CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Friday, October 29, 2010

.: ExaM oh eXaM :.

hehe..tajuk yang sangat ak suka..
sape la yang tak kenal dgn exam..
nak2,final exam..
tapi,sape je yang kenal final exam ni time awal2 sem..
komfem da taw waktu tgh sem pun,wat2 tak kenal je..
sbb tu la tak ready awal2..
last minute ni baru la nk cemas..
aku la tu..ak cakap kat diri ak..
tapi,ak tak bape nk cemas sgt,dah biasa mcm ni..
mmg tak leh nk stadi awal..

haha,entah ape la yang ak merapu ni..

esok memang aku exam..
dah tercatat dalam exam slip aku..
non destructive testing and evaluation..
pukul 9 pagi..
engin exam hall 1..


tapi,huhu..ade tapi pulak dah..
aku tak stadi lagi..
nak tak nak,mmg kena gi la kalu tak abih stadi pun..

pagi td pegi ex company..
jalinan engineering..
jumpa k.fazilah,abg ram,abg ayie..
pegi beraya la kiranya sbb tak pegi beraya time bulan raya ritu..
pening ngn convest..
petang tadi siapkan asemen khat skali ngn pegi exam khat..
alhamdulillah,dah lepas satu exam iaitu exam khat..hehe..



ni la hasil ak bertapa..
bertungkus lumus jgk la nk menyiapkan asemen khat ni..
ustaz dah bagi markah dah..
tapi,ak tak puas ati lagi ngn asemen ak ni..
rasa mcm buat keje tak abis..
ak nk touch up skit lagi..
tambah stroke..bahasa photoshop..huhu..
tapi,lepas abih sume exam la..
tak pun,time tgh2 tension stadi,leh jugak..
mana2 la..


pagi esok,subjek NDT tu la..
subjek menghafal..
ak pulak,tak stadi lagi n tak menghafal lagi..
first paper ak ni,sangat susah ak nk mulakan stadi..
lagipun,ak memang 'suke' menghafal..
tu la payah sgt nak start..
tapi,nak tak nak,mlm ni kena pulun jgk..

Ya Allah,semoga Engkau permudahkan segala urusan final exam ku..
dan yang paling penting,ak mohon,segala ilmu yang diperolehi aku ini diberkati oleh Mu..
amin ya robbal 'alamin..

bleh jawab tak leh jawab,no 2..bereh..wat sedak tu..

all the best buat sume yang da start exam esok pagi..
especially amad..=)


Sunday, October 24, 2010

.: Ape - aPe Je La :.

Assalamualaikum W.B.T..


dalam tension2 ngn final year project punya report n mcm2 lagi,sempat lagi ak main2 ngn photoshop..release tension n stress sket sbyk..main2 tu maksudnya duk menerokai dan meng'edit' beberapa gambar la..walaupun ak ni tak bape nk pandai sgt tp,slow2 la..tak leh la pandai dlm satu malam je..lame2 pandai la ni..hehe..insyaAllah..



picture ni terhasil selepas ak menggabungkan beberapa gambar yang setiap satunya ak apply action khas..pergh,macam hebat je..name action2 tu ade kat setiap gambar..senang je nk buat bila tahu caranya..cari action2 kat tenet n download..download yang free punya la..lepas tu,belajar la skit sbyk cara nk apply pada gambar..then,terhasil la gambar seperti kat atas ni..kena tgk jgk..tak semua action sesuai ngn setiap gambar..ade action yang bila kita apply,terus menjadi kat gambar tu..ade action yang bile kita apply,kite kena edit2 skit lagi..maksudnye,edit brightness,colour balance die etc..ade yang tak masuk terus ngn gambar,yang tu tak leh nk wat apa la..


p/s: kena start study dah sekarang..huhu..pesanan buat diri sendiri terutamanya..

Saturday, October 23, 2010

.: WorD oF WisDoM :.


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.


Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda-benda yang kotor

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

Wanita itu sendiri adalah rahsia..
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


Orang yang suka berkata jujur akan mendapat:
1)kepercayaan
2)cinta
3)rasa hormat
-saidina ali-

Tuesday, October 19, 2010

.: C.He.R.I.Sh :.


Assalamualaikum W.B.T.

sekadar nak mengarut dan melalut skit..huhu..










poster2 C.He.R.I.Sh ni sangat menarik sehinggakan aku yang pada asalnya tak tahu ape2 pun pasal program ni jadi teringin nk amik tahu..itulah kehebatan publisiti dan promosi yang sempoi dan menarik..dapat menarik mereka2 yang lalu lalang yang tak nak amik tahu pun pasal apa yang sedang berlaku kat UIA untuk membaca apa yang tercatat padanya n secara tak langsung telah mengambil tahu sedikit sebanyak program ape yang bakal berlangsung kat uia ni..walaupun diorang mungkin tak berminat untuk join mane2 aktiviti dalam program ni tapi at least diorang aware n tahu bahawa kat uia sekarang ni tgh berlangsungnya satu program yang dinamakan C.He.R.I.Sh..

ape tu C.He.R.I.Sh?dari tadi C.He.R.I.Sh, C.He.R.I.Sh, C.He.R.I.Sh..

kalau nak tahu, C.He.R.I.Sh ni adalah singkatan bagi perkataan Clean & Health Reflect Inner Shine..salah satu program terbaru welfare secretariat of SRC 09/10..nak tahu lebih lanjut,sila la lawat blog SRC n jugak melawat softboard2 di kulliyyah masing2..ak just bagi general information je sebabnya, tujuan ak post kali ni adalah utk publish poster2 tu kat sini sbb design die cache dan menarik..ni ada lagi..












p/s : stay clean, stay health..joining hand for the betterment..hehe..

Sunday, October 17, 2010

.: FaCeBooK : Antara Kebaikan dan Keburukan? :.

Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.


So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”







Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.


Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.





Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.


Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!




Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol se’das dua then bunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.


Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?

Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?


Tak kurang juga status lonely dan kegersangan, habis satu dunia korang nak cerita yang lesbian ajak korang main. chet!



So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api'kan berbanding yang menasihati.


Khai tulis ni pun lebih kepada berpesan pada diri Khai sendiri. Untuk itu, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal. Ingat, orang yang bijak mengambil peluang, akan menggunakan Facebook lebih kepada marketing atau mencari sahabat-sahabat lama. Yang kurang bijak akan mengambil risiko mencari sahabat & kekasih baru. Tersilap langkah, tergadai diri. Teehee!

Psttt: Lagi satu korang kena ingat, even korang private’kan album atau gambar pun, memang orang tak boleh masuk. Tapi gambar korang tu still dapat di’lihat pada bila-bila masa sahaja oleh “orang-orang” Facebook. So siapa yang bebal sangat pergi upload gambar seksi-seksi dan bogel segala tu, pergila buang balik. Jangan nanti gambar dah tersebar sampai orang gelar “ratu porn”, baru nak menangis tak berlagu. Betul tak?




p/s: ak copy dari blog sorang mamat..ayat die agak kasar jugak,tapi,pada ak,perlu jgk macam ni..kadang2,kena kasar skit nk suh orang terasa..biar terasa kena kat batang idung sendiri..peringatan buat aku jugak..walaupun ak takde fb,tapi,orang2 disekeliling ak ad fb..mak ayah,adik beradik,sedara,kawan dll..sama2 ingatkan orang disekeliling kita..insyaAllah..


Sunday, October 3, 2010

.: CONVEST'10 Subprogrammes :.


Opening Ceremony CONVEST'10
1st October 2010
Convest Hill





Seminar on Exploring the future of Islam and Muslim World
2nd October 2010
Main Auditorium, Engineering



The IIUM Chocolate Fair
1st - 4th October 2010
KAED Gallery






Grand Exhibition
2nd - 4th October 2010
River side





Grand Forum "Bercinta sampai ke syurga"
5th October 2010
SHAS Mosque




Palestine Tomorrow Will Be Free
6th October 2010
Great Hall, CAC



Intervarsity Mega Futsal Tournament
9th - 10th October 2010
IIUM Sports Complex





ALL THE BEST !!!


.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget