CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Sunday, October 17, 2010

.: FaCeBooK : Antara Kebaikan dan Keburukan? :.

Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.


So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”







Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.


Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.





Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.


Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!




Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol se’das dua then bunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.


Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?

Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?


Tak kurang juga status lonely dan kegersangan, habis satu dunia korang nak cerita yang lesbian ajak korang main. chet!



So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api'kan berbanding yang menasihati.


Khai tulis ni pun lebih kepada berpesan pada diri Khai sendiri. Untuk itu, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal. Ingat, orang yang bijak mengambil peluang, akan menggunakan Facebook lebih kepada marketing atau mencari sahabat-sahabat lama. Yang kurang bijak akan mengambil risiko mencari sahabat & kekasih baru. Tersilap langkah, tergadai diri. Teehee!

Psttt: Lagi satu korang kena ingat, even korang private’kan album atau gambar pun, memang orang tak boleh masuk. Tapi gambar korang tu still dapat di’lihat pada bila-bila masa sahaja oleh “orang-orang” Facebook. So siapa yang bebal sangat pergi upload gambar seksi-seksi dan bogel segala tu, pergila buang balik. Jangan nanti gambar dah tersebar sampai orang gelar “ratu porn”, baru nak menangis tak berlagu. Betul tak?




p/s: ak copy dari blog sorang mamat..ayat die agak kasar jugak,tapi,pada ak,perlu jgk macam ni..kadang2,kena kasar skit nk suh orang terasa..biar terasa kena kat batang idung sendiri..peringatan buat aku jugak..walaupun ak takde fb,tapi,orang2 disekeliling ak ad fb..mak ayah,adik beradik,sedara,kawan dll..sama2 ingatkan orang disekeliling kita..insyaAllah..


2 comments:

Aini said...

ana pun dah deactivate fb.Bukan sebab kebaikan dan keburukan.Tapi itu laman yahudi dan kita serook meyumbang kat yahudi pada setiap klik kita.

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

owh,bagus..welcome to the club..hehe..

tapi,perkara macam ni depends pada seseorang jgk sebenarnya..

sbb setiap org ada pendirian masing2 dlm perkara yang diorang buat..

n setiap perkara ada pro's n con's die pulak..
atas kita la,tgk smada perkara tu lebih byk con's die kat kita atau lebih byk pro's die..

kalo lebih byk pro's,perkara tu jadi harus la untuk kita..maksudnya,kalo orang tu rase fb lebih byk pro's pada die,maka,dibolehkan untuk die menggunakan khidmat fb..

pendapat peribadi yang dhoif..=)

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget