-3hb Mei 2011-
Jika  benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera  Amerika  Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama  semalam,  maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan  Allah  SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam  Islam.
Inilah  yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian  saudara  seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia  mati  dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon  oleh  saudara muslim yang lain.
Adapun  keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan  kepada  Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui  propaganda  yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau  terlibat  dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan   tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi   merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan   Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini  jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang  menghancurkan  kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata  pemusnah yang tidak  dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula  tindakan Amerika  Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan  keganasan di bumi  Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan  Amerikalah yang kuat  menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap  sebagai pengganas, maka  Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan  penyokongnya Amerika  Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai  ganas.
Inilah  yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang  datang ke  pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang  selipar pun  tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi  sebuah  negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak  berhak  untuk dirampas oleh Israel.
Adapun  mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian  Osama,  saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya  bertujuan  menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih  selamat  dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan  kewujudan  Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
 sumber : here 
p/s: 3 Mei juga merupakan tarikh perginya seorang pemimpin yang terbaik dan memiliki askar yang terbaik..Beliau berjaya menakluk Kota Konstantinopel pada umur 21 tahun..beliau juga adalah pemimpin yang di maksudkan Nabi S.A.W. dalam hadith baginda : 
"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang  menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah  sebaik-baik tentera."  
Beliau adalah Sultan Muhammad Al-Fateh bin Sultan Murad di mana Sultan Muhammad Al-Fateh meninggal pada 3hb Mei 1481..
 

 
  
 
 
 
.jpg) 
 
 

 
 



 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment