CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, May 30, 2011

.: Seminar Motivasi SuperStudy :.



"Seminar Motivasi SuperStudy"

Tarikh: 27hb Mei 2011
Tempat: UiTM Sri Iskandar, Perak
Peserta: Pelajar Tahun 5 dan 6, SK Taman Teknologi, Sri Iskandar, Perak
Anjuran: MRCB
Dikelolakan oleh: Saudara Fadzli Yusof (RK Training)



Lagu: "Kami Pelajar Super"

Kami remaja hebat menuju cita-cita,
Kami pelajar pintar gagah mencipta jaya,
Kamilah anak cinta pada keluarga,
Kamilah insan bakal mengubah dunia.

Impian kami jelas di mata,
Setiap hari kami merasainya,
Kami yakin sepenuh jiwa,
Iakan pasti menjadi nyata.

Biarpun ujian datang melanda,
Terus melangkah penuh rasa bangga.

Kepada tuhan kami yakini,dengan iman di hati,
Dengan amal sempurna setiap hari,pasti bahagia menanti.

Kiniku dengan keyakinan baru,
Kini aku dengan minda baru,
Kini aku dengan cara baru,
Menuju cita-cita yang satu.

Bertanggungjawab, teguh berdiri, hebat belajar, berdisiplin tinggi,
inilah diriku sungguh kuyakini,
kamilah pelajar super, kamilah pelajar super,
kami pelajar super, kami pelajar super......

Lirik : Ahmad Fadzli Yusof Lagu & Muzik: AMAR Penyanyi : Kashfy


.: Gambar Program (copyright reserved) :.

"Buku Motivasi Super oleh Fadzli Yusof terbitan PTS"




"Belajar itu seronok" 











"Imaginasi Hebat, Impian Hebat, Tindakan Hebat"




"Super Study memang BEST"


"Kamilah Pelajar Super"



"Salah seorang peserta SuperStudy =p"




"Peace no war"








"Masa untuk pulang dan berjuang habis-habisan"



p/s: seronok duduk dengan budak-budak ni,teringat zaman sekolah rendah dulu2..huhu..semoga anda semua berjaya dengan cemerlang dalam UPSR kali ini..ade rezeki kita jumpe lagi =)

Monday, May 2, 2011

.: Nilai Sebuah Kehidupan :.

Alkisah, ada seorang pemuda yang hidup sebatang kara. Pendidikan rendah, hidup dari bekerja sebagai buruh tani milik tuan tanah yang kaya raya. Walapun hidupnya sederhana tetapi sesungguhnya dia menghabiskan sehariannya dengan baik.

Pada suatu ketika, si pemuda merasa kecewa dengan kehidupannya. Dia tidak mengerti, untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini. Setiap hari bekerja di ladang orang demi sesuap nasi. Hanya sekadar melewati hari untuk menunggu mati. Pemuda itu merasa hampa, putus asa, dan tidak memiliki erti.

"Daripada tidak tahu hidup untuk apa dan hanya menunggu mati, lebih baik aku mengakhiri saja kehidupan ini," katanya dalam hati. Disiapkannya seutas tali dan dia berniat menggantung diri di sebatang pohon.



Pohon yang dituju, saat melihat gelagat seperti itu, tiba-tiba menyela lembut. 
"Anak muda yang tampan dan baik hati, tolong jangan menggantung diri di dahanku yang telah berumur ini. Sayang, bila dia patah. Padahal setiap pagi ada banyak burung yang hinggap di situ, bernyanyi riang untuk menghibur siapapun yang berada di sekitar sini."

Dengan bersungut-sungut, si pemuda pergi dari situ dan memilih pohon yang lain, tidak jauh dari situ. Saat bersiap-siap, kembali terdengar suara lirih si pohon, 
"Hai anak muda. Kamu lihat di atas sini, ada sarang lebah yang sedang dikerjakan oleh begitu banyak lebah dengan tekun dan rajin. Jika kamu mau bunuh diri, silakan pindah ke tempat lain. Kasihanilah lebah dan manusia yang telah bekerja keras tetapi tidak dapat menikmati hasilnya."

Sekali lagi, tanpa menjawab sepatah kata pun, si pemuda berjalan mencari pohon yang lain. Kata yang didengarpun tidak jauh berbeda, "Anak muda, karena rindangnya daunku, banyak dimanfaatkan oleh manusia dan hewan untuk sekadar beristirahat atau berteduh di bawah dedaunanku. Tolong jangan mati di sini."

Setelah pohon yang ketiga kalinya, si pemuda termenung dan berpikir,
"Bahkan sebatang pohonpun begitu menghargai kehidupan ini. Mereka menyayangi dirinya sendiri agar tidak patah, tidak terusik, dan tetap rendang untuk melindungi alam dan bermanfaat bagi makhluk lain".

Segera timbul kesadaran baru. "Aku manusia; masih muda, kuat, dan sehat. Tidak pantas aku melenyapkan kehidupanku sendiri. Mulai sekarang, aku harus punya cita-cita dan akan bekerja dengan baik untuk memberi manfaat bagi makhluk lain".

Si pemuda pun pulang ke rumahnya dengan penuh semangat dan perasaan lega..

p/s:

bekerjalah hari ini seperti kita akan hidup untuk seribu tahun lagi dan beribadahlah seumpama kita akan mati pada esok hari..

Tuesday, April 19, 2011

.: PenGeJaR ImPiaN atau PenCuRi ImPiaN? :.


Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada mereka yang membacanya..semoga ianya memberi inspirasi juga kepada anda..

Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda..

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti.


Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“





p/s:


setiap orang ada impian masing2..kecik ataupun besar impian itu,terpulang kepada diri kita sendiri..yang penting,kesungguhan kita untuk mencapai impian tersebut..apakah kita senang untuk berputus asa apabila menghadapi pelbagai dugaan dalam mengejar impian kita?apakah kita senang untuk sentiasa mengubah impian apabila terasa tidak mampu untuk mencapainya even belum mencuba?


Maka, tepuklah dada,betulkan rambut, kemudian gosok mata,lepas tu,tanya diri..

Musashi (famous samurai [swordsmen] during Japan Kuno) once had said:

"Things always difficult for the first time"

.: Popular Posts :.