CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Monday, March 14, 2011

.: All England Open 2011 :.

Assalamualaikum W.B.T..
sekadar mencoret untuk berkongsi kegembiraan..
hehe..

semalam aku sempat menyaksikan perlawanan akhir All England..
suku akhir dan separuh akhir tak sempat nak tengok langsung,jadi,semalam, aku peruntuk jugak masa..tambah2,ada kawan,rakan dan taulan yang ajak pergi tengok,apa lagi..

bagi yang tidak tahu ataupun ayat baik sikit,tidak berapa pasti apa itu All England, jom kita bercerita sikit pasal ni..

All England sangat sinonim dengan permainan badminton..
umpama sinonimnya World Cup dengan permainan bola sepak..
ataupun sinonimnya NBA dengan permainan basketball..
ataupun sinonimnya Grand Slam dengan permainan tennis..
ada jugak orang cakap umpama sinonimnya Federer dengan Tennis..
ataupun umpama sinonimnya Kamarul dengan futsal..
eh,ade jugak..huhu..
ikut la,boleh je sume tu..

Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England yang juga dikenali sebagai All England ini ialah salah satu kejohanan badminton paling lama dan berprestij di dunia.
Bermula pada tahun 1899 sebagai Kejohanan Terbuka Inggeris, kejohanan ini telah 
dimainkan di tujuh lokasi berbeza. Kini kejohanan tersebut dimainkan di Arena Kebangsaan Birmingham. Sejak tahun 1984, acara ini ditaja oleh Yonex.

All England dianjurkan sekali sahaja dalam setahun..ini senarai Juara Perseorangan Lelaki untuk sepuluh tahun kebelakangan ini:

2010 - Lee Chong Wei (Malaysia)
2009 - Lin Dan (China)
2008 - Chen Jin (China)
2007 - Lin Dan (China)
2006 - Lin Dan (China)
2005 - Chen Hong (China)
2004 - Lin Dan (China)
2003 - Muhammad Hafiz Hashim (Malaysia)
2002 - Chen Hong (China)
2001 - Pulella Gopichand (India)
2000 - Xia Xuanze (China)


ini adalah poster All England Open Badminton Championship 2011..


Pada awalnya,agak 'frust' jugak bile tengok perlawanan beregu lelaki di mana wakil Malaysia Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kalah kepada beregu nombor satu dunia iaitu Boe dan Mogensen..

mungkin,para peminat sukan badminton merasakan Koo dan Tan lebih layak ataupun 'deserve' untuk menang kerana mereka mengharungi laluan yang sangat mencabar dan sukar sebelum ke final..
mereka bertemu markis kido / hendra setiawan di suku akhir dan cai yun / fu haifeng di separuh akhir sebelumnya..kedua2nya merupakan bekas beregu nombor satu dunia dan menjadi musuh ketat kepada Koo dan Tan..

walaupun mereka bermula dengan baik tetapi mereka tumbang 21-15, 18-21, 18-21 kepada pasangan dari Denmark itu..

pada set ketiga mereka telah mendahului 16-11 tetapi, kesilapan demi kesilapan menyaksikan mereka terpaksa menggigit jari lagi..maka,mereka terlepas peluang untuk melakar nama sebagai juara buat kali yang kedua kerana mereka telah memenanginya pada tahun 2007..


Pada pukul 12.30 pagi semalam, Chong Wei mula beraksi menentang musuh ketatnya iaitu jaguh dari China, Lin Dan..perlawanan terakhir mereka sebelum ini iaitu pada final Terbuka Korea Januari lalu menyaksikan Chong Wei tewas rubber set kepada Lin Dan..Namun,Chong Wei menunjukkan peningkatan yang sangat baik dalam kejohanan tersebut walaupun dia tewas..rekod pertemuan mereka adalah 22 kali di mana Lin Dan menang 15 daripadanya..
Jadi,All England ini menjadi medan dan pentas terbaik untuk Chong Wei membuktikan bahawa gelaran pemain nombor satu dunia itu sememangnya layak untuk dirinya..

Perlawanan bermula dengan setiap pemain berbalas mata..jurang perbezaan mata sangat dekat di mana kedua2 pemain tidak membenarkan lawan menjarakkan mata..
dipendekkan cerita,tepat jam 1.20 pagi waktu Malaysia,kemenangan akhirnya berpihak kepada Chong Wei..Beliau menang straight set iaitu 21-17, 21-17..perlawanan yang sangat menarik..


ini adalah gambar Datuk Lee Chong Wei.. (gambar paling smart yang aku jumpe..huhu..sori Datuk,gurau je)

Musuh ketat Chong Wei..siapa lagi kalau bukan Lin Dan..


Aku jadi sangat teruja dengan kemenangan kali ini kerana Datuk Lee akhirnya berjaya menewaskan musuh tradisinya pada kejohanan All England..kejuaraan kali ini pada aku boleh digelar sebagai kejuaraan mutlak kerana beberapa sebab:
1] Ini adalah kejuaraan All England
2] Lawan yang di tewaskan di final adalah Lin Dan yang merupakan musuh ketatnya dalam arena badminton ini
3] Chong Wei tidak pernah kalah walaupun satu set sepanjang kejohanan ini (semua perlawanan dimenangi dengan straight set)


p/s:
Apa-apa pun,tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan juga pasangan beregu negara Koo dan Tan kerana berjaya melonjakkan nama negara..
macam pengulas sukan dah rasanya..huhu..=)

4 comments:

batrisya qistina said...

habis prk mu tukar profession doh?jeng jeng mu..hahaha

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

tgk waqi' la boh,musim badminton plok kan baru2 ni..penoh kafe org pakat duk tgk..mu duk umoh dok leh rase doh gini..haha..
jeng pun jeng la,dakpe lagi..
jangan sapa tahap weng mcm mu doh..huhu.

batrisya qistina said...

hahahaha...kelate weng,ganu jeng..hahahaha..

aku tak rajin g waqi'..gapo best situ..hahaha..

sedap la weh ore nak grad doh..ngee

MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI said...

aku rase weng macam lagi teruk je dari jeng..
dok eh?haha..
kalu ganu,teruk sket jadi jeng kreng..huhu..

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget