-rakanku yang bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan’.

Dah masuk lima tahun sejak pertama kali melawat Palestin. Dan bila saya sampai di sana untuk bekerja bersama-sama badan-badan kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya bawa bersama sifat sombong dan tinggi diri yang biasa tersemat dalam jiwa setiap wanita kulit putih kelas menengah terhadap golongan wanita Islam yang miskin, wanita yang saya anggap lebih sedikit sahaja dari jubah-hitam yang hodoh, dan bersikap pendiam. Sebagai seorang wanita barat dengan segala kebebasan, saya bercadang untuk berurusan secara professional dengan lelaki sahaja. Lagi pun, bukankah itu yang dikatakan dunia Islam?


Heboh di kalangan teman-teman kolumnis kerana tidak bersetuju dengan tindakan saya memeluk Islam, membuktikan yang pandangan stereotaip terhadap berjuta wanita yang mengamalkan Islam masih wujud.

Dalam perjalanan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan seterusnya ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lubnan, saya memang berurusan dengan lelaki-lelaki yang berkuasa. Malah satu atau dua orang dari mereka mempunyai jambang menakutkan seperti yang kita lihat dalam buletin berita yang berada di tempat yang kita musnahkan dengan bom jarak jauh. Yang mengejutkan (bagi saya), saya juga mula berurusan dengan ramai wanita dari berbagai peringkat umur, yang memakai tudung dengan berbagai cara, dan mempunyai kuasa dalam jawatan mereka. Percaya atau tidak, wanita Islam boleh belajar, bekerja berjam-jam lamanya macam kita, malah menjadi bos kepada suaminya di pejabat.

Dah cukupkah memperkecilkan mereka? Saya harap begitulah, kerana tindakan saya memeluk Islam telah dijadikan alasan oleh pengulas-pengulas untuk melemparkan segala macam tuduhan ke atas wanita Islam di seluruh dunia. Sehinggakan dalam perjalanan saya untuk mesyuarat tentang tajuk Islamofobia dalam media minggu ini, saya terfikir untuk membeli besi cangkuk dan berposing seperti Abu Hamza al Masri (gambar). Lagi pun, melihat kepada reaksi ramai kolumnis wanita, saya pada pandangan mereka seperti tidak diperlukan lagi dalam memperjuangkan hak-hak wanita.


Jadi mari kita semua tarik nafas dalam-dalam dan saya akan beri sedikit imbasan tentang dunia Islam dalam abad ke-21. Sudah tentu, kita juga perlu mengambil kira tentang wanita yang tidak dilayan dengan baik di kebanyakan tempat dan budaya, kedua-duanya di dalam dan di luar populasi Muslim. Wanita sebenarnya dipergunakan secara salah oleh kaum lelaki, bukannya Tuhan. Banyak amalan dan undang-undang dalam negara-negara “Islam” telah menyimpang dari (atau tidak berkaitan dengan) ajaran Islam yang asal. Sebaliknya amalan-amalan tersebut hanya berdasarkan kepada adat budaya dan tradisi yang telah ditanam dalam masyarakat. Di Arab Saudi, contohnya, undang-undang tidak membenarkan wanita memandu. Peraturan seperti ini adalah ciptaan sistem monarki Saudi, iaitu sekutu rapat kerajaan kita dalam perdagangan senjata dan minyak. Malangnya, perjuangan hak-hak wanita terpaksa diselaraskan dengan keperluan kerajaan kita sendiri.

Perjalanan saya kepada Islam bermula apabila disedarkan dengan jurang yang wujud antara apa yang diceritakan kepada saya tentang kehidupan Muslim – dan realiti sebenarnya.

Saya mula kagum dengan ketenangan yang ada pada kebanyakan mereka. Tidak semua. Tapi ramai sekali. Dan semasa lawatan saya ke sebuah masjid di Iran September lepas, apabila jamaah mengambil wudhuk, berlutut dan membaca bacaan dalam sembahyang mengingatkan saya tentang apa yang dipandang oleh barat adalah sesuatu yang berbeza sama sekali; satu golongan yang menolak keganasan dan memilih kedamaian dan kasih-sayang melalui meditasi secara diam (sembahyang). Satu agama yang kelihatan sama seperti yang dianuti oleh bintang filem seperti Richard Gere, yang lebih mudah diterima masyarakat jika anda membuat pengakuan menganutnya – Buddhisme. Sebenarnya, setiap posisi rukuk, duduk dan sujud dalam sembahyang cara Islam diisi dengan bacaan-bacaan yang bermaksud kesejahteraan dan keredaan. Setiap satunya bermula dengan, “Bismillahir rahmaneer Raheem” – “Dengan nama Tuhan, yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang” – dan berakhir dengan ucapan “Assalamu Alaykhum wa rahmatullah” – Sejahtera atas kamu dan kasih-sayang Tuhan.

Secara tidak disedari, saya telah mula menyebut “Ya Allah” menggantikan lafaz biasa “Ya Tuhan” dalam sembahyang sejak tahun lepas. Kedua-duanya, sudah tentu, membawa maksud yang sama, tetapi bagi seseorang yang baru memeluk Islam, bahasa yang begitu asing digunakan dalam sembahyang dan dalam kitab al-Quran mungkin menjadi halangan besar. Saya dapat melepasi halangan tersebut tanpa saya sedari. Kemudian barulah datang satu tarikan perasaan: iaitu perasaan kasih sesama Islam dan rasa keterbukaan yang cukup tinggi. Itulah apa yang saya rasai.

Betapa rakan-rakanku yang bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan.

Kenapa kita tidak hebohkan secara terbuka, berpelukan sesama kita, sambil berkata “saya sayangkan awak” kepada seorang rakan baru, tanpa ada perasaan ragu-ragu dan sikap untuk memperlecehkannya? Berlainan dalam masyarakat Islam, saya akan melihat emosi dikongsikan dalam rumah-rumah bersama-sama bekas yang penuh dengan gula-gula dan berfikir, jika undang-undang Allah berdasarkan kepada ketakutan semata-mata, kenapa teman-teman Muslim yang saya sayangi dan hormati itu tidak mengenepikan amalan mereka dan mulai minum alkohol, untuk menikmati “kegembiraan” sama seperti kita yang di barat lakukan? Dan memang kita lakukan begitu, bukan?


Akhirnya, saya dapat rasakan apa yang dirasai oleh Muslim apabila berada dalam sembahyang yang sebenar: terpahat keharmonian manis, kegembiraan kerana bersyukur atas apa yang saya miliki (anak-anak saya - gambar atas) dan selamat dalam ketentuanNya sehingga saya tidak memerlukan apa-apa lagi. Saya bersembahyang di kompleks pemakaman Mesumeh (gambar) di Iran selepas membersihkan muka, lengan, kepala dan kaki dengan air. Dan segalanya berubah selepas itu.


Sheikh yang mengislamkan saya di sebuah masjid di London beberapa minggu yang lalu memberitahu saya: “Jangan terburu-buru, Lauren. Lakukan apa yang kamu rasa mudah. Allah sedang menunggu kamu. Jangan dihiraukan mereka yang berkata: awak mesti buat begini, pakai begitu, mempunyai rambut seperti ini. Ikutlah naluri kamu, ikut al-Quran – dan biarkan Allah memimpin kamu..”

Dan sekarang saya hidup dalam dunia realiti yang mempunyai persamaan dengan watak Jim Carey dalam Truman Show. Saya menyedari satu penipuan besar iaitu tentang kepalsuan dalam kehidupan moden kita; bahawa materialisme, konsumerisme, seks dan dadah akan membawa kebahagian yang berpanjangan. Saya juga berada di belakang skrin dan melihat wujudnya kasih-sayang, kedamaian dan harapan. Buat masa sekarang, saya teruskan kehidupan harian, memasak untuk makan malam, membuat program TV tentang Palestin dan Ya, mengerjakan solat selama lebih-kurang setengah jam sehari.

Sekarang, waktu pagi saya bermula dengan sembahyang subuh pada pukul 6 am, sembahyang lagi pukul 1.30pm, kemudian yang terakhir pukul 10.30pm. Pembacaan Quran saya juga konsisten dan ada peningkatan hari demi hari (lebih kurang 200 mukasurat). Saya sering mendapatkan nasihat dari Ayatollah, imam dan sheikh, dan setiap mereka memberitahu bahawa perjalanan seseorang menuju kepada Islam adalah haknya. Ada yang menghafal teks sebelum memeluk Islam; bagi saya pula, pembacaan kitab suci akan dilakukan secara perlahan mengikut kemampuan saya.

Pada masa lepas, usaha saya untuk berhenti mengambil alkohol selalu berakhir dengan kegagalan; sejak memeluk Islam saya tidak pernah terfikir pun untuk minum semula. Saya tidak ragu-ragu lagi bahawa inilah sebenarnya kehidupan: banyak lagi tentang Islam yang perlu saya pelajari, nikmati dan sanjungi; Saya tewas dengan kehebatannya. Beberapa hari lepas, beberapa wanita saudara baru memberitahu saya bahawa yang ini hanya baru permulaan, dan perasaan seperti itu masih mereka rasai walaupun setelah 10 atau 20 tahun memeluk Islam.

Akhir sekali, saya berharap untuk menterjemahkan antara budaya Muslim dan budaya media yang mungkin boleh menghilangkan rasa terkejut anda semua terhadap perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini.

Apabila berita BBC menayangkan gambar orang Islam berteriak “Allahu Akhbar!” di Timur Tengah, kita orang barat pula dilatih untuk mendengar seperti ini: “Kami benci kamu semua warga Britain, dan kami dalam perjalanan untuk meletupkan diri kami di supermarket Lidl semasa kamu sedang membeli belah di sana.”

Sebenarnya, apa yang kami orang Islam katakan adalah “Tuhan Maha Besar!”, dan kami sedang menenangkan perasaan sedih selepas kampung-kampung kami diserang tentera bukan-Islam. Biasanya, perkataan ini mengisytiharkan keinginan kami untuk hidup aman bersama orang Islam dan bukan-Islam. Kalaulah itu sukar dicapai dalam suasana dunia hari ini, maka membiarkan kami hidup aman damai dalam masyarakat kami pun sudah memadai.

Friday, November 5, 2010

.: FuTsaL: bukan sekadar permainan :.



FUTSAL


Kenapa aku sangat meminati futsal?jarang ak bercakap mengenai futsal kat blog aku ni walaupun boleh dikatakan,hampir setiap hari aku bermain futsal..kadang2,terasa seperti sudah puas bermain..tapi,kadang2 terasa sangat tak sabar utk turun bermain..pelik kan?


Futsal dan juga bola,hampir sama kerana secara luarannya orang nampak kedua2 permainan ini menggunakan bola..tapi,tetap banyak perbezaan nya..kalau tak,takkan nama pun dah berbeza kan? rules, kasut, padang permainan, gol dan segala macam perkara yang memang menunjukkan futsal berbeza daripada bola padang adalah apa yang biasa orang nampak..cuma,apa yang aku nak sentuh di sini adalah perkara yang jarang orang nampak pada permainan ini..apa yang ak nak sampaikan adalah futsal bukanlah permainan semata2..bergantung kepada kita bagaimana kita mencorakkannya..



UKHWAH

Futsal menjadi titik tempat untuk berkumpul..kenapa ak katakan ukhwah kat sini..
kerana,dengan futsal,permulaan untuk berkenalan menjadi sangat mudah..kita tidak memerlukan skill yang tinggi dan bermacam2 hanya untuk memulakan perkenalan..kadang2,kita turun ke courttanpa kita mengenali mereka2 yang sedang bermain..tapi,kita tetap boleh bermain bersama tanpa kite perlu kenal mereka2 ini terlebih dahulu..selalunya,selepas bermain,secara tidak langsung kita sudah berkenalan dengan mereka kerana semasa bermain akan ada body contact, dan lagi,kita akan passing bola, kita akan menerima hantaran bola daripada team mate dan kita akan sama2 raikan jaringan gol..mungkin memuji teknik,gaya permainan dan juga berterima kasih atas hantaran bola yang cantik..inilah yang aku namakan sebagai perkenalan secara tidak langsung..

bukankah wasiat ke sembilan As-syahid Imam Hasan Al-banna mengatakan bahawa "Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang di temui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal kenalan dan berkasih sayang"

Ak sendiri mengalaminya,dan kerana itulah ak mengatakan yang futsal merupakan salah satu cara yang sangat mudah untuk memulakan sesuatu perkenalan..tak percaya jugak?cuba la dulu tgk..huhu..



EMOSI

Kita hendaklah meletakkan diri kita ke dalam setiap pekerjaan yang dilakukan kerana kita perlu melakukan segala perkara dengan bersungguh2..termasuk juga futsal ini..akan tetapi,ramai pemain lebih meletakkan emosi mereka pada futsal..waktu ini lah kita boleh melihat perwatakan sebenar seseorang iaitu sama ada dia mampu menghadapi tekanan ataupun tidak..futsal penuh dengan tekanan kerana bermacam2 perkara..

kita mungkin tertekan apabila tidak mendapat bola daripada rakan sepasukan..
kita mungkin tertekan kerana terlepas bola ketika menggelecek..
kita mungkin tertekan kerana dikasari orang..
kita juga mungkin tertekan kerana pasukan kita ketinggalan gol..

kadang2,di atas padang kita boleh mengamuk, mencarut, melepaskan kemarahan terhadap orang lain hanya kerana perkara2 sebegini..
tapi,itulah yang harus dihadapi dalam permainan ini kerana ia adalah asam garam dan adat permainan..maka,seseorang yang mampu berdepan dengan tekanan2 sebegini sebenarnya mengajar dirinya menjadi manusia dan muslim yang lebih baik insyaAllah..

anda tidak mahu menghadapi tekanan2 sebegini,carilah permainan lain yang tidak memerlukan body contact..kita ade permainan guli dan jugak batu seremban..boleh cuba yang ni jugak..=p




KREATIF

Pemain futsal bukanlah sembarangan orang..kenapa aku berkata begini?
kerana ramai yang mengatakan mereka2 yang terlibat dengan futsal dan juga bola adalah daripada mereka2 yang kurang berjaya dari segi akademik..
mungkin ada sebahagian yang kurang dari segi akademik,tapi,mereka ada kelebihan lain iaitu kreatif..sangat jarang untuk kita ada kelebihan ini..

apa kaitannya kreatif dengan futsal?
futsal ni nak kena melukis dan melakar ke atas court tu?
A'ah,betul la tu,kena melukis atas court tu..jadi,nak main futsal nanti,wat turun la crayon,takpun kaler pencil,takpun water kaler..kalau tak nak yang ni,bleh bawak turun acrylic paint..tak lupe juga,kertas drawing size A3..nak melukis atas ape pulak nanti kan..

Haha,bukan macam tu la..aku mengarut je tu..
kalau biasa kita dengar la,orang selalu jugak sebut,
nak main futsal,main pakai kepala,bukan pakai kepala lutut..kenapa dorang cakap camni?

betul,untuk bermain futsal dengan baik,itulah yang sebetulnya..pakai kepala tu maksudnya pakai otak..dengan dengan kepala lutut ataupun maksudnya kekuatan semata2..
tapi,bukanlah bermaksud seseorang yang cemerlang akademik mampu cemerlang bermain futsal..menggunakan otak di sini bermaksud kreatif..

kreatif dalam erti kata berkeupayaan untuk 'create' game..
kreatif dalam erti kata hebat mencari ruang dalam menjaringkan gol..
kreatif dalam erti kata mampu membaca pergerakan lawan..
kreatif dalam erti kata mampu berfikir dalam keadaan menghadapi tekanan..

sebab itu lah, tidak menjadi satu perkara yang pelik apabila Cristiano Ronaldo di bayar 90,000 euro seminggu semasa di Manchester United kerana ke'kreatifan'nya yang tidak ada pada pemain lain..kalo tak,ak dah masukkan nama die antara perkara ajaib kat dunia ni selepas p-din..=)




PRACTICE

Apa-apa pun,ak tetap nak katekan yang practice makes perfect..kita tetap tidak akan berjaya n bermain dengan baik tanpa berlatih..tak perlu ulas panjang yang ni sebab korang mesti dah tahu dah kan..kena practice supaya tahu asas2 menyepak bola dan cara yang betul utk bermain seperti belajar cara jatuh untuk mengurangkan risiko kecederaan..haa,sebut pasal kecederaan..ade satu teka-teki..

Teka teki - apakah jenis kecederaan yang disukai oleh pemain2 bola dan futsal?
hanya ade satu kecederaan yang disukai dalam sukan ini iaitu masa kecederaan di mana kita mendapat sedikit masa tambahan daripada masa sebenar dan sekiranya kita berjaya menjaringkan gol pada waktu ini,gol tersebut tetap dikira walaupun masa sebenar permainan dah tamat..disukai oleh team yang jaringkan gol la..yang di bolosi tu jadi tak suka jugak la..haha..


ok,yang lain2 tu mungkin kelebihan2 yang korang boleh perhatikan sendiri..



kat bawah ni gambar2 sewaktu futsal convest'10 ritu..sekadar berkongsi kemeriahan pada hari itu..point die,ak main jugak..hehe..


MANAGER MEETING & DRAW SESSION
(8 hb October 2010 :: Kaed Mini Audi 2)

Draw session..manager bagi setiap team perlu ke hadapan untuk mencabut undi..


sebahagian pemain, pengurus pasukan, dan juga committees..


roni a.k.a lutfi (pakai spek) dan jugok mus (baju oren)..same2 main kat court mahallah siddiq petang2..


Syazwan,aku dan Syafiq yuhaizad (PM I-Mef)..


tak tahu la anak sape ni..tak kenal..=p


TOURNAMENT DAY
(10hb October 2010)

amin n aku..sempat lagi tu..


para pemain Golden FC..



sebelum bermulanya perlawanan akhir..
berbaris di tepi court untuk menghormati VIP dan para penonton yang hadir.. (macam lintasan hormat la..eh,betul ke?)


10 orang pemain Bullet FC..
(gedak,adebayor,sobi,tanir,juli,syah,paan,paih,amin n aku)



selesai bersalam-salaman..debaran semakin terasa..



masuk court setelah habis bersalam..credit to jalok-tiada dalam gambar (ref kesayangan aku..hehe..kenal time Engineering Premier League 2009 lagi)


kena angkat tangan pulak..(referee nk cek takut ade bwk alatan berbahaya dlm court..=p)


sebahagian pemain, penonton dan penyokong..terima kasih kerana hadir dan menyokong pemain2 yang beraksi..


bola menanti di tengah court untuk sepak mula..


ak memulakan sepak mula setelah referee meniup wisel menandakan bermulanya perlawanan akhir..


no komen.. =)


waktu kena counter attack memang sakit..tambah2, kena kejar lawan yang laju..chaiyok syah,chaiyok paan n chaiyok amin..kejar jgn tak kejar..



azhadi @ adebayor beraksi (classmate aku dari matric sampai la sekarang..seronok bergandingan ngn die..)


sculpture yang di 'terbang'kan khas dari center..


Syafiq (PM I-MeF) dan Syazwan (EM CONVEST'10)..kat belakang tu ade Faizah dan jugak Syarifah..S/U dan FC I-MeF..tahniah untuk diorang..


VIPs yang hadir pada perlawanan akhir..


pemain bersedia untuk acara penutup dan pembahagian hadiah..



bergambar kenangan dengan sebahagian committees..credit to muhaimeen, napi, syafiq, akmal dan jugok other committees atas keberjayaan penganjuran Futsal tournament ni..


gambar dengan committees lagi..posing lain pulak..huhu..


2nd runner up..team melayu jugak menang..menang penalti lawan team bosnia..team anip klate..tidak dilupakan,mad as treasurer PTWBF..tahniah..


1st runner up merangkap naib johan..Bullet FC..kitorang kalah 2-3 pada perlawanan akhir tu..=( ape-ape pun tahniah jugak,kita cuba lagi eh..


Johan I-MeF-Golden FC..tahniah2..lawan yang kuat dan sukar untuk di tentang..entah ade peluang lagi bertemu mereka di atas gelanggang ataupun tidak..ape-ape pun i'm looking forward to have a match with them again..=)


CONCLUSION

tak nak panjang2 pun,ak just nk pesan,tak nak main futsal lagi ke lepas aku dah citer sume2 ni..huhu..tak de la..ape yang ak nak cakapkan, setiap perkara ade pro's and con's die..

sebab futsal,ramai yang injured,patah kaki,tangan,tercabut lutut dsb..tercabut kepala tak pernah dengar lagi..
sebab futsal jugak,terjadi pergaduhan dan perbalahan samada di kalangan pemain mahupun penyokong..
sebab futsal jugak,ade putus sahabat,putus kawan n macam2 lagi la..

tapi,kalau dihadapi dengan betul,insyaAllah,pro's nya lebih banyak dari con's..
maka,atas kita sendiri la pulak..sebenarnya banyak lagi permainan lain kat atas dunia ni..cari lah yang sesuai ngn kita..point die kat sini,sebagai ex-chairperson sports n culture secretariat,ak nk menggalakkan sume utk bersukan..at least 3 kali seminggu, peruntukkanlah masa sebaik mungkin..hehe..

cumanya,pesanan buat diri sendiri jugak,bahagikan lah masa tu dengan baik kerana kita hidup atas dunia ni bukanlah untuk bermain..tapi,kalau rase bermain ni boleh membantu dalam kita berdakwah,maka tidak menjadi satu masalah..

sebagai contoh,yang aku dapat daripada abg meor sewaktu usrah,kita boleh perhatikan bagaimana cara bekas pemain hoki kebangsaan yang kini menjadi penolong jurulatih, nor saiful zaini..semasa bermain dulu, die sentiasa menutup aurat dan dalam masa yang sama menjaga solatnya..ramai pemain rasa terkesan untuk mengikut contoh teladan yang ditunjukkan beliau..kita mampu ke?

tepuk dada,tanya iman..=)
nak seribu daya,tak nak seribu dalih..

pesanan kat aku jugak sume ni..


TQ..



-dari pemain berjersi
nombor 7
team Bullet FC







p/s:

banyak gambar sendiri je..hehe..maaf la,copy gambar yang ada kaitan ngn diri sendiri je hari tu,tak sempat nk copy yang lain2..maka,letak gambar sendiri je la kat sini..


Tuesday, November 2, 2010

.: FoRm FiVe kat SHAMS,Kuala Terengganu :.

(update setelah di 'paksa' amad..hehe)

Sumbangsih

Di sinilah tempat kubermula
Menimba ilmu milik Yang Esa
Buat bekalan dunia
Akhirat jua tidak dilupa

Kedengaran sayup berkumandang
Suara anak-anak wawasan
Akan kami buktikan
Kecemerlangan dan kejayaan

Bersatu hati suara
Tercipta sumbangsih irama
Renungan buat semua
Tanda ingatan nan mesra

Salam yang teristimewa
Buat temanku semua
Penuhkan ilmu di dada
Hidupmu bakal sejahtera

Sekalung budimu guru
Menyampaikan wadah ilmu
Akan kukenang selalu
Jadi panduan hidupku

Bersama kita jayakan
Satu wawasan pendidikan
Untuk agama dan bangsa
Berbakti pada negara

Terima kasih kami ucapkan
Pada guru teman seperjuangan
Moga kan diberkati...
Jasa dan bakti kekal abadi

Album : Sumbangsih
Munsyid : Soutul Jihad



Lagu ni sangat2 bermakna pada aku n jgk rakan2 ak kat sekolah dulu..mana taknye,masuk SHAMS,lagu ni la yang kami kena nyanyikan utk persembahan kat asrama..dan jugak,sebelum kami 'grad' dari SHAMS,lagu ni jugak la yang kami nyanyikan lagi sekali..

Waktu mula2 masuk SHAMS,memang dah jadi tradisi,bdk2 form 1 mesti kena buat persembahan..n waktu tu kitorang pilih lagu ni..ak pun tak ingat dah sape yang pilih untuk kitorang nyanyikan lagu ni..tapi,bukan aku la,sbb waktu tu,ak mmg jahil la jgk bab2 lagu nasyid ni..huhu..tak tahu byk sangat lagu-lagu nasyid ni,apatah lagi kumpulan2 nasyid yang jarang2 dengar macam shoutul amal,al-burtuqol, dll yang ada waktu tu..yang ak kenal,kumpulan Raihan je la waktu tu..sbb ayah ak ade beli kaset puji-pujian n selalu je pasang dalam kereta waktu ak sekolah rendah dulu..hehe..

ish,cakap pasal lagu nasyid dan sekolah rendah ni,teringat kat satu pertandingan nasyid yang aku masuk time sekolah rendah dulu..lagu keluarga bahagia nyanyian kumpulan saujana..kitorang nyanyi lagu ni waktu pertandingan nasyid tu..tapi,kitorang berjaya dapat nombor dua je..sedihnye..ak sedih sbb citer die gini..asalnya,kitorang bawak lagu keluarga bahagia waktu saringan..training abih baik doh..siap ade gerakan tukar2 tempat lagi sewaktu tgh nasyid tu..huhu..n hok bangganya,cikgu muzik kate awok ak dapat markah hok paling tinggi..huhu..munasabah la sbb ade aku..tu belum jadi solo lagi..=p cuma,bile masuk pertandingan akhir,cikgu kate,die tak dok video lagu keluarga bahagia,dok leh nk pasang kot screen..jadi,cikgu mtk tukor lagu..kumpulan ak tukor ke lagu sesungguhnya,lagu Raihan..tapi,mungkin sbb bkn ak solo,jadi kaloh,bleh no 2..haha..tak sempat nk training sebenarnya..lirik lagu keluarga bahagialekat kat mulut doh,tgk2 kena tukor lagu pulok..walaupun ak suka jgk lagu sesungguhnya ni n bese dengar,tapi,ahli lain dlm kumpulan ak baru nk hafal waktu tu..tu kureng sket tu jadinya..kaloh pulok ngn budok puang..hok tu lagi dok leh nok terima..ok2,cukup..point nya kat sini, ak dah jadi artis sejak kecil lagi..haha =p

lepas daripada tu,cikgu muzik ak nk amik hati kot..masa nk meraikan guru besar skolah ak hok nk berpindah,kitorang diberi peluang utk nyanyi lagu keluarga bahagia tu kat perhimpunan..huhu..ak men alat muzik je waktu tu..ak pun dok ingat doh ape name alat tu..bentuk silinder,dalam ade mcm pasir gitu n bile 'kocok2' ade bunyi tu..yang tu la..terubat jgk la kesedihan..tapi,rase mcm wat konsert plok waktu tu,sbb ramai hok tgk..=p

berbalik kepada lagu sumbangsih..jauh doh aku melencong..paling ak ingat jgk,lagu sumbangsih ni kami nyanyikan sewaktu jamuan akhir tahun utk raikan bdk2 form 5..patutnya,sek adik2 la wat persembahan sbb kami budak2 form 5 adalah vip pada malam tu..maksudnya,orang yang diraikan..tapi,yang peliknya,awok ak sendiri yang wat persembahan pada malam tu..ak pun sampai ke hari ni mikir lagi,bakpe,sebagai orang yang diraikan,kami hok buat persembahan..oleh kerana tak jumpe jawapannya,maka,I jump to the conclusion that sbb sek ak sedap nyanyi nasyid kot,tak dop orang leh lawan,tu mintak sek ak jgk tu..huhu..kenangan sungguh la sume ni..



ni bile eh?ak pun dok ingat..huhu..



di bawah pohon yang merendang..dok ingat doh kat mane..bukan umoh aku ni..bukan umoh zu jgk..huhu..



haaaa,ni aku ingat..kat A&W kat pantai batu buruk..



ni ingat jugok..kat sebuoh motel kat langkawi..waktu form 5 awok ak leh gi langkawi..suke sungguh..



dalam dorm..semestinya dorm 21 (dorm sek2 pengawas asrama)..ni time tgh SPM'04 eh?..dok ingat la.. (jatuh thiqoh sek2 ni ak letok gambor ni..hehe..ak tak termasuk,baik waktu tu,dok main la saidina2 ni..=p)


sebahagian gambar waktu sekolah dulu..ak dok simpan sangat gambar..dulu2,mane nok ade sangat kamera ni..henset hok tgh glamer waktu tu pun adalah 3310 n 3315..bleh jgk guna utk amik gambor,tapi,hitam putih la..haha..


kenangan bersama rakan2 sewaktu form 5 memang takkan aku lupakan..ramai je yang bile ditanya time bile rase seronok sgt duk kat skolah,mesti ramai yang jawab waktu form 5..nak2,kalau duduk asrama..time form 5 ni la jadi paling besar,maka,tak dok orang nk maroh atau halang nk buat gape pun..haha..tapi,time form 5 ni la terasa sangat2 ukhwahnya tu sebab kitorang tak berapa ramai sangat..jadi,sume pende,mesti buat skali..main bola petang2 tu semestinya doh..kalu bleh,tak nak miss..sampaikan,waktu bulan puasa pun tetap main lagi..tapi,bulan puasa ni,brhenti awal skit la..sbb keluor gi ke bazar depan skoloh..byk kali jgk bukak puasa tgh jalan sbb balik lambat..hmm..macam2 lagi la kenangan..


saje duk flashback kembali sume ni sedikit sebanyak..mengubat kerinduan kepada mereka sbb sangat susoh nk jupe sekarang ni bila masing2 sudah ade haluan dan laluan hidup masing2..


buat sahabat2 se asrama dgn ak dulu (lehin,usop,mayo,merang,kawe,mat yien,mamat,pino,lokman,mizek,hadi,pidin prak,jijoe,pejan,macho,zu,syed,kishen n bbrp lagi yang ak dok tersebut nama di sini (maaf=( ),semoga ikatan ukhwah ni tetap berkekalan sampai bile2..amin..)

Friday, October 29, 2010

.: ExaM oh eXaM :.

hehe..tajuk yang sangat ak suka..
sape la yang tak kenal dgn exam..
nak2,final exam..
tapi,sape je yang kenal final exam ni time awal2 sem..
komfem da taw waktu tgh sem pun,wat2 tak kenal je..
sbb tu la tak ready awal2..
last minute ni baru la nk cemas..
aku la tu..ak cakap kat diri ak..
tapi,ak tak bape nk cemas sgt,dah biasa mcm ni..
mmg tak leh nk stadi awal..

haha,entah ape la yang ak merapu ni..

esok memang aku exam..
dah tercatat dalam exam slip aku..
non destructive testing and evaluation..
pukul 9 pagi..
engin exam hall 1..


tapi,huhu..ade tapi pulak dah..
aku tak stadi lagi..
nak tak nak,mmg kena gi la kalu tak abih stadi pun..

pagi td pegi ex company..
jalinan engineering..
jumpa k.fazilah,abg ram,abg ayie..
pegi beraya la kiranya sbb tak pegi beraya time bulan raya ritu..
pening ngn convest..
petang tadi siapkan asemen khat skali ngn pegi exam khat..
alhamdulillah,dah lepas satu exam iaitu exam khat..hehe..



ni la hasil ak bertapa..
bertungkus lumus jgk la nk menyiapkan asemen khat ni..
ustaz dah bagi markah dah..
tapi,ak tak puas ati lagi ngn asemen ak ni..
rasa mcm buat keje tak abis..
ak nk touch up skit lagi..
tambah stroke..bahasa photoshop..huhu..
tapi,lepas abih sume exam la..
tak pun,time tgh2 tension stadi,leh jugak..
mana2 la..


pagi esok,subjek NDT tu la..
subjek menghafal..
ak pulak,tak stadi lagi n tak menghafal lagi..
first paper ak ni,sangat susah ak nk mulakan stadi..
lagipun,ak memang 'suke' menghafal..
tu la payah sgt nak start..
tapi,nak tak nak,mlm ni kena pulun jgk..

Ya Allah,semoga Engkau permudahkan segala urusan final exam ku..
dan yang paling penting,ak mohon,segala ilmu yang diperolehi aku ini diberkati oleh Mu..
amin ya robbal 'alamin..

bleh jawab tak leh jawab,no 2..bereh..wat sedak tu..

all the best buat sume yang da start exam esok pagi..
especially amad..=)


Sunday, October 24, 2010

.: Ape - aPe Je La :.

Assalamualaikum W.B.T..


dalam tension2 ngn final year project punya report n mcm2 lagi,sempat lagi ak main2 ngn photoshop..release tension n stress sket sbyk..main2 tu maksudnya duk menerokai dan meng'edit' beberapa gambar la..walaupun ak ni tak bape nk pandai sgt tp,slow2 la..tak leh la pandai dlm satu malam je..lame2 pandai la ni..hehe..insyaAllah..



picture ni terhasil selepas ak menggabungkan beberapa gambar yang setiap satunya ak apply action khas..pergh,macam hebat je..name action2 tu ade kat setiap gambar..senang je nk buat bila tahu caranya..cari action2 kat tenet n download..download yang free punya la..lepas tu,belajar la skit sbyk cara nk apply pada gambar..then,terhasil la gambar seperti kat atas ni..kena tgk jgk..tak semua action sesuai ngn setiap gambar..ade action yang bila kita apply,terus menjadi kat gambar tu..ade action yang bile kita apply,kite kena edit2 skit lagi..maksudnye,edit brightness,colour balance die etc..ade yang tak masuk terus ngn gambar,yang tu tak leh nk wat apa la..


p/s: kena start study dah sekarang..huhu..pesanan buat diri sendiri terutamanya..

Saturday, October 23, 2010

.: WorD oF WisDoM :.


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.


Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda-benda yang kotor

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

Wanita itu sendiri adalah rahsia..
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


Orang yang suka berkata jujur akan mendapat:
1)kepercayaan
2)cinta
3)rasa hormat
-saidina ali-

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget