CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

.: Mutiara Kata :.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..sahabat sejati ialah org yg menegur kesilapan sahabatnya...mengutuk perbuatan kejinya....dan mengambil berat akan sahabatnya...itulah sahabat sebenar..

Friday, November 27, 2009

.: SaLaM AiDiL AdHa :.


Salam Aidil Adha buat semua..=)

Friday, November 13, 2009

.: MajLis PerKahWinaN :.


Salam..
post aku kali ni adalah untuk menjemput anda sume ke majlis perkahwinan..
aku ulang lagi skali, majlis perkahwinan..
yang sedihnye,ni bukan majlis kahwin aku..huhu..
tapi,majlis kahwin Abang Pa dan majlis kahwin Abg hayyi..

Buat warga Shams sekalian,masih ingatkah anda kepada abg Pa ataupon name penuh die Mohd Faizol bin Endut dan jugak abg hayyi atau pon name penuh die Abdul Hayyi Salim?

kalo masih ingat, detail majlis kahwin Abg Pa seperti di bawah:

RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN:
15HB NOVEMBER 2009/AHAD
JALAN ROSE ,BATU 7 IJOK
SELANGOR DARUL EHSAN

RUMAH PENGANTIN LELAKI:
21 NOVEMBER 2009/SABTU
2356-A KAMPUNG SUNGAI DERHAKA
21100 KUALA TERENGGANU

Detail lagi boleh dapatkan di blog die..click here..

Yang Abg Hayyi pulak, die akan kahwin ngan Kak 'Alyaa Zahidah, shamsian jugak..
detail die seperti yang tercatat di bawah:

RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN:
22 NOVEMBER 2009
493,LORONG SEPAKAT 9,
PERUMAHAN PANALEX,
24300,KERTEH, KEMAMAN,
TERENGGANU.

RUMAH PENGANTIN LELAKI:

24 NOVEMBER 2009

LOT 531,KG RHU DUA,

21600,MARANG,

TERENGGANU.


p/s: maaf,xdapat nk letak kad kat sini,xclear sangat..


Wednesday, November 11, 2009

.: FiNaL ExaM :.


Selamat Menempuhi Final Exam
buat mahasiswa mahasiswi
di kampus-kampus
seluruh Malaysia..



Dalam fatrah exam ini,

semestinya perkara di bawah antara perkara yang amat kita titik beratkan:

1) hubungan dengan Allah S.W.T
2) hubungan sesama manusia (mak ayah terutamanya)
3) kesihatan diri


doa ku semoga ianya berkekalan sehingga akhir hayat kita,tidak berkesudahan bersama selesainya paper terakhir final exam kita nanti.. amin..


p/s: hehe..awal2 tu terasa macam buat pengumuman esok raya pulak..

Wednesday, October 21, 2009

.: PoSteR PosTo :.

Thursday, October 15, 2009

.: WACANA ILMIAH 2009 :.

ASSALAMUALAIKUM..

Mengumumkan program Wacana Ilmiah 2009

Tajuk : "Sebat Kerana
Arak : Adilkah?"
Tarikh :
22 Oct 2009
Masa : 8.30 mlm

Hari : Khamis malam Jumaat

Tempat : Audi Kulliyyah Of Medicine

Panelis : Ustaz Nasrudin At-Tantawy (KETUA DPPP)
Dato' Safri (Exco Agama Pahang)
En. Najid bin Husin (Peguam Syarie Phg)
Dr. Hamidah Marican (Executive Director, Sister in Islam)
Moderator : Prof Dr Fauzi, Dekan Kuliyah Perubatan UIA

*TURUT DIUNDANG: JIM, ISMA, ABIM, HALUAN, MACMA, WADAH, PERKIM, PGSM dll
*PERCUMA!!!

*TERBUKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!!


semua dijemput hadir..
tolong gtau & ajak semua shbt2, kawan, rakan, taulan, member, kenalan, adik-beradik, family, sedara & sape2 dtg ke prog yg julung kali diadakan di uia kuantan ni..
ws..

p/s: ni email yang baru aku dapat dari seorang sahabat kuantan..aku mungkin xdapat pegi,jadinye aku tolong spread info pasal ni je la..harapnye,ada yang dapat pegi setelah baca ni..dapat jugak pahala kat aku..hehe..InsyaAllah..

.: TeNanGkaN FikiRaN :.

Marilah kita same2 menghayati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T..
Mana tahu dengan menghayati gambar2 ni dapat menghilangkan kekusutan di kepala kita..
Kerana Nabi telah bersabda, sekiranya kita mahukan ketenangan,lihatlah 3 perkara ini:
1-wajah ibu yang melahirkan kita
2-lautan yang terbentang luas
3-satu lagi da lupa la..huhu..maaf..kaabah kalau tak silap..

selamat menghayati gambar2 ni..











Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, dalam keadaan dunia yang semakin tua dan uzur ni,masih wujud lagi tempat secantik, seindah dan sebersih ini atas dunia milik Allah ini..

Ish,nak je rasenye naik flight sekarang pegi ke tempat2 sebegini..tgk gambar pon da terasa tenang,kalo dapat menjejakkan kaki ke tempat ni,entah mcm mana la perasaan nya..tapi,byk kekangan untuk aku menjejakkan kaki ke tempat2 ni..satunye,al-fulus la..takpe, dah ade fulusnya nanti, sekurang2nya, aku dapat pegi haji n umrah dulu..

Moga diperkenankan Allah S.W.T..InsyaAllah..Amin..

Saturday, October 3, 2009

.: SRC Mini Sports Carnival 2o09 :.


Do Come and Support us..
TQ..

Wednesday, September 30, 2009

.: UTM Open Futsal Tournament :.

Salam..


UTM (International Campus) OPEN FUTSAL TOURNAMENT

Tempat: Sports Planet, Ampang
Tarikh : 11 Oktober 2009
Masa : 8.00pagi-6.00petang

Hadiah;
1st- RM 1700.00, medal
2nd-RM 1300.00, medal
3rd -RM 800.00, medal
4th -RM 300.00
5th t0 8th- RM 200.00

Untuk kaum adam sahaja.
Yuran pendaftaran RM 150.00 per group
Sebelum 05.10.09


For IIUM students who are interested to join this tournament,
please contact me as soon as possible to get the form and rules of this tournament..
013-2229578 @ 0172397175

OR directly contact bro mahmud husni (0193684730) for he is the person in charge appointed by Sports & Culture secretariat of SRC 08/09..

Thanks..

Sunday, September 20, 2009

.: Eidul MubaRak :.

Salam Aidilfitri buat semua..

edited for kamarulhelmi.blogspot.com


Thursday, September 17, 2009

.: RaMaDhaN 1430H dah ke pEnGhuJunG :.

"Setahun hanya sekali, akan tiba akan pergi, hari raya,hari bahagia..."
"ini lagu amy mastura ni",dalam HATI ku...

"mintak mak kuih sepotong, saya mau makan kerna perut kosong..."
"ini pulak Saloma nyanyi ni",dalam HATI ku lagi...

aku dalam program "jangan lupa lirik" ke ni..mesti sume tertanya2 kan..hehe..

ini la antara sebahagian lagu raya yang menggegarkan gegendang telinga aku waktu aku jalan-jalan kat bandar Kuala Terengganu ni..
tension jugak diorang pasang kuat2 ni..
hish,kat bandar ni,tak ade rasenye tempat yang sunyi dari lagu raya..nasib baik la jugak bangunan2 ni tak ade telinga mahupun mulut macam manusia..kalau tak,mesti dah maki hamun punya..mana tak nye, pasang dah la kuat, pastu continuously(in malay-xhenti2) pulak tu..

"puah doh dengor lagu raye eh,molek gok pasang lagu len plok ni"
ini pulak sebahagian luahan yang sempat singgah di telinga aku sewaktu aku kat astaka (shopping complex kat taman syahbandar)..dari salesgirl kat situ bile tiba2 lagu yang keluar dari speaker di atas kepala kami mengeluarkan bunyi yang aku sangat pasti bahawa itu bukan lagu raya..sebab lagu tu lagu hindustan beb..
haaa,tahu pun,aku dah kate dah tadi,memang telinga diorang dah tepu dah dengar lagu raya ni..
takpe la,aku datang bandar bukan nak dengar lagu raya,tapi nk mencari2 dan meng'ita' kelengkapan untuk berhari raya..

diorang nk pasang lagu Mat Jais ke, Aisyah ke, Siti Nurhaliza ke, Noraniza Idris ke, Sudirman ke, Sharifah Aini ke, Mawi ke, 4u2C ke, Spider ke, Uji Rasyid ke, Saloma ke (byk gak general knowledge aku pasal ni..huhu..), itu hak diorang,nk wat cane, kedai tu diorang yang punya..
lain kali kena bwk filter telinga ni kalau datang ke bandar lagi..
tiba2 terdengar lagu gema takbir oleh Raihan takpun harapan ramadhan oleh Man Bai dan Raihan baru aku buka filter ni..hehe..

panjang la pulak pasal lagu raya ni,tak masuk dengan tajuk langsung..hehe..
biasa la,muqaddimah nk kena power..

kita tinggalkan dulu Lagu Raya di bandar Kuala Terengganu ini macam kita tinggalkan striker n goalkeeper di padang bola Darul Aman..rujuk "sesuatu yang teristimewa" di nonyimtiyaz.blogspot.com..hehe..boleh claim duit raya ni tolong promote blog k.noni..

jom kite kembali ke tajuk entry kali ni..
apa yang ada di penghujung ramadhan ni?
kalau nak tahu,pelbagai ragam dan kerenah dapat kita perhatikan..
kalau kita perhatikan la..

Dalam bertambahnya lagu2 raya yang berkumandang di radio2...
Dalam bertambahnya biskut2 raya di rumah mahupun di kedai...
Dalam bertambahnya baju2 raya di dalam almari mahupun yang bergantung di dalam rumah...

Maka,kita dapat melihat terdapat pengurangan dalam beberapa aspek yang sepatutnya tak berlaku di akhir2 Ramadhan ini..

Berkurangnya bilangan makmum di belakang imam semasa solat terawikh..
Berkurangnya alunan2 zikir dan bacaan al-Quran..
Berkurangnya amalan2 sunat di siang hari dan di malam hari..

Perlukan contoh?ini dia contoh dialog2 yang bakal berkunjung ke gegendang telinga kita bila da hampir ke hari raya:

"ish,baju raya tahun ni baru ade 10 helai ni,raya pulak 30 hari,kurang2 nak ade 30 helai...
takkan nk pakai baju raya tahun lepas kot cik siti.." (asal tak bukak kedai baju sendiri je)

"biskut raya baru ade 50 bekas,xcukup ni,kurang2 nak kena beli 500 bekas lagi cik yah oi.." (asal tak beli tukang buat biskut raya je)

"baju raya da cukup,biskut raya da cukup..Eh,langsir,almari,dapur,sofa n meja tak tukar yang baru lagi ni.." (asal tak tukar beli rumah baru je)

tapi,jarang dan tersangat jarang pulak kita dengar dialog yang sebegini:

"Em,Quran dan 4 kali khatam,arapnye sempat la khatam lagi sekali sebelum tamat puasa ni.."

"Kat masjid ni dah sedeqah, masjid tu pon dah sedeqah, ish, masjid mane lagi eh yang belum pergi.."

"Belum puas lagi rase beribadat di bulan ramadhan ni,dah nak habis,moga ku di perrtemukan lagi dengan Ramadhan tahun depan.."

Dialog di atas tidak ada kena mengena mahupun bersangkut pautan dengan mana2 makhluk Allah di atas muka bumi ini..dialog2 ini hanyalah rekaan dan imaginasi penulis sendiri..di tambah sedikit gaya bahasa 'hyperbola' supaya memberi maksud keterlaluan yang tidak melampau..huhu..


Jom hayati lirik lagu taubat seorang hamba by o'pick:

Hati hitam mengenangkan,
Dosa2 yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba yang berdosa..

*chorus:
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah,
terimalah,
terimalah,
taubatku ini..

telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
kerna hilang dari jalan menuju redha mu ya Tuhan..
*ulang chorus

di hamparan ini ku meminta
moga taubatku diterima
*ulang chorus

lagunya boleh didengar dengan melawat
nonyimtiyaz.blogspot.com

lagi skali promotion terjadi disitu..haha...

Konklusinya,ini adalah peringatan dan tazkirah buat semua yang mengunjungi blog ini dan yang membaca entry ini..termasuk juga penulis yang meng'post' entry ini..
Semoga kita sama2 perbaiki diri kita dan orang2 di sekeliling kita yang memerlukan bantuan kita..
Semoga kita mendapat halawatul ramadhan di bulan puasa ini..
Ya Allah,Engkau panjangkanlah umur kami semoga kami dapat berjumpa lagi dengan madrasah tarbiyah ini..
Amin..

Sekian dulu..mungkin ini last entry di bulan ramadhan 1430H..

Saturday, September 12, 2009

Balik Kampung!!!

Alhamdulillah,pertama dan selamanya,marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat yang diperolehi sehingga hari ini...

Kerana apa kita perlu sangat bersyukur ni?
Kerana kita masih memperoleh nikmat Islam dan nikmat Iman dimana dua nikmat ini adalah nikmat terbesar anugerah Allah kpd umat islam..orang kafir kompem2 xdapat..

kerana apa lagi?
kerana kita masih dapat menghirup udara yang bersih atas dunia ni...
kerana kita masih dapat melihat keindahan ciptaan dan kejadian Allah atas dunia ni..
kerana kita masih dapat mendengar pelbagai bunyi yang terhasil atas dunia ni..

dan kerana apa lagi?
terlalu banyak sebabnye sekiranya kita mahu menyenaraikannya..
nikmat yang kita perolehi sekarang ibarat sebahagian air lautan yang melekat di jari tangan kita sekiranya kita mencelupnya ke dalam air dan nikmat Allah adalah sebanyak air di lautan..

kerana itulah Allah berfirman di dalam Al-Quran:
"Jikalau semua pokok di dunia ini dikumpulkan untuk menjadi kertas,dan air lautan dikumpulkan untuk menjadi dakwat pena,masih tidak cukup untuk menyenaraikan semua nikmat Allah S.W.T"

kadang2 kita tidak pernah tahu pun sebyk ini nikmat yang kita perolehi kerana kita xpernah
mahu menghargai segala nikmat yang menyelubungi diri kita..
kita masih bertuah jika mahu dibandingkan dengan manusia lain yang ditarik sebahagian nikmatnya..

Maka,adakah kita masih tidak mahu menjadi hamba yang bersyukur??
Nabi S.A.W sendiri apabila ditanya isteri baginda,Aishah r.a. kenapa baginda masih kuat beribadat sedangkan baginda maksum dan dijamin Allah S.W.T masuk syurga..
Dengan tenang Nabi S.A.W menjawab, "tidakkah salah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur"..

Muqaddimah di bulan pose..kena pjg sket..huhu..
Semoga ia juga menjadi peringatan buat diriku yang lemah ini...
Semaga kita juga dikurniakan umur yang panjang untuk memperbetulkan diri...
Amin..


Esok adalah hari ahad..hari dimana aku bercadang untuk pulang ke kampung halaman..
cukup lama tak balik rumah,semoga terubat segala rindu kat mak ayah dan jugak adik beradikku..cuti raya ni la satu2nye cuti yang dapat mengumpulkan seluruh ahli keluarga..
xsabar jugak nk berjumpa member2 skolah dulu..nk beraya skali ngn diorang..tahun lepas hampir 20 buah rumah jgk sempat kitorang serbu sama2...tahun ni kurang2 21 buah..ye la,nk jadi muslim sejati,tahun ini mesti lebih baik dari tahun lepas..huhu..

salam ramadhan buat semua,dan jugak selamat hari raya..sementara kita masih di bulan pose,inilah waktu terbaik utk bermaaf-maafan..maafkan segala salah silapku..aku maafkan segala salah silap sesiapa pon kepada aku..kalau ada la..

Monday, September 7, 2009

.: Tazkirah Ramadhan :.

Tazkirah dan pesanan buat semua termasuk diri aku..


4 GOLONGAN LELAKI YG AKAN DITARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA!


1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


2. Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,
apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


3. Saudara lelaki


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....
jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM....
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...

maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar..

ingatlah Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...
kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..


Sunday, July 26, 2009

.: 25 dan 26 julai 2009 :.

Salam..

dua hari ni adalah weekend yang meletihkan tapi menyeronokkan..
tapi tu la,xsume pende yang dirancang akan ikut perancangan kita..
kite merancang dan Allah juga merancang,dan sebaik2 perancang adalah Allah S.W.T..
ade jugak yang tak berjaya diselesaikan aku mggu ni..
nak2 pasal study aku ni..xcenter dan xstabil lagi ni..huhu..



start ari sabtu,ade induksi convest..dari pukul 8pg pagi smpai pkol 6 woooo...letihnye hanya Allah yang tahu...tapi,dalam sibuk2 ber'induksi' tu,sempat lagi aku pegi men futsal..hehe..pagi2 waktu induksi dah kena dah..dah jadi exco sukan,kompem2 org aim bile tiba slot senaman ni..ape lagi,senaman ringkas spesel aku bagi..haha..xde idea kot,tibe2 je disuruh lead sesi senaman dan regangan badan..buat karut boleh la..menceriakan suasana pagi..lagipon xnk stress2..tapi,bimbang jugak..kite xkenal sume orang,takot ade yang xleh terima..kena jaga jugak kelakuan depan student2 len..kena bagi first impression yg baek kat orang,baru orang mudah nk masuk ngn kita...

mlm tu lps maghrib,aku,firwan,pami n topek ke laman nur bestari,ulu yam..tempat adik2 1st year brprogram...ETD-engin ta'aruf day..smpai2,diorang tgh khusyuk dgr ex-presiden enginius lepas brckp..alhamdulillah,dapat jmpe lemek mlm tu..kalo xde program ni,entah bile la dpt jmpe lagi..aku n firwan pon dapat slot jgk lps tu..dlm keadaan xready pon kn readykan diri jgk la..
dah jadi wakil rakyat ni kena la sntiasa prepare..bile2 mase je org bleh suh brucap..tapi,mcm bese la,aku bkn jenis yg suka formal2 sgt,buat klakar kat depan leh la..ape yang trlintas dlm kepala,tu la yg kluar kot mulut..tapi bkn sume xley pakai,ade input la jgk pasal SRC dan program2 yang bakal di'organize'..naseb bek xde lekat2..abeh je brucap,xingat da ape yang aku ckp sebelum tu..huhu..

pagi ahad,ade mass gathering convest plak..kena jage bhgn multimedia..slideshow drpd PR officer..duk tekan2 next je kejenye..tapi,letih die mengalahkan futsal..haha..xde la,yang buat letih sbb puas duk dpn sorang2...tapi,nmpk cam senang pon kije tu kalu xde org tekan,xbrgerak gak slide tu...yang kecik2 ni la yang penting sbnrnya.. mass gath brakhir dgn sesi grouping by ikut subprogram..ade la muka2 baru yang jd committee..kbnyakannya dr course len,yang dari engin kompem2 da kenal da.. bertambah lagi kenalan dan jgk network..alhamdulillah.. sempat buat modul first impression..bgus gak modul ni..leh taw ape pandangan pertama orang trhadap kita..

mlm ni,teman pok long@khairul anwar azhari makan..UPSI mari..bertahun jgk tak jumpe die,alhamdulillah masih berpeluang jumpe rakan2 waktu skolah dulu..tmpat makan xnk kalah,house d'golek jgk yang mnjadi pilihan...seronok bersembang...mcm2 citer la yg kluar..dah lama xjumpe,camtu la..

mggu ni mcm xbrape sibuk..macam la,tapi xtaw lagi.. doa ku smoga Allah kurniakan kekuatan untuk tempuhi hari2 mendatang..

firstly,nk kena stabilkan study dulu..
2ndly,time management nk kena manage dgn lebih baik..
thirdly,yang len2 la..xtetapkan lagi..huhu..

wallahu a'lam...sekian...

Monday, July 13, 2009

.: Kem Profesionalisme SHAMS 2009 :.

Salam buat semua..

Alhamdulillah,sempat jugak ber'posting' ptg ni..ni pon disebabkan kelas Design of Machine Component cancel..huhu..kali ni just nk bercerita pengalaman jadi fasi untuk kem profesionalisme pengawas2 SHAMS..nk sgt bercerita..

teringat lagi pengalaman selama dua hari bersama pemimpin2 SHAMS di kem rela, kuala berang..terasa rugi jugak tak dapat bersama korang dari awal program bermula lagi..takpe,yang penting masa yang diperolehi digunakan sebaiknya..org cakap "better late than never"..tapi,kalo sebut ayat ni mesti firwan sampuk cakap "better never late"..haha..ayat ni mmg mengingatkan aku kpd firwan..

hmm,ikutkan hati nak je sebut name sume adik2 yang join program aritu..pengalaman ni bukan sahaja bermakna untuk korang tapi utk kami jugak yg menjadi fasi..yang ditarbiyah dan yang mentarbiyah kedua-duanya mendapat kesan yang sama..ana,abg aizat,abg cerrah,abg ridzuan,kak bahjah,kak munirah dan kak baizura sebagai fasi di hari tersebut juga merasa kesan tarbiyah..inilah yang kita panggil "win-win situation" (entah betul ke tak ni)..huhu..

gambar2:

makan dalam talam (partner time makan kn tgk betol2,takot kita yang merana)

lepak2 depan surau(tak terasa lagi kehangatan kem,bleh la senyum2)

seronok sakan korang (berlatih senaman penguin ke tarik nafas jawa ni?)

hmmm..mungkin secoret pesanan buat adik-adikku..
korang ada masa yang ana kira sgt banyak untuk perbetulkan kesilapan korang..
buktikan kepada semua,antum juga mampu..

kamal,shaqiq,naim,fahmi dan paat-kami percaya korang berlima adalah yang terbaik untuk memacu badan pengawas masing2..kami nmpk kepimpinan dalam diri antum,kepimpinan yang sesuai utk mnjadi seorang ketua pengawas dan memimpin sahabat2 antum..percaya dan yakinlah dengan kemampuan diri antum sbgaimana yang kami semua percaya..jika kami boleh percaya dan yakin,kenapa tidak diri antum sendiri...

sesi debat(sape yang bercakap ni?)

sesi debat lagi (tak perlu komen,sume dah nmpak yang kat blkg tu)

fasi dan committee bersedia untuk bertempur(amek gmbar xsenyum langsung,
pdhl perang blom start lagi kot..huhu..)

mardiyah,zahidah,ainin sofiya,aini dan-kami juga percaya antum berlima..walaupon korang adalah ketua muslimat dlm badan pengawas masing2 tetapi korg perlu ingat, korg juga adalah penolong2 kepada ketua korang..seorang pemimpin yang hebat tidak akan lahir tanpa sokongan dan bantuan yang terbaik sebagai sayap kanan mereka..janganlah ada masalah di dalam komunikasi korang...komunikasi berkesan perlu dipraktikkan..



masak-memasak (abang yang berkopiah itam tu tgk je ke?)

kadang2 makanan kena prepare sndiri jugak(roti sardin je kan,xsusah pon)

awal-awal lagi,tak terasa sgt jungle trekking nye(lajunye akak yang lead)

jungle trekking (beratur mcm nk amek mknn..bgusnye)

"Kehausan seseorang terhadap penghargaan adalah sama banyaknya dengan kebencian seseorang terhadap kutukan dan celaan"..hans selye(pakar psikologi)
kutukan dan celaan lebih menjatuhkan seseorang,jadi sentiasalah hargai apa yang sahabat2 di sekeliling anda lakukan..lebihkanlah melihat kebaikan dan sumbangan mereka daripada kelemahan dan kesilapan mereka..

yusri,hilmi,syahmi,shabil,syed,naim,wafi,shaker,qory,athirah,rusyda,myrah,ainul,
sue,jihan,atirah,asmida,syahirah dan adik-adikku yang lain..terlalu ramai utk ana sebut..maaf jika nama korang tak tercatat dlm nukilan kali ini,bukan bermaksud ana tidak mengendahkan kewujudan korang..pengalaman bersama korang tetap kekal di ingatan..kepada antum,organisasi antum takkan mampu memberikan impak yang besar di SHAMS jika diharapkan kpd seorang ketua sahaja yang bergerak..jgn lupa,korg juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mereka..


meredah sungai sms jungle trekking

adik2 peserta muslimin(pemimpin masa hadapan)

adik2 peserta muslimat(pemimpin muslimat SHAMS)

barisan fasi dan committee muslimat(letih pegi jungle trekking)

abg ridzuan(DnI yang tak kenal erti belas kasihan)

committee min(adik2 form five)


barisan fasi min yang hebat..haha..
(dari kiri:ridzuan DnI,komandan Ashraf,Aizat dan marol)

tak lupa jugak utk komiti2..buat yang terbaik utk trial SPM ni..
untuk SPM nanti lagi la..jadilah contoh pemimpin yang baik,hebat dari semua aspek..akademik mahupun kepimpinan...

last but not least,ingatlah pepatah arab:

"tiada islam tanpa pemimpin,tiada pemimpin tanpa pengikut dan tiada pengikut tanpa ketaatan"


"KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN"

.: Popular Posts :.