CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Saturday, September 12, 2009

Balik Kampung!!!

Alhamdulillah,pertama dan selamanya,marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat yang diperolehi sehingga hari ini...

Kerana apa kita perlu sangat bersyukur ni?
Kerana kita masih memperoleh nikmat Islam dan nikmat Iman dimana dua nikmat ini adalah nikmat terbesar anugerah Allah kpd umat islam..orang kafir kompem2 xdapat..

kerana apa lagi?
kerana kita masih dapat menghirup udara yang bersih atas dunia ni...
kerana kita masih dapat melihat keindahan ciptaan dan kejadian Allah atas dunia ni..
kerana kita masih dapat mendengar pelbagai bunyi yang terhasil atas dunia ni..

dan kerana apa lagi?
terlalu banyak sebabnye sekiranya kita mahu menyenaraikannya..
nikmat yang kita perolehi sekarang ibarat sebahagian air lautan yang melekat di jari tangan kita sekiranya kita mencelupnya ke dalam air dan nikmat Allah adalah sebanyak air di lautan..

kerana itulah Allah berfirman di dalam Al-Quran:
"Jikalau semua pokok di dunia ini dikumpulkan untuk menjadi kertas,dan air lautan dikumpulkan untuk menjadi dakwat pena,masih tidak cukup untuk menyenaraikan semua nikmat Allah S.W.T"

kadang2 kita tidak pernah tahu pun sebyk ini nikmat yang kita perolehi kerana kita xpernah
mahu menghargai segala nikmat yang menyelubungi diri kita..
kita masih bertuah jika mahu dibandingkan dengan manusia lain yang ditarik sebahagian nikmatnya..

Maka,adakah kita masih tidak mahu menjadi hamba yang bersyukur??
Nabi S.A.W sendiri apabila ditanya isteri baginda,Aishah r.a. kenapa baginda masih kuat beribadat sedangkan baginda maksum dan dijamin Allah S.W.T masuk syurga..
Dengan tenang Nabi S.A.W menjawab, "tidakkah salah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur"..

Muqaddimah di bulan pose..kena pjg sket..huhu..
Semoga ia juga menjadi peringatan buat diriku yang lemah ini...
Semaga kita juga dikurniakan umur yang panjang untuk memperbetulkan diri...
Amin..


Esok adalah hari ahad..hari dimana aku bercadang untuk pulang ke kampung halaman..
cukup lama tak balik rumah,semoga terubat segala rindu kat mak ayah dan jugak adik beradikku..cuti raya ni la satu2nye cuti yang dapat mengumpulkan seluruh ahli keluarga..
xsabar jugak nk berjumpa member2 skolah dulu..nk beraya skali ngn diorang..tahun lepas hampir 20 buah rumah jgk sempat kitorang serbu sama2...tahun ni kurang2 21 buah..ye la,nk jadi muslim sejati,tahun ini mesti lebih baik dari tahun lepas..huhu..

salam ramadhan buat semua,dan jugak selamat hari raya..sementara kita masih di bulan pose,inilah waktu terbaik utk bermaaf-maafan..maafkan segala salah silapku..aku maafkan segala salah silap sesiapa pon kepada aku..kalau ada la..

1 comments:

Hilmi said...

mitak maaf goks..

.: Popular Posts :.