CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Wednesday, March 2, 2011

.: AnaLiSis PRK UIAM 10/11 (Part One) :.



Assalamualaikum W.B.T.
Kali ni nak bercerita tentang pilihan raya kampus lagi..
Jom kita buat sedikit analisis berkenaan PRK UIAM 2010/2011..oleh kerana analisis ini agak panjang,maka,aku terpaksa bahagikan kepada dua bahagian..aku sendiri pun pening nak tulis kalau sekali tulis tu dah panjang berjela-jela..huhu..ok,jom kita kaji sama2..


1] Notis pertama
Tahun lepas:
Notis keluar beberapa hari sebelum AGM SRC 08/09..masa yang diberikan untuk student yang ingin bertanding mengambil 'nomination form' adalah dua hari bermula keesokan harinya setelah keluarnya notis pertama..notis tidak di tampal di semua tempat terutamanya di mahallah..maka,bukanlah sesuatu yang menghairankan ada di antara student yang ingin bertanding terlepas mengambil borang pencalonan kerana tidak sedar akan notis ini..boleh jadi juga student tersebut kurang cakna kerana apabila hampirnya AGM SRC,it bermaksud,notis untuk bertanding akan keluar pada bila2 masa sahaja..maka,jadi tanggungjawab mereka untuk cakna akan perkara ini sekiranya mahu bertanding..


Tahun ini:
Ditampal pada hari Rabu (26/1/2011),iaitu 2 hari selepas AGM SRC 09/10..senggang masa antara keluarnya notis pertama dengan tarikh untuk mengambil 'nomination form' agak jauh dimana tarikh untuk ambil 'nomination form' adalah 8hb dan 9hb februari 2011..notis pula di tampal hampir di semua tempat-di semua kulliyyah dan di semua mahallah..satu 'improvement' yang baik daripada Admin UIA..jadi,pada aku,sekiranya ada student yang masih tidak tahu berkenaan notis pertama ini, ini menunjukkan kesilapan itu adalah di pihak mereka, bukan lagi di pihak Admin UIA..







ini adalah contoh notis pertama General Election SRC 2010/2011..
separuh je,nk tengok penuh,cari sendiri (huhu,gurau je)


2] Public Speaking
Tahun lepas:
English Proficiency Session (EPS) yang perlu dihadiri oleh semua calon2 yang ingin bertanding mempunyai dua sesi iaitu sesi 'public speaking' dan 'session with dean'
ataupun lebih dikenali dengan 'interview session'..kedua2 nya dijalankan di office of Deputy Rector (Student Affairs),Level 4,Admin Building..'public speaking' biasanya dikendalikan oleh wakil daripada Celpad ataupun S-Dev sendiri akan tetapi untuk 'interview', 'interviewer'nya adalah daripada kalangan Dean ataupun Principal Mahallah..






Gambar hiasan semata2..



Tahun ini:
EPS hanyalah sesi 'public speaking'..dikendalikan oleh wakil daripada S-Dev dan Celpad sendiri..akan tetapi,'venue'nya adalah kat tempat 'expressive corner' iaitu berdekatan jambatan bersebelahan Azman Hashim building..maksudnya,untuk kali ni,'public speaking' dibuat di hadapan beribu-ribu student uia..teorinya macam tu la,tapi sewaktu sesi 'public speaking' tu, tak ramai pun student yang berhenti untuk menyaksikan bakal2 calon SRC berucap..apa sebabnya?
aku sendiri pun tak tahu sebab tak buat pulak analisis pasal ni..huhu..tapi,daripada 'observation' aku, kebanyakan student UIA lebih fikirkan kelas,assignment,dan segala perkara yang bersangkut paut dengan mereka sahaja..tak ada masa lah untuk sibuk-sibuk dengan pende2 macam ni..[macam kasar skit ayat,tapi ada yang berfikiran macam ni]..akan tetapi,ada juga student yang ambil cakna..walaupun mungkin kali pertama mereka lalu,mereka tidak berkesempatan untuk berhenti kerana ada kelas,tetapi,mereka akan datang kembali selepas kelas untuk melihat sesi 'public speaking' ini walaupun sementara..ok dah macam ni..at least ambil tahu dan jenguk2 la jugak kejap..


3] Eligibility to contest letter vs list name
Tahun lepas:
Semua bakal calon yang telah menghadiri sesi EPS akan mengetahui result mereka samada lepas ataupun tidak pada petang ataupun malam harinya selepas berakhirnya kedua-dua sesi tersebut..result ini adalah dikeluarkan dalam bentuk list name yang ditampal di cermin pintu S-Dev office..


Tahun ini:
Tiada lagi 'list name' mereka yang melepasi EPS dikeluarkan,akan tetapi S-Dev menggantikannya dengan mengeluarkan surat 'eligibility to contest' bagi calon-calon yang berjaya melepasi EPS tersebut..surat ini pula wajib di bawa ketika 'nomination' nanti..cara ini mungkin boleh dipertikaikan sesetengah pihak kerana MUNGKIN ada calon yang tidak menghadiri EPS tetap mendapat surat kelayakan untuk bertanding..


4] Nomination Day
Tahun lepas:
'Nomination' dijalankan di Senate Hall, Level 5, Admin Building..sesi nomination bermula agak lambat,mungkin kerana masalah teknikal ataupun persiapan tempat yang belum selesai..segala perkara yang berlaku di dalam dewan 'nomination' adalah rahsia kerana tidak dapat dilihat dan disaksikan perjalanannya oleh student UIA mahupun orang luar kerana dewannya yang tertutup..


Tahun ini:
'Nomination' dijalankan di Kaed Gallery, KAED..sesi 'nomination' bermula awal mengikut jadual..Kaed Gallery lebih terbuka menyebabkan segala perkara dan perjalanan 'nomination day' dapat dilihat dan disaksikan oleh student UIA..ianya menjadi satu perkara yang bagus buat student Kaed yang kurang mengambil cakna berkenaan pilihan raya kampus ini apabila 'Nomination Day' di jalankan di sana kerana secara tidak langsung,mereka pasti 'terambil tahu' akan perkara ini..


5] Poster calon
Tahun lepas:
Poster yang dikeluarkan S-Dev adalah sebanyak 50 keping untuk setiap calon dan poster yang diberikan mempunyai gambar semua calon yang bertanding di kulliyyah tersebut..atas sebab ini,ramai calon yang sekadar mengambil poster daripada S-Dev tetapi tidak menggantung poster tersebut kerana dilihat seperti mem'promote' calon lawan dalam masa yang sama secara tidak langsung..


Tahun ini:
Poster yang mempunyai gambar semua calon yang bertanding di kulliyyah itu digantung oleh pihak IP dan committee of election..manakala, setiap calon mendapat poster yang mempunyai gambar mereka sendiri sahaja..dan juga, setiap calon dibenarkan membuat fotokopi poster tersebut untuk digantung di kulliyyah masing2..satu lagi 'improvement' yang baik daripada pihak Admin UIA..maka,pada tahun ini,kita dapat melihat perang poster berlaku di kulliyyah yang bertanding..sangat menarik,satu suasana baru yang dikira dapat menarik lebih ramai student untuk turun mengundi..paling kurang,mereka tahu adanya musim calon2 berkempen..


sebelum kita berhenti,kita sama2 hayati suasana sewaktu 'public speaking' session..aku bersyukur jugak hari tu kelas aku pagi je,yang petang punya cancel..maka,dapat la jugak aku tengok bakal2 calon ni berpidato..jadi,buat yang tak berkesempatan,jom kita tengok gambar2 ni..


















p/s:
okeh,sekadar itu dulu untuk 'Part One'..kita sambung lagi dalam 'Part Two'..sebagai penutup bicara, ak ingin kongsikan sebuah [sebuah ke?], seuntai kata2 yang aku petik dari blog seorang rakan..mekasih atas kata-kata ni..tak tahu la kena ataupun tidak dengan post kali ini..tapi,aku suka..anggapkan kena la..huhu..

"tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan,
tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa benih-benih kesabaran,
serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran bertapak di jiwa insan"

0 comments:

.: Popular Posts :.

There was an error in this gadget