Salam..
Alhamdulillah,jumaat lepas ak berkesempatan utk turun ke demo membantah lesen judi bola sepak..demo di Masjid Amaniah,Bt Caves..peluh hampir seluruh badan jgk la..berdiri pegang poster hampir stengah jam..tapi takpe,kecil sahaja usaha ak ini nk dibandingkan dengan usaha org lain..semoga usaha sebahagian rakyat Malaysia membantah kelulusan lesen judi ini didengari dan di ambil tindakan oleh pihak kerajaan..bukan lah mengambil tindakan terhadap mereka yang ber'demo' tetapi mengambil tindakan utk menarik balik lesen tersebut yang diberi kepada Berjaya Holdings..pada aku,demontrasi secara aman merupakan cara yang sangat baik yang dipilih rakyat Malaysia untuk menyatakan pendirian mereka..janganlah sampai ke tahap rakyat Malaysia tidak mampu bersabar lagi dan menyatakan pendirian mereka dalam cara yang tidak diingini semua pihak..
Sewaktu mengaminkan doa pada penutup demonstrasi,ak merasa sedikit sebak..terlintas di fikiran,adakah Malaysia bakal menerima bala Allah S.W.T nanti?na'uzubillah..tidak sanggup untuk membayangkan apa yang bakal menimpa ibu bapa,keluarga,rakan2 dan rakyat di negara ini sekiranya itu yang terjadi..ak doakan kita semua di jauhkan daripada apa-apa bala sekali pun..
kita tidak pernah terfikir yang tsunami akan melanda Malaysia,akan tetapi sejarah telah membuktikan yang ianya tidak mustahil..tarikh 26 disember 2004 menjadi tarikh yang sangat bersejarah kerana tsunami telah melanda pantai barat Malaysia dan negeri yang terjejas ketika itu antaranya adalah pulau pinang dan kedah..
kita juga tidak pernah terfikir gempa bumi akan melanda negara kita kerana negara kita tidak berada dalam lingkaran Api Pasifik tetapi,semua tu tak mustahil utk terjadi..gempa bumi juga sudah melanda Malaysia dengan pelbagai peristiwa bangunan bergegar selama beberapa minit dan saat,walaupun ianya hanyalah sekadar gegaran kecil yang diakibatkan oleh gelinciran kerak bumi dalam laut..belum lagi kita bercerita tentang banjir besar,tanah runtuh,ribut petir dan sebagainya..ini antara sebahagian bencana alam yang kelihatan mustahil terjadi di negara kita tetapi ianya sudah menjadi tak mustahil untuk berlaku..
terlalu banyak bencana alam yang berlaku utk memberi peringatan kepada kita supaya manusia mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut,supaya manusia sentiasa ingat kepada mati dan supaya manusia tidak ingkar lagi akan suruhan agama..janganlah pepatah "bila terhantuk baru tengadah"terjadi dalam kamus hidup kita..tidak mustahil tsunami akan melanda negara kita lagi sekali dan ia datang dengan membawa ombak yang lebih besar..tidak mustahil gempa bumi akan melanda sekali lagi dengan gegaran yang lebih kuat dan mampu menumbangkan bangunan2 pencakar langit di negara kita..na'uzubillah..
ingatlah,tiada satu pun perkara menjadi mustahil kerana semuanya berada dalam kekuasaan Allah..dan bala Allah tidak mengenal orang yang bertaqwa mahupun yang syirik dan tidak beriman..
moga menjadi satu peringatan buat kita semua,lebih2 lagi buat diri aku..moga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit..amin..
.: Mutiara Kata :.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..
Thursday, June 3, 2010
.: LeSeN JuDi BoLa SePaK :.
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 6/03/2010 12:33:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.: Popular Posts :.
-
Assalamu'alaikum W. B.T. "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kam...
-
ASSALAMUALAIKUM.. Mengumumkan program Wacana Ilmiah 2009 Tajuk : "Sebat Kerana Arak : Adilkah?" Tarikh : 22 Oct 2009 Masa : 8.30 ...
-
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersi...
-
Artikel ni aku petik dari blog mengapa-yahudi-bijak.blogspot..sengaja aku copy supaya dapat jadi satu pengetahuan kepada kite...walaupun car...
-
cilok gambar yang where edit je utk post kat sini..takpe,dlm masa yang sama dapat promote convest'10 jgk..doakan convest'10 berjalan...
-
(dipetik daripada blog orang lain) Lauren Booth : kenapa saya pilih Islam Berita tentang Lauren Booth yang memeluk Islam telah menimbulkan p...
-
Salam.. post aku kali ni adalah untuk menjemput anda sume ke majlis perkahwinan.. aku ulang lagi skali, majlis perkahwinan.. yang sedih...
0 comments:
Post a Comment