CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Monday, May 4, 2009

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Farhan tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Salina merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.


"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah?

Hah!" pekik Salina dengan suara tersekat-sekat.

Mata Farhan liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Salina. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Salina langsung tidak selari dengan penampilannya.


Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Salina mula sebak.


"Tak. Maksud saya…"


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Salina dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Salina semakin tinggi, setinggi egonya.


Farhan diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ` Salina ' di sebalik Salina yang dia kenal selama ini. Salina bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Farhan seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Farhan muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.


"Ada hikmah," bisik hati kecil Farhan, sekecil pandangannya terhadap Salina.



Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Farhan sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Farhan berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Farhan dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.


Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Salina terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Farhan. Bagi Salina, Farhan seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Farhan melamarnya menjadi isteri kedua. Farhan masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Salina nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Salina, namun sikap Salina yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Farhan tersebut.

Bagi Salina, Farhan tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Farhan berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Farhan semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Farhan – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Farhan.



Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Farhan dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Farhan sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Farhan menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Salina atau tidak? Farhan bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Farhan berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Farhan mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Salina.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Farhan tanpa segan silu.


"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Farhan menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.


Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Farhan.


"Kenapa saya?" tanya Farhan ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.


"Baiklah," jawab Farhan tersenyum.



Akhirnya, Farhan dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Farhan terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Farhan semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Farhan membaw

a Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Farhan. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ye sayang?" jawab Farhan sambil mem

andu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Farhan menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Farhan dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Farhan yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Farhan aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Farhan membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Farhan berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.


"Itu isteri pertama abang," Farhan menuding jari ke arah khemah tersebut


"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Farhan.


"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.


"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Farhan tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.



"PERJUANGAN, " jawab Farhan.

***************


Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…


Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!


Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…


Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!


Jika dirimu bakal seorang suami..

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.


Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit

cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!


Takbir ! Allahuakbar!


:: dipetik dari website www.iluvislam.com ::


.:Nasi sudah menjadi bubur :.


2 comments:

lempengterbakar said...

nasi sudah menjadi bubur?mende kaitan ye agaknya

anak ummi said...

sgt terkesan dgn kisah ni.. thanks... =)

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget