"Setahun hanya sekali, akan tiba akan pergi, hari raya,hari bahagia..."
"ini lagu amy mastura ni",dalam HATI ku...
"mintak mak kuih sepotong, saya mau makan kerna perut kosong..."
"ini pulak Saloma nyanyi ni",dalam HATI ku lagi...
aku dalam program "jangan lupa lirik" ke ni..mesti sume tertanya2 kan..hehe..
ini la antara sebahagian lagu raya yang menggegarkan gegendang telinga aku waktu aku jalan-jalan kat bandar Kuala Terengganu ni..
tension jugak diorang pasang kuat2 ni..
hish,kat bandar ni,tak ade rasenye tempat yang sunyi dari lagu raya..nasib baik la jugak bangunan2 ni tak ade telinga mahupun mulut macam manusia..kalau tak,mesti dah maki hamun punya..mana tak nye, pasang dah la kuat, pastu continuously(in malay-xhenti2) pulak tu..
"puah doh dengor lagu raye eh,molek gok pasang lagu len plok ni"
ini pulak sebahagian luahan yang sempat singgah di telinga aku sewaktu aku kat astaka (shopping complex kat taman syahbandar)..dari salesgirl kat situ bile tiba2 lagu yang keluar dari speaker di atas kepala kami mengeluarkan bunyi yang aku sangat pasti bahawa itu bukan lagu raya..sebab lagu tu lagu hindustan beb..
haaa,tahu pun,aku dah kate dah tadi,memang telinga diorang dah tepu dah dengar lagu raya ni..
takpe la,aku datang bandar bukan nak dengar lagu raya,tapi nk mencari2 dan meng'ita' kelengkapan untuk berhari raya..
diorang nk pasang lagu Mat Jais ke, Aisyah ke, Siti Nurhaliza ke, Noraniza Idris ke, Sudirman ke, Sharifah Aini ke, Mawi ke, 4u2C ke, Spider ke, Uji Rasyid ke, Saloma ke (byk gak general knowledge aku pasal ni..huhu..), itu hak diorang,nk wat cane, kedai tu diorang yang punya..
lain kali kena bwk filter telinga ni kalau datang ke bandar lagi..
tiba2 terdengar lagu gema takbir oleh Raihan takpun harapan ramadhan oleh Man Bai dan Raihan baru aku buka filter ni..hehe..
panjang la pulak pasal lagu raya ni,tak masuk dengan tajuk langsung..hehe..
biasa la,muqaddimah nk kena power..
kita tinggalkan dulu Lagu Raya di bandar Kuala Terengganu ini macam kita tinggalkan striker n goalkeeper di padang bola Darul Aman..rujuk "sesuatu yang teristimewa" di nonyimtiyaz.blogspot.com..hehe..boleh claim duit raya ni tolong promote blog k.noni..
jom kite kembali ke tajuk entry kali ni..
apa yang ada di penghujung ramadhan ni?
kalau nak tahu,pelbagai ragam dan kerenah dapat kita perhatikan..
kalau kita perhatikan la..
Dalam bertambahnya lagu2 raya yang berkumandang di radio2...
Dalam bertambahnya biskut2 raya di rumah mahupun di kedai...
Dalam bertambahnya baju2 raya di dalam almari mahupun yang bergantung di dalam rumah...
Maka,kita dapat melihat terdapat pengurangan dalam beberapa aspek yang sepatutnya tak berlaku di akhir2 Ramadhan ini..
Berkurangnya bilangan makmum di belakang imam semasa solat terawikh..
Berkurangnya alunan2 zikir dan bacaan al-Quran..
Berkurangnya amalan2 sunat di siang hari dan di malam hari..
Perlukan contoh?ini dia contoh dialog2 yang bakal berkunjung ke gegendang telinga kita bila da hampir ke hari raya:
"ish,baju raya tahun ni baru ade 10 helai ni,raya pulak 30 hari,kurang2 nak ade 30 helai...
takkan nk pakai baju raya tahun lepas kot cik siti.." (asal tak bukak kedai baju sendiri je)
"biskut raya baru ade 50 bekas,xcukup ni,kurang2 nak kena beli 500 bekas lagi cik yah oi.." (asal tak beli tukang buat biskut raya je)
"baju raya da cukup,biskut raya da cukup..Eh,langsir,almari,dapur,sofa n meja tak tukar yang baru lagi ni.." (asal tak tukar beli rumah baru je)
tapi,jarang dan tersangat jarang pulak kita dengar dialog yang sebegini:
"Em,Quran dan 4 kali khatam,arapnye sempat la khatam lagi sekali sebelum tamat puasa ni.."
"Kat masjid ni dah sedeqah, masjid tu pon dah sedeqah, ish, masjid mane lagi eh yang belum pergi.."
"Belum puas lagi rase beribadat di bulan ramadhan ni,dah nak habis,moga ku di perrtemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan.."
Dialog di atas tidak ada kena mengena mahupun bersangkut pautan dengan mana2 makhluk Allah di atas muka bumi ini..dialog2 ini hanyalah rekaan dan imaginasi penulis sendiri..di tambah sedikit gaya bahasa 'hyperbola' supaya memberi maksud keterlaluan yang tidak melampau..huhu..
Jom hayati lirik lagu taubat seorang hamba by o'pick:
Dosa2 yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba yang berdosa..
*chorus:
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah,
terimalah,
terimalah,
taubatku ini..
telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
kerna hilang dari jalan menuju redha mu ya Tuhan..
*ulang chorus
di hamparan ini ku meminta
moga taubatku diterima
*ulang chorus
lagunya boleh didengar dengan melawat
nonyimtiyaz.blogspot.com
lagi skali promotion terjadi disitu..haha...
Konklusinya,ini adalah peringatan dan tazkirah buat semua yang mengunjungi blog ini dan yang membaca entry ini..termasuk juga penulis yang meng'post' entry ini..
Semoga kita sama2 perbaiki diri kita dan orang2 di sekeliling kita yang memerlukan bantuan kita..
Semoga kita mendapat halawatul ramadhan di bulan puasa ini..
Ya Allah,Engkau panjangkanlah umur kami semoga kami dapat berjumpa lagi dengan madrasah tarbiyah ini..
Amin..
Sekian dulu..mungkin ini last entry di bulan ramadhan 1430H..
0 comments:
Post a Comment