CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Monday, March 7, 2011

.: AnaLiSis PRK UIAM 10/11 (Part Two) :.

Assalamualaikum W.B.T..
jom kita sambung kembali analisa kita..
untuk Part One,kita dah bincang sehingga lima perkara..kali ni,kita tambah lagi enam..
enam je,tak banyak sangat pun..huhu..

6] Banner dan Poster Election
Tahun lepas:
Publisiti berkenaan SRC General Election kelihatan agak hambar..tidak banyak banner yang digantung dan poster yang ditampal oleh Election Secretariat..mungkin sampai tahap boleh dibilang dengan jari je banner dan poster yang ada pada waktu tu..

Tahun ini:
Satu lagi 'improvement' yang baik daripada pihak Admin UIA kerana Poster dan Banner SRC General Election boleh dilihat di mana2..ada juga tambahan poster oren daripada pihak Pro-m..kesemua ini merupakan usaha yang sangat baik untuk meningkatkan kesedaran politik di kalangan student UIA..politik ni bukanlah wajib di ketahui oleh student yang ambil 'political science' je tapi ianya perlu di ambil tahu oleh semua orang..Pilihan Raya Umum pun dah dekat..walaupun kita masih lagi seorang pelajar,tapi,kalau dah berumur 21 tahun ke atas, kita tetap bertanggungjawab untuk menunaikan hak kita sebagai pengundi kerana kita adalah rakyat Malaysia..

7] Kempen
Tahun lepas:
Period berkempen adalah enam hari bermula hari Jumaat sampai hari Rabu..sebenarnya,selepas pukul 5 petang hari Khamis tu,calon sudah dibenarkan berkempen..akan tetapi,calon2 dikehendaki membawa 'merchandise' mereka dan meminta kebenaran daripada S-Dev terlebih dahulu sebelum mula membahagikan 'merchandise' tersebut sewaktu berkempen..ini adalah rules yang baru untuk tahun itu..

Tahun ini:
Period berkempen adalah lima hari bermula dari pukul 2.30 petang hari Khamis sehingga 12 tgh malam hari Isnin..perbezaannya adalah, calon2 yang bertanding dibenarkan berkempen sedikit lambat berbanding tahun lepas..seperti juga tahun lepas,setiap calon perlu mendapat kelulusan daripada S-Dev untuk setiap 'merchandise' yang mereka akan gunakan sewaktu berkempen..sekiranya tertangkap menggunakan barang-barang kempen yang tidak mendapat kelulusan,penyertaan mereka akan dibatalkan..

8] Peratus mereka yang turun mengundi
Tahun lepas:
Sangat menyedihkan..itulah ayat yang mungkin paling sesuai untuk menggambarkan peratusan student UIA yang turun mengundi kerana hampir 59% daripada student uia keluar menjalankan tanggungjawab mereka..antara sebabnya, MUNGKIN tarikh pilihanraya kampus yang kurang sesuai kerana ramai pelajar 'bertapa' pada minggu tersebut untuk menghadapi mid-term exam..MUNGKIN juga ada yang sudah pulang sedikit awal ke kampung halaman sempena cuti mid sem..MUNGKIN juga mahasiswa semakin tidak cakna dengan apa yang berlaku di dalam universiti..pelbagai perkara lagi yang mungkin menjadi sebab kepada kurangnya pelajar UIA keluar mengundi..

Tahun ini:
Lebih kurang 65% pelajar UIA keluar mengundi..berlaku peningkatan dalam peratusan bilangan yang keluar mengundi jika dibandingkan dengan tahun lepas..akan tetapi,masih lagi jauh dari paras atau 'level' yang sepatutnya jika hendak dibandingkan dengan bilangan keseluruhan pelajar UIA..tambahan lagi,sudah banyak poster yang ditampal dan banner yang digantung..walaupun berlaku peningkatan secara keseluruhannya akan tetapi,berlaku juga penurunan peratusan di sebahagian kulliyyah seperti Kulliyyah of Economics and Management Sciences..

9] Kulliyyah n International seat-won uncontested
Tahun lepas:
di Gombak,dua kulliyyah telah menang tanpa bertanding sebelum tarikh mengundi iaitu AIKOL dan KAED..di Kuantan,hanya satu kulliyyah tidak bertanding iaitu Kulliyyah of Dentistry..calon untuk kerusi international Gombak pula tidak cukup seorang sehingga 'Nomination period' terpaksa dipanjangkan sedikit untuk memberi peluang kepada mana2 calon yang masih belum hadir ke 'Nomination' untuk hadir..Alhamdulillah,Anas Ismaiel yang merupakan Exco SRC tahun sebelumnya hadir mengisi kekosongan tersebut..bermaksud,tidak berlaku sesi pengundian bagi 3 kulliyyah ini dan juga bagi international constituency..

Tahun ini:
di Gombak,tiga kulliyyah telah menang tanpa bertanding iaitu KAED,ICT dan ENGIN..di kuantan,hanya 2 kulliyyah berlaku pertandingan..begitu juga dengan 'international constituency'..bermaksud,untuk tahun ini,berlaku pertambahan lagi calon yang menang tanpa bertanding di mana 19 kerusi telah dimenangi tanpa pertandingan termasuk di Kuantan..Pertandingan hanya berlaku di AIKOL,KENMS,IRKHS,INSTED (Gombak) dan NURSING,ALLIED HEALTH SCIENCE (Kuantan)..

10] Pertambahan kerusi 
Tahun lepas:
kesemuanya 29 kerusi iaitu 16 kerusi di Gombak termasuk 4 kerusi untuk 'international constituency' manakala selebihnya adalah di Kuantan dengan 13 kerusi termasuk satu kerusi untuk international constituency..

Tahun ini:
Berlaku pertambahan bilangan kerusi di GOMBAK dimana kerusi untuk institute of Education telah diperkenalkan..ini bermaksud, kerusi yang dipertandingkan meningkat kepada 31 kerusi..satu kejayaan buat SRC lepas dan juga student EDU yang inginkan wakil daripada kulliyyah mereka..

11] Election Commissioner (EC)
Tahun lepas:
Election Commissioner dilantik daripada Principal Mahallah di mana Pricipal Mahallah Zubir telah dipilih..beliau ialah Dr Ismail..pada tahun sebelumnya,EC adalah Dean AIKOL iaitu Dr Iqbal..

Tahun ini:
Election Commissioner adalah daripada kalangan principal Mahallah juga di mana, Principal Mahallah Ali telah dilantik..beliau adalah Ustaz Fauzi Muda..


Penutup:

Begitulah sedikit sebanyak analisis PRK UIAM 2010/2011..aku rasa yang aku tulis ni,lebih kepada laporan dan perbandingan la..bukan analisis sangat pun..huhu..tapi takpe,at least kita lebih nampak perjalanan PRK ni..aku sekadar berkongsi pengalaman ni dengan semua sebab ak berkesempatan untuk meninjau perjalanan PRK kali ni..

Setelah melihat kepada perbandingan ini,ak rasakan pelbagai persoalan boleh timbul..
adakah UIA sudah mula ketandusan student yang boleh menjadi pemimpin?
pemimpin yang ada sekarang ini pula adakah cukup berwibawa dan berkarisma?
adakah keadaan di IPTA sekarang ini menunjukkan bahawa negara kita juga semakin ketandusan pemimpin?

Apa pun yang terjadi,kita tetap kena memberikan sokongan kepada wakil kulliyyah kita yang telah menang..mereka bakal menggalas amanah yang sangat berat selama satu tahun..maka,sokongan dan bantuan sangat lah diharapkan daripada kita semua..

p/s:
takde gambar kali ni,tak sempat nk dapatkan lagi gambar sewaktu nomination day dan sewaktu kempen..dah ada nanti,kita sama2 tengok.. 

"Sharing is Caring"


5 comments:

NW said...

Tertarik; "adakah uiam sudah ketandusan pemimpin?" kalau buat entry tajuk tu, mungkin banyak boleh dikupas. ^_^

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

yup,mungkin banyak boleh dikupas..
tapi,sekarang ni,takde idea lagi..huhu..
cik nusrah walfath kupas la kat blog cik nusrah..

NW said...

Terfikir juga tapi macam tak boleh nak elaborate panjang je. Suruh firwan. dia banyak idea dengan isu-isu kampus ni.. ;p

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

aih,nampak macam nak melepaskan diri jugak je..hehe..
hmm,betul gak tu,jom kita suh firwan tulis..
die banyak masa da skrg ni sampai tak tahu nak wat ape die cakap..selama ni sibuk sangat..

NW said...

hahaha...suruh dia tulis artikel banyak-banyak. nanti kite publish kat blog. biar terisi cket masa dia ^^ blog die pon kosong dah tu..hehe
Marol sampaikan lah yea...

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget