

Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 7/13/2010 02:22:00 PM 2 comments
Labels: life
.: CeRiTa saTu :.
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,M’sianIdol..
tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau…"
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa ?
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Wah .. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Sedikit Penjelasan:
(Terdidik Kerana Sebiji Tembikai)
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 7/13/2010 02:10:00 AM 5 comments
Posted by MOHAMAD KAMARUL HELMI BIN MOHAMAD NAWAWI at 7/07/2010 07:45:00 AM 2 comments
Labels: life
Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira, Sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah SWT, Jika aku bersedih tanpa kata, Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta, Jika aku lemah tak berdaya, Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga, Jika antara kita ada tembok pemisah, Ajaklah aku meleraikannya segera, Jika pernah hatimu terluka disebabkan aku, Luahkanlah agar aku mengubah diriku, Ukhwah kita untuk selamanya........