CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Sunday, July 31, 2011

.: Seminar Motivasi Super Study (2) di UIAM, Gombak :.



Assalamualaikum W.B.T..


kali ketiga bercerita pasal SuperStudy..hehe..masih bersemangat untuk bercerita..seronok sangat sebenarnya bersama-sama adik-adik yang masih berjuang di sekolah ni..harapannya,kehadiran diorang ke seminar ni bakal memberi semangat kepada mereka untuk buat yang terbaik nanti..dah nampak & dah jelas impian, ditambah dengan dah tahu teknik yang betul,maka datanglah apa pun ujian dan peperiksaan,pasti bukan menjadi satu halangan lagi..pergh..=)

Aku sangat gembira dengan seminar yang diadakan di UIA ni..satunya,penyertaan adalah terbuka..satu cabaran bila penyertaan adalah terbuka adalah,setiap peserta yang datang tak kenal antara satu sama lain..berbeza dengan seminar SuperStudy di Nibong Tebal, Sri Iskandar, dan Melaka di mana para peserta sudah mengenali antara satu sama lain..diorang datang daripada satu sekolah,tak pun dua sekolah..maksudnya,mesti diorang dah kenal ramai yang ada dalam dewan bersama-sama mereka pagi tu..bila dah kenal ni,diorang sangat selesa berada di dalam dewan untuk sama2 belajar dengan Cikgu Fadzli..keadaan ni juga memudahkan Cikgu Fadzli kerana mendapat respon yang baik daripada peserta bila setiap aktiviti,modul dan soklan ditanyakan..

tapi,keadaan ini tidak berlaku di UIA..pada awal2nya la..sebabnya,masing2 kurang selesa pada awalnya kerana merasakan diri mereka keseorangan di dalam dewan tanpa rakan-rakan yang mereka kenali..mencabar buat Cikgu Fadzli untuk menjadikan mereka selesa di dalam dewan..mencabar jugak buat aku..memang la Cikgu Fadzli yang kelolakan SuperStudy ni,tapi aku sebagai seorang AJK seminar dan photographer takkan nak duk diam & tgk je kan..aku pun berusaha jugak la untuk membuatkan mereka selesa..macamane caranya?aku pun tak reti nak citer,terjadi secara natural kot..huhu..mungkin sbb aku ni ada adik beradik yang ramai..ni salah satu hikmahnya..mekasih umi n aboh...hehe..



"Seminar Motivasi SuperStudy"

Tarikh: 24hb Julai 2011 / Ahad
Tempat: UIAM, Kampus Gombak 
Peserta: Terbuka
Anjuran: RK Training dan One Heart Creative Solution
Dikelolakan oleh: Saudara Fadzli Yusof (RK Training)



Jom,seperti biasa,kita tengok wajah-wajah mereka yang menghadiri seminar motivasi kali ini..=)


Waktu awal pagi agak susah untuk melihat senyuman di setiap wajah peserta yang hadir..semua malu-malu lagi..huhu..




Antara salah satu modul: baling getah..moral of the modul - kena tetapkan target dan impian kita yang kita nak capai..lepas tu berusaha sehabis baik untuk dapatkan dan capai target kita itu..=)



Ada peserta yang sudah mula menampakkan senyuman..hehe.. 




Cikgu Fadzli: "Nak jadi apa?"
Peserta: "Luar biasa" (sambil buat gaya lambai tangan ke atas)



SuperStudy memang best..peserta menjadi semakin seronok =) 




"Hebat tak otak kita?"


"Otak saya hebat", "Activate"






Kali ni sempat bawa para peserta pusing-pusing UIA..waktu pertama kali buat kat UIA, tak sempat sebab jauh..dulu buat kat Kulliyyah of Engineering..solat pun kat Surau KAED, jadi memang tak sempat nak pegi pusing2..pusing-pusing Engin ade la..


kali ni buat kat Kulliyyah of Economics & Management (KENM)..oleh kerana kali ni bersolat di Masjid UIA, maka peluang untuk pusing-pusing tu ada la sekejap waktu tengahari tu..tapi,tak de la pusing satu UIA,tak sempat nak mempraktikkan berjalan di dalam taman ilmu dan budi..hehe..sekadar pusing-pusing area masjid dan jugak sekitar admin..


Amek gambar kat Admin building..gelap sedikit n banyak noise..(frust sbb speedlite ada tapi tertinggal kat dalam dewan..tak sempat nak patah balik amik..pakai flash biasa je.. =( )

 Yang ni puas hati..mekasih kepada semua model-model kita pada kali ini yang berjumlah 23 orang semuanya..hehe.. 


Lepas dah pusing-pusing & amik gambar, kena cepat-cepat pulang ke Econs sebab slot petang dah nak start pada jam 2 petang..waktu amik gambar ni pun dah pukul 2 petang sebenarnya..maaf Cikgu Fadzli,terlebih pusing plak.. 




Cikgu Fadzli: "Apakah tarikh Amerika menggugurkan bom di Hiroshima?"
Peserta: "GBRS..sebabnya,dengan menggunakan teknik nombor super,6 Ogos 1945 sama dengan GBRS" =)




Group yang berjaya buat ayat terbaik untuk pangkal perkataan GBRS..
GBRS = "Gugur Bom Rosak Semuanya"  


Tapi ada jugak yang buat ayat yang takde kaitan dengan bom..contohnya, "Guru Besar Rotan Shima"..alasan diorang, Shima tu dekat dengan Hiroshima la..jadi,takde perkataan bom pun,boleh ingat jugak tu adalah tarikh Amerika gugurkan bom di Hiroshima..hehe..macam2..




 Cikgu Fadzli: "Jangan lupa buat latih tubi, buat apa?"
Peserta: "Latih-latih tubi.."




Antara peserta yang bergambar dengan Cikgu Fadzli..
dari kiri: Alya,Izzati,Ilyas,Aina,Cikgu Fadzli dan Iyad..(ramai yang nama Alya dan Aina yang join SuperStudy =) )




Alhamdulillah,selesai tiga seminar..masih berbaki satu..satu je lagi..yang satu lagi tak banyak sangat untuk diceritakan kot..mungkin kita tengok gambar je la..huhu..abih cerita SuperStudy ada cerita lain pulak..hmm..banyak sangat tuk diceritakan..



1 comments:

Maryam Mar said...

salam..kamu ke yg berlakon kat oley?

.: Popular Posts :.