Email yang baru ku terima dari seorang shabat.. mungkin dapat menjawab segala persoalan yang timbul sejak akhir2 ni..
Assalamualaikum wbt, alhamdulillah semalam kami sempat bermuzakarah dalam satu pertemuan bersama Tn Guru Presiden yg di kasihi bersempena lawatan kerja beliau bersama rombongan ke Italy dan ke UK selama lebih seminggu. sudah pasti isu Kerajaan perpaduan menjadi soalan cepu emas yg di nanti2 oleh kami di sini utk mendapat penjelasan dr pimpinan tertinggi PAS.
alhamdulillah penjelasan yg begitu terperinci diberikan. Unity gvmt ini bukan satu idea baru kerana ia pernah dilaksanakan oleh indonesia, UK, Ireland dan south africa , yang mana Tok guru sendiri banyak kali dtg berbincang dalam memperincikan perkara ini dengan teman2 di semua negara ini sebelum melontarkan idea ini. asal kepada idea kerajaan perpaduan ini dilontarkan seminggu selepas PRU 2008 di mana ketika pertemuan berlaku diantara pimpinan PAS dan Tun Abdullah Badawi. ini bertitik tolak apabila UMNO makin lama makin mengenepikan kepentingan ISLAM dan org melayu di Parlimen. kerana mengikut undang2 , setiap tahun bilangan Parlimen perlu ditambah dan UMNO menambah parlimen di Sabah dan Sarawak yg mana MP nya dari kalngan non-muslim. ini memberi impak kepada pengaruh ISLAM dalam Dewan Rakyat. kedua, persoalan stategi politik, ini lah yang dikemukan oleh Tg Hj Hadi kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia dalam erti kata keseimbangan politik, push and pull dalam politik.
Tok Guru menampakkan perlu kita seimbangkan keadaan as ini tidak serang habis habisan terhadaap UMNO yang akhirnya rakyat akan bosan dengan PAS. maksud dan implementation kerajaan perpaduan ini harus difahami terlebih dahulu. sebagai contoh, meskipun dalam tahun 1974 ketika PAS menyertai kerajaan campuran Perikatan, melihatkan ada kesan positif yg besar dalam negara seperti Dato Asri meminta Tun Raza supaya tidak ada arak dalam parlimen, azan di TV etc, walaupun kerjasama politik ini dilihat negatif pada pandangan ahli peringkat kita. perlaksanaan kerajaan perpaduan ini memberi ruang pada PAS, DAP dan PKR duduk sekali dalam kerajaan tetapi kekal dengan identiti parti masing2. menurut Tok guru, Pak lah dahulu pernah bersetuju dengan idea ini tetapi zaman Najib ini, dia masih belum bersedia. ini kerana beberapa syarat dikenakan sebelum perbincangn mengenai kerajaan perpaduan di utarakan iaitu isu kehakiman perlu diperbetulkan dan SPR mesti di pulihkan dengan melibatkan PAS, PKR dan DAP.
walaubagaimanapun, kefahaman kepada pembentukan unity govt seluruh ahli perlu menurut Tok guru. apabila kerjaan perpaduan ini dilaksanakan, UMNO akan lemah, kerana tekanan kuat dr PAS DAP, dan DAP berlaku. segala kes rasuah, penyelewengan akan didedahkan. demokrasi akan dipulihkan keran SPR akan diperbetulkan. Tok Guru berasa yakin PAS tidak mampu pergi jauh selagi SPR ini milik UMNO-BN.
akhir kata, komen Tok Guru Nik Aziz dianggap sebagai ayah yang marahkan anak. marah kerana sayang dan tidak lebih dari itu. moga kita sama2 dapat memerhatikan pandangan jauh Presiden kita dalam konteks yang lebih luas serta masa depan ISLAM.
-- Muhammad Afiq Mhd Khazar
MSc Construction Project Management
School of Mechanical Aerospace and Civil Eng
University of Manchester
.: Mutiara Kata :.
Sunday, June 21, 2009
Kemelut politik!!!!
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 6/21/2009 04:45:00 PM 2 comments
Labels: politik
Saturday, June 20, 2009
Tarikh lahir.....
Salam..
entah kenapa diri ini tiba2 mahu bercerita pasal tarikh lahir kali ini..
mungkin di sebalik tarikh kelahiran kita mahupun bulan kelahiran kita ada tersirat pelbagai makna dan maksud..
mungkin juga tarikh kelahiran kita mencerminkan keperibadian dan sikap kita..
pelbagai kajian telah dibuat oleh mereka-mereka yang ahli dalam bidang ini,tapi,sebagai seorang muslim,kita tidak patut menerima kajian2 sebegini bulat,ade yang boleh diterima tetapi ade jugak yang tak boleh diterima..kita ada panduan kita walaupun kita tahu dan beriman disebalik penciptaan sesuatu perkara oleh Allah,semestinya ada asbab dan maksud disebaliknya..
dari kecil hingga besar kita menyambut hari lahir...
walaupon kite tahu di waktu bertambahnya umur kita,itu tandanya umur kite semakin pendek..
walaupon kita tahu di waktu bertambahnya umur kita,semakin banyak dosa kite telah lakukan kepada Pemilik nyawa kita,Allah s.w.t..
walaupon kite tahu diwaktu bertambahnya umur kita,
walaupon kita mengetahui semua itu,kita xterlepas dari perasaan gembira dan rasa dihargai sekiranya ade seseorang yg menghantar msg wish birthday kita apatah lagi jika ada yang memberi hadiah kepada kita..
persoalan aku di sini satu je,adakah kita tahu mahupun mengambil berat tarikh lahir kita ikut kalendar hijriah?
persoalan ini yang harus kita jawab..
kita seringkali tidak mengambil berat tarikh2 penting dalam kalendar hijriah kerana kita telah selesa dgn kalendar masihi yang dicipta barat..sedangkan tarikh2 penting seperti awal muharram,nuzul quran,nisfu syaaban dan sebagainya semuanya dalam kalendar hijriah bukannya dalam masihi..
point kat sini nk kite sume ambil berat pasal tarikh kelahiran kita ikut kalendar hijriah.. itu je point die, yang bahagian atas tu adalah mukaddimah dan bunga2 je..hehe..tapi,sume itu bukan rekaan apatah lagi ciptaan aku,tetapi itu sume adalah kenyataan dan realiti kehidupan yang mana kita kena ambil berat jgk..
kat sini,aku letak link die..bleh la cek tarikh lahir mahupun ape2 tarikh lagi..
click here
p/s: peringatan ni utk kita semua termasuk diri aku jugok..semoga kita same2 menjadi muslim yang lebih baik lepas2 ni..
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 6/20/2009 09:54:00 PM 0 comments
Labels: life
Thursday, June 18, 2009
TGC '09
TRADITIONAL GAMES CARNIVAL 2009
aku xsempat nk lapor sdikit sebanyak perjalanan program ni aritu..sekadar sempat upload gambar je..takpe,nk maklumat lebih,leh direct ke blog src terus eh... gambar kat bawah ni ade sume,komiti skali dgn peserta2 aritu..alhamdulillah,berjaya jugak program ni dijalankan tanpa masalah besar..syukur...syukran kepada sume pihak yang terlibat dlm menjayakan program ni (Sports complex,S-Dev,Committees,Participants,SRC 08/09) hayatilah gambar2 ni..sudah cukup untuk menggambarkan keadaan dan suasana pada hari itu start dari pagi sampai la ke waktu zohor..mekasih kat kak liza,asst director,cultural & arts unit,sdev yang sudi dtg rasmikan masjlis penutup n bagi hadiah..
bola takraw jgk yang menjadi mangsa posing korang
1,2,3 lekuk..
special task committees
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 6/18/2009 11:02:00 AM 0 comments
Labels: src
Friday, June 5, 2009
SUNGAI PISANG...
Salam buat pembaca2 sekalian..mungkin blog aku ni antara blog yg jarang dikunjungi,ye la,update pon jarang2 sekali..maaf sangat2..masa yang ada digunakan untuk tujuan lain..kali ini,aku just mengupload gambar2 yang sempat di 'captured' waktu berkelah di sungai pisang..
Tempat perkelahan yg sgt sinonim dgn student uia..kat sini la tempat paling dekat nk mandi manda n melepaskan penat lelah dengan air sungai yang masih lagi bersih dan fresh..moga2,gambar ni jadi kenangan sampai bile2..naseb bek jugak cikgu bawak bola aritu,kalo tak,xtaw nk buat aktiviti ape..
Pesanan buat saudara hakimi,minyak moto merupakan elemen terpenting yang menggerakkan sesebuah motsikal..tanpa minyak moto,sesebuah moto tidak akan mampu bergerak melainkan ade seseorang yang menolaknye dari belakang..hehe..
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 6/05/2009 05:38:00 PM 0 comments
Labels: life
.: Popular Posts :.
-
Assalamu'alaikum W. B.T. "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kam...
-
A woman was waiting at the airport one night,with several long hours before her flight. She hunted for a book in the airport shop,bought ...
-
Siti Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Mad...
-
{Kisah Yang Mesti Dibaca Oleh semua} "Tersentuh. Perlu selalu bercerita dengan anak-anak. Kisah-kisah yang membina keimanan." Sy p...
-
Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada mereka ya...
-
Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!” Ustaz : “Ok silakan……what you want t...
-
Assalamu'alaikum.. kali ini, jom kita bercerita mengenai Masjidil Aqsa .. anda kenal dengan masjid berkubah kuning ini? kalau t...