CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Wednesday, February 9, 2011

.: InTeRvieW :.

Assalamualaikum W.B.T...

Kali ini terasa nak menulis mengenai interview ataupun dalam bahasa yang agak comel,kita sebut temu ramah..huhu..tak tahu la apa yang bermain dalam kepala korang bile sebut pasal interview..mesti fikir interview kerja..ye la,ade yang nk grad dah kan..dlm kepala mesti fikir nak kerja mane lepas ni..tak pun interview scholarship..n mungkin mcm2 lagi la..

Tapi,interview yang aku dan seorang lagi sahabat aku buat ni pasti tak terfikir korang..aku menjadi interviewer untuk meng'interview' disabled people (tak berapa sedap plk guna interview,kita pakai temuramah la) tapi,skop aku kecik je,dalam UIA ni je..sebenarnya,ini adalah salah satu tugasan untuk project bagi course PDD..Product Design & Development..oleh kerana Dr Wan, lecturer kami mahukan kami mereka bentuk alat atau product yang environmental friendly ataupun yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat,maka kami kena perah otak jugak la untuk memikirkan product ni..bermain2 dalam kepala ni samada nak upgrade product yang sedia ada ataupun buat something new terus..propose dua tiga product,kena tolak camtu je..

Last2,perah punya perah kepala,entah macamane la,kitorang dapat idea untuk upgrade lagi kerusi roda yang digunakan Orang Kurang Upaya,OKU..alhamdulillah,diterima Dr Wan..bermula daripada itulah terhasilnya idea lain pulak untuk pergi menemuramah OKU ni..macam tak sedap nk guna nama OKU sebabnya,lepas ak dah pergi temuramah diorang tu,aku rasakan mereka ni lebih Upaya daripada kita yang normal ni yang boleh dipanggil Orang Cukup Upaya tapi tak berapa nak upaya sangat..pengalaman yang sangat bermakna bila bersama mereka..mereka menghargai kita dan kita sepatutnya menghargai mereka dan menganggap mereka 'special' kerana semangat yang ada pada mereka untuk berjaya sepertimana orang lain walaupun serba kekurangan..

Aku pernah lihat video mat saleh yang kudung kaki dan tangan tapi boleh 'motivate' untuk orang lain..mungkin korang pun dah pernah tengok..macamane bila die tunjuk die baring tapi tak boleh nak bangun sebab tak leh nak gunakan tangan atau kaki seperti mana orang lain bangun..tapi,die ckp die akan terus usaha sampai die boleh bangun walau beribu2 usaha diperlukan n akhirnya die dpt berdiri semula menggunakan bantuan kepala die..video ini pun boleh menyebabkan kita rasa terharu,bayangkanlah jika kita berjumpa mereka secara berdepan ataupun dlm bahasa yang comel 'face to face'..(teringat babyface yang jadi juri dalam rancangan raja lawak..hehe..)

Kadang2 terasa kesian jugak dengan diorang,tapi sebenarnya,apabila kita bersama dgn diorang, kita boleh rasakan diorang seperti orang lain jugak,boleh bergembira,boleh borak2,boleh sembang2..diorang tak meminta simpati kita pun,cukup dengan kita menganggap mereka sama juga seperti rakan-rakan kita yang lain..maka, layanlah mereka macam biasa je..

mungkin pergerakan diorang agak terbatas..tapi,itu bukanlah satu alasan..pergerakan mereka boleh jadi lagi terbatas kalau ada orang lain yang menyukarkan lagi mereka bergerak..sebagai contoh, laluan mereka ditutup oleh kereta ataupun motor yang sengaja parking melintangi laluan khas untuk mereka..kadang2,kita tidak menyedari perkara ini kerana kita tidak selalu memikirkan dan melebihkan orang lain..maka,cakna lah dengan perkara2 sebegini yang boleh dikatakan remeh bagi sesetengah orang tapi sangat penting bagi sesetengah yang lain..


Gambar ni mungkin boleh memberikan sedikit motivasi buat kita..semoga kita kembali rajin buat yang tak berapa nak rajin..huhu..(aku la ni) dan semoga kita menjadi semakin rajin apabila memikirkan keterbatasan dan kesusahan mereka..





p/s: rugi kalau kita ada peluang tapi tak gunakan..ada masa pergilah melawat mereka supaya kita memahami kesusahan mereka..jangan lupe ajak aku skali..hehe..setakat ni dulu..jumpe lagi..wassalam..









2 comments:

athirah said...

salam..
just utk information bro.kamarul..program WISH'11 yang berlangsung 9-10/2 berkaitan ngan invention for disable person..kalau bro dtg ke prog nie mmg byk new and interesting invention drpd participant..

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

wsalam..
mekasih athirah atas makluman..rugi sangat2,saya tak berkesempatan nk gi WISH'11..
sempat sembang2 ngn committe dia ada la..huhu..

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget