CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Wednesday, January 27, 2010

.: Celoteh di waktu cuti midsem :.

Salam buat semua..

Ya Allah,dah berkurun dan berdekad tak update blog aku ni..

kalau blog ni seperti sebuah rumah,kompem dah bersawang la..

tu la,nak sangat buat blog,tapi,tak peruntukkan sedikit masa untuk update..

hmm,terasa malu kepada pengunjung blog aku..


aku tak punyai alasan yang konkrit dan kukuh kenapa aku tak berkesempatan mengupdate blog aku..


nak kate tak ada internet,aku ade laptop n uia memang ade wireless..tunggu masa je lagi nk sampai ke mahallah..

nak kate sibuk study,macam la aku sorang je student yang ade blog..

nak kate sibuk dengan kerja mpp,orang lain pon mpp jgk,ade blog jgk,n boleh update je tiap masa..

nak kate sibuk dgn keluarga,calon isteri pon takde lagi...hehe..


kompem,aku memang xpunya alasan..sekadar mampu memohon ribuan dan jutaan kemaafan daripada pembaca sekalian..


banyak yang nak dikongsikan tapi,aku tidak suka menulis panjang2 dalam satu entry..

prinsip aku dari dulu lagi memang aku tak suka lakukan perkara yang aku benci kalau perkara itu orang lakukan terhadap aku..
macam pening jgk ayat tu,tapi,pandai2 korang la memerah otak skit untuk memahaminya..hehe..

aku memang tak suka baca entry yang panjang2 dalam blog orang lain,itulah sebabnya aku tak suka tulis panjang2 dalam entry aku..ok,setel..


Isu gempa bumi kat Haiti memang menarik perhatian aku..kita bercerita pasal ni kejap..masuk hari ni,dah hari yang ke 13 sejak berlakunya gempa bumi 7 skala Ritcher yang telah mengorbankan hampir 200,000 orang dengan 250,000 orang cedera dan hampir 1.5 juta kehilangan tempat tinggal..dah la Haiti antara negara termiskin kat dunia ni,bertambah terhimpit lah keadaan di negara itu..


Merujuk kepada artikel dalam berita harian hari Ahad,bertarikh 24 januari 2010,yang bertajuk Anak Yatim Haiti jadi rebutan orang asing..kalau korang ade lagi paper ni,boleh la rujuk,aku xdapat nk letak sume kat entry ni..kate tak nak panjang,kan..hehe..


Nak ceritanya kat sini,beratus kanak2 berumur antara dua bulan hingga tujuh tahun telah diterbangkan ke negara seperti Perancis,Amerika, Belanda dan beberapa lagi negara oleh pekerja bantuan dan sukarelawan dari negara2 tersebut..kebanyakan kanak2 ini adalah anak2 yatim setelah berlakunya gempa bumi yang mengorbankan ibu bapa dan keluarga mereka..


Kanak2 terbabit bukan saja akan mendapat perlindungan, bahkan pendidikan terbaik, penjagaaan kesihatan terbaik, malah nama baru serta keluarga angkat yang lebih berkemampuan berbanding keluarga asal mereka..inilah petikan dari akhbar tu,semoga kebajikan mereka betul2 terjaga dan tiada kes mereka ini dieksploitasi atau disalah laku..


Cukup setakat itu petikan dari akhbar..aku rasa kalau korang tak pernah baca pun artikel ni,dah dapat tangkap jis2 dia..aku tumpang gembira masih ada manusia di atas dunia ini yang bersimpati atas nasib mereka dan sanggup membantu mereka walaupun tiada pertalian darah sekalipun antara mereka..kulit pun berlainan warna..secara kasarnya la walaupun kita semua pastinya ada pertalian darah kerana nenek moyang kita semua adalah Nabi Adam A.S..


Akan tetapi..haaa..ada tetapi kat situ,sebab tu la aku letak dalam blog ni..sekadar detikan di hati ini..aku terfikir jugak,alangkah beruntungnya mereka kalau ibu dan bapa angkat mereka itu mereka yang beragama islam..kalaupun mereka tidak mampu memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik,pendidikan yang terbaik tetapi, semestinya mereka akan mendidik dan mengasuh anak2 yatim Haiti menjadi seorang muslim..

mana kita tahu,dikalangan mereka ini akan lahir ilmuan dan pejuang2 agama yang bakal disegani suatu hari nanti..

semua itu boleh terjadi dengan kuasa dan keizinan Yang Maha Kuasa iaitu Allah S.W.T..

InsyaAllah..

setakat yang aku baca,memang tak dinyatakan pun ada sukarelawan mahupun pekerja bantuan dari negara2 islam..tapi,mungkin juga ada tapi tak dinyatakan di dalam akhbar..

apa-apa pun, aku berharap dalam ramai2 keluarga angkat mereka itu, tetap wujud keluarga yang beragama islam..itulah harapan dan doa aku kepada mereka..

p/s: sekian dulu,tak boleh panjang2..hehe..assalamualaikum..

2 comments:

seepot seedot said...

update blog selalu la marol...

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

bereh2..
teruskan bg semangat kat ku..
insyaAllah,aku akn bersemangat update lps2 ni..hehe..

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget